Wednesday, December 23, 2009

Messi Pemain Terbaik Dunia

Lionel Messi muncul pemain pertama dari Argentina yang berjaya memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA selepas diumumkan sebagai penerima bagi tahun 2009. Penyerang berusia 22 tahun itu yang turut memenangi anugerah Pemain Terbaik Eropah 2009 awal bulan ini meraih pengiktirafan tersebut selepas membantu Barcelona muncul juara empat piala, Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia, Liga Sepanyol dan Piala Raja-Raja Sepanyol. Messi yang menyertai Barcelona sejak berusia 13 tahun pada 2000 telah memperolehi 1,073 mata daripada undian para jurulatih kebangsaan dan juga ketua pasukan kebangsaan dari 147 buah negara. Pemenang tahun lalu, Cristiano Ronaldo menduduki tempat kedua dengan 352 mata diikuti rakan sepasukan Messi di Barcelona, Xavi dengan 196 mata. Namun undian terhadap Messi itu jelas berdasarkan prestasinya bersama Barcelona kerana aksinya ketika bersama skuad kebangsaan Argentina di bawah bimbingan Diego Maradona agak mengecewakan. TAHNIAH!!!

Friday, December 18, 2009

Champion League :Jadual Perlawanan Peringkat Kalah Mati.



Tuesday February 16

16 Feb, 19:45 Olympique Lyon v Real Madrid -Stade Gerland, Lyon
16 Feb, 19:45 AC Milan v Manchester United -Stadio Giuseppe Meazza, Milan


Wednesday February 17
17 Feb, 19:45 Bayern München v Fiorentina -Allianz-Arena, Munich
17 Feb, 19:45 FC Porto v Arsenal -Estádio do Dragão, Porto


Tuesday February 23
23 Feb, 19:45 VfB Stuttgart v FC Barcelona-Mercedes-Benz-Arena, Stuttgart
23 Feb, 19:45 Olympiacos v Girondins Bordeaux-Stadio Karaiskaki, Piraeus


Wednesday February 24
24 Feb, 17:30 CSKA Moskva v Sevilla FC - Luzhniki, Moscow
24 Feb, 19:45 Internazionale v Chelsea - Stadio Giuseppe Meazza, Milan

Thursday, December 17, 2009

Malaysia Akhirnya Dapat EMas Dalam Bola Sepak..

Skuad bola sepak bawah 23 Malaysia berjaya memenangi pingat emas Sukan SEA selepas kali terakhir dilakukan 20 tahun lalu. Kali terakhir skuad negara menang emas ialah di Temasya Kuala Lumpur 1989. Jaringan gol sendiri pemain Vietnam selepas tolakan Norshahrul Idlan Talaha memberikan peluang untuk Malaysia memperoleh emas dalam acara akhir bola sepak lelaki Sukan SEA XXV. Tahniah kepada pasukan Malaysia. Kita berharap kemenangan ini menjadi titik tolak kepada kecemerlangan bola sepak di negara kita. Harapan kita semua agar pemain-pemain muda tersebut tidak diberi pujian yang melambung dan ganjaran material yang berlebihan kerana itu boleh menjejaskan pemain itu sendiri..

Monday, December 14, 2009

Pasukan Bola Sepak Malaysia Masuk Final

Malaysia mara ke perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea apabila menewaskan Laos di Vientiane, 3-1. Skuad negara akan bertemu Vietnam yang terdahulu membelasah Singapura 4-1 untuk penentuan pingat emas. Laos membawa jelmaan Vietnam ketika berdepan Malaysia pada perlawanan separuh akhir bola sepak tersebut untuk mencipta sejarah layak ke final buat kali pertama dalam sejarah bola sepaknya tetapi berjaya dikekang dengan cemerlang oleh pemain pertahanan Malaysia. Pujian patut diberikan kepada penyerang Malaysia yg. bernombor 23 (masih tidak ingat nama) kerana tidak mensia-siakan peluang keemasan yang terhidang untuk menjaringkan gol. Begitulah ciri-ciri 'striker' yang kita mahu. Begitu juga dengan penjaga gol yang beraksi agak cemerlang kerana berjaya menyelamatkan 4-5 percubaan cantik pemain Laos. Secara keseluruhannya, mutu permainan Malaysia boleh dipertingkatkan lagi dengan meningkatkan lagi kemahiran taktikal dan stamina para pemain. Kedua-dua elemen ini penting kerana saling berkaitan.. Apa pun TAHNIAH untuk skuad Malaysia dan SELAMAT MEMBALAS DENDAM ke atas Vietnam pada perlawanan akhir nanti ..Tapi yg paling menarik semasa menonton perlawanan semi final tersebut ialah:

1. Tiada botol air, plastik keropok, bekas minuman, objek asing terbang melayang sama ada di atas trek balapan atau di tgh padang walaupun Laos kalah..
2. Tiada kedengaran bunyi mercun atau cahaya bunga api dari awal hingga tamat permainan..walau Laos kalah..
3. Tiada kelihatan pembakaran kain rentang, kerusi stadium dicabut atau provokasi melampau antara penyokong..walau Laos kalah..
4. Tiada kelihatan barisan panjang penguatkuasa (FRU di Malaysia) sepanjang perlawanan kecuali 3,4 pengawal keselamatan yg ada..walau Laos kalah..
5. Pasukan sorak (pon-pon girl/boy) dan penyokong terus menyanyi dan mengibarkan panji negara (bendera) menunjukkan taat setia kepada negara..walau Laos kalah..

tetapi,
di Malaysia..walaupun hanya perlawanan antara negeri/kelab..mcm2 senario 'menarik' yg dapat diperhatikan.. TABIK ke atas peminat/penonton LAOS!!!

Saturday, December 12, 2009

Malaysia Ke Separuh Akhir

"Sebelum ini, ramai yang tidak meletakkan harapan tinggi buat skuad bola sepak negara melangkah ke pusingan separuh akhir temasya Sukan SEA XXV.Bagaimanapun, anak-anak buah K. Rajagobal mendiamkan seketika mulut pengkritik mereka apabila berjaya ke separuh akhir selepas menumbangkan gergasi Asia Tenggara yang juga penyandang juara, Thailand 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional semalam.
Lebih manis, kejayaan yang dilakar skuad negara itu sekali gus menyaksikan Thailand tersingkir buat kali pertama ke saingan separuh akhir Sukan SEA dalam tempoh 36 tahun sejak 1973."

Inilah antara lain petikan daripada sebuah akhbar yang mengulas hasil kemenangan Malaysia ke atas Thailand pada peringkat kumpulan dalam bola sepak Sukan SEA di Laos. Nampaknya, target
utama sudah tercapai sehinggakan kalau diperhatikan cara pemain, jurulatih dan para pegawainya meraikan kemenangan itu seolah-olah sudah memenangi pingat emas. Pasukan ini masih lagi kurang mengambil iktibar daripada buaian perasaan gembira ketika membelasah Timor Leste 11-0 sehinggakan leka apabila pasukan Vietnam mudah mengalahkan pasukan Malaysia 3-0. Apabila kalah, para pemain tidak dapat menerima kekalahan tersebut apabila pegawai perlawanan pula dipersalahkan. Inilah minda kelas ketiga yang perlu dihapuskan dalam kalangan pemain Malaysia. Dalam separuh akhir nanti, harapan kita supaya pasukan bola sepak Malaysia dapat mengalahkan Laos, sebuah negara yang masih tidak mempunyai liga profesionalnya!!!

Saturday, December 5, 2009

Undian kumpulan Piala Dunia 2010


Kumpulan A

Afrika Selatan
Mexico
Uruguay
Perancis

Kumpulan B
Argentina
Nigeria
Korea Selatan
Greece

Kumpulan C
England
Amerika Syarikat
Algeria
Slovenia

Kumpulan D
Jerman
Australia
Serbia
Ghana

Kumpulan E
Belanda
Denmark
Jepun
Cameroon

Kumpulan F
Itali
Paraguay
New Zealand
Slovakia

Kumpulan G
Brazil
Korea Utara
Ivory Coast
Portugal

Kumpulan H
Sepanyol
Switzerland
Honduras
Chile

Thursday, December 3, 2009

'Jabulani' Nama Bola Piala Dunia 2010


Bola rasmi Piala Dunia 2010 didakwa oleh pembuatnya sebagai bola yang paling bulat pernah dihasilkan menerusi lapan panel acuan khas.Ia akan dilancarkan secara rasmi oleh Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Sepp Blatter pada majlis undian Piala Dunia 2010 di Cape Town, Jumaat ini.Bagaimanapun, imej bola tersebut telah dipaparkan terlebih dahulu secara eksklusif oleh akhbar SunSport. Bola tersebut diberi nama 'Jabulani' yang bermaksud untuk meraikan dalam bahasa Zulu dan reka bentuknya berdasarkan ciri-ciri Afrika Selatan.Sebelas warna berbeza digunakan bagi menggambarkan 11 pemain setiap pasukan, 11 bahasa rasmi Afrika Selatan dan 11 suku kaum di negara itu.

Wednesday, December 2, 2009

Manutd Mara Ke Separuh Akhir Piala Liga

Darron Gibson memacu Manchester United ke peringkat separuh akhir Piala Liga Inggeris dengan kemenangan 2-0 di Old Trafford yang menamatkan harapan Tottenham Hotspur untuk layak ke final untuk kali ketiga berturut-turut.Manutd yang menewaskan Spurs menerusi sepakan penalti pada final musim lalu di Wembley, diiringi Aston Villa selepas juara lima kali itu menewaskan Portsmouth 4-2 di Fratton Park. Manchester City akan menjadi tuan rumah kepada Arsenal manakala Chelsea bertandang ke Blackburn Rovers untuk dua lagi perlawanan suku akhir.

Tuesday, December 1, 2009


Pemain Argentina, Lionel Messi memenangi Anugerah Bola Emas, iaitu anugerah bagi Pemain Bola Sepak Eropah terbaik tahun ini.Beliau adalah pemain Barcelona keenam yang memenangi anugerah itu sejak Ronaldinho dari Brazil memenanginya pada 2005.Messi mengalahkan pemenang tahun lalu, Cristiano Ronaldo di tempat kedua manakala pemain tengah Barcelona, Xavi Hernandez di tempat ketiga. Bagi saya, pemain lincah itu memang layak memenanginya berdasarkan persembahannya yg cemerlang dan konsisten apabila berjaya membantu Barcelona memenangi La Liga dan Liga Juara-juara Eropah musim lepas. TAHNIAH..!!!

Saturday, November 28, 2009

KEAGRESIFAN DAN PRESTASI DALAM SUKAN


Apabila kita melihat perkaitan di antara keagresifan dan prestasi, beberapa soalan timbul untuk melihat dan menilai perkaitan tersebut. Antara soalan-soalan seperti ‘Benarkah sikap agresif yang dipamerkan oleh pemain boleh membawa kejayaan kepada pasukannya?’ ‘Bermain dengan agresif membolehkan kita menumpukan perhatian kepada permainan?’ “Adakah tindakan mencederakan pemain lawan untuk memenangi perlawanan merupakan satu tindakan yang adil?” “Adakah kita dianggap sebagai pasukan yang handal apabila menggunakan strategi yang agresif dalam permainan?” Inilah beberapa persoalan yang perlu kita jawab apabila membincangkan tentang perkaitan di antara keagresifan dan prestasi.

Ramai jurulatih berpendapat bahawa sikap agresif kadangkala diperlukan apabila bertanding dalam sukan kontak seperti bola sepak, ragbi, bola keranjang, bola jarring dan sukan olahraga seperti Tae Kwan Do. Bagi kebanyakan jurulatih, bermain secara agresif dalam sukan sedemikan memberikan kelebihan untuk mengatasi lawan. Jika kita melihat persoalan ini dari sudut kebangkitan (fisiologi dan emosi) dengan menggunakan pendekatan U-Terbalik, jelas sekali bahawa individu yang terlalu tinggi tahap kebangkitan khususnya mereka yang terlalu agresif akan mempunyai tumpuan yang semakin yang kecil jika dibandingkan dengan mereka yang sederhana tahap kebangkitannya. Sudah pasti individu yang tinggi tahap kebangkitannya akan kehilangan beberapa kiu penting sepanjang perlawanan. Kesannya, pemain tersebut akan melakukan kesilapan yang mungkin membawa padah kepada pasukannya. Satu perkara yang perlu kita ingat adalah setiap jenis sukan memerlukan tahap kebangkitan yang sesuai serta berbeza dari sukan yang lain untuk mendapatkan tahap prestasi yang terbaik.

Dalam satu kajian tentang kesan gangguan serta provokasi penonton ke atas pemain bola keranjang, didapati bahawa pemain yang tidak terganggu dengan gangguan tersebut menunjukkan prestasi serta kemahiran motor yang baik jika dibandingkan dengan mereka yang terganggu. Prestasi pemain yang terganggu menurun kerana rasa marah serta tahap kebangkitan yang keterlaluan menyebabkan mereka menjadi lebih agresif sehingga mengurangkan tumpuan terhadap permainan. Kesannya, prestasi mereka akan merosot. Contoh yang sering kita lihat ialah dalam permainan bola sepak, apabila seseorang pemain itu diprovokasi oleh penonton atau pemain lawan, pemain itu akan menunjukkan keagresifan yang membawa kepada layangan kad kuning ataupun kad merah.. Kesan daripada keagresifan pemain tersebut menyebabkan prestasi pasukan terjejas… [Bersambung]

Wednesday, November 25, 2009

Liverpool Gigit Jari,.Rekod Mutd Pula Lebur...

Liverpool berterusan menggigit jari apabila tersingkir daripada Liga Juara-juara Eropah..Pengurus Liverpool yang kini meniti kesukaran, Rafael Benitez, berkata dia dan skuadnya harus kekal positif walaupun tersingkir di peringkat kumpulan, Liga Juara-Juara Eropah buat pertama kali dalam tempoh enam tahun, kelmarin. Apapun, andai pengkritik menjangka pengendali berbangsa Sepanyol ini bakal dipecat di atas keaiban ini, jelas mereka hampa kerana pengurusan pasukan itu membuat kenyataan bahawa jawatan Benitez dijamin selamat.
Pengarah Urusan, Christian Purslow berkata Benitez sudah menandatangani kontrak baru lima tahun. Ini menunjukkan bahawa "Statusnya tidak terancam," langsung walaupun ada kebanyakan peminat setia Liverpool beranggapan bahawa pengurus itu perlu dipecat.. Sebagai rekod, Liverpool berjaya mencatat hanya kemenangan kedua daripada 11 perlawanan, 1-0 mengatasi kelab tanpa sebarang mata dari Hungary, Debrecen, tetapi kemenangan 1-0 Fiorentina mengatasi Lyon di Florence menghapuskan saki baki harapan Liverpool untuk mara ke pusingan kalah mati. Benitez, belanjanya mencecah puluhan juta ringgit jauh berbeza dengan bajet terhad Debrecen pada hanya 1.5 juta pound (RM9 juta) setahun, sudah pun mengalih tumpuan kepada pertemuan setempat menentang Everton, hujung minggu ini, dalam usaha bangkit menutup jurang dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea.

Sementara itu, rekod tanpa kalah Liga Juara-Juara 23 kali di tempat sendiri Manchester United lebur selepas dikalahkan Besiktas 1-0 di Old Trafford. Jaringan tunggal jarak jauh Rodrigo Tello, meranapkan rekod yang dipegang sejak 2005 sebaik sahaja 20 minit permainan bermula. Mutd yang sudah layak menyertai 16 pasukan teratas cuba mencari gol persamaan dan memberi tentangan hebat di bahagian hadapan namun dinafikan oleh penjaga gawang, Rustu Recber. AC Milan merupakan pasukan terakhir menang di Old Trafford sebelum ini selepas berjaya mengalahkan United 1-0 pada pusingan kalah mati pada Februari 2005

Thursday, November 19, 2009

Badminton : SMKN vs St. Edmund

Antara aksi-aksi pemain ...



Satu perlawanan badminton persahabatan di antara guru2 SMKN dengan pemain2 tetap di St. Edmund diadakan di dewan SMKN petang 19 N0vember 2009., sebagai penutup tirai sebelum sekolah bercuti panjang. Keputusannya, SMKN menang dengan kelebihan satu kemenangan.. Terima kasih atas kunjungan para pemain dari St. Edmund. Begitu juga team guru2 SMKN dan beberapa pemain import yang menunjukkan komitmen yang tinggi. Semangat kesukanan beginilah yang perlu ada bagi setiap individu yang mementingkan keseimbangan dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi !!!

Pasukan Layak ke Piala Dunia 2010

ASIA : Australia, Jepun, Korea Utara, Korea Selatan

AFRIKA : Algeria, Cameroon, Ghana, Ivory Coast, Nigeria, Afrika Selatan (tuan rumah)

EROPAH: Denmark, England, Perancis, Jerman, Greece, Itali, Belanda, Portugal, Serbia, Slovakia, Slovenia, Sepanyol, Switzerland

AMERIKA SELATAN: Argentina, Brazil, Chile, Paraguay, Uruguay

CONCACAF: Honduras, Mexico, Amerika Syarikat

OCEANIA : New Zealand

Tuesday, November 17, 2009

SUKAN TAHUNAN SMK NARINANG 2009







Sukan Olahraga Tahunan SMK Narinang telah berlangsung pada 14-16 November 2009 lepas. Kejohanan Olahraga peringkat sekolah pada kali ini diadakan pada hujung tahun antara lainnya bertujuan untuk memilih lebih awal atlet yang berpotensi supaya dapat dilatih lebih awal dan untuk mengisi aktiviti masa lapang para pelajar tingkatan 1 – 4 selepas peperiksaan semester 2. Sukan Olahraga yang diadakan pada bulan November walaupun baik dari segi pelaksanaannya tetapi bagi sesetengah guru yang mengajar tingkatan 5 terpaksa bijak membahagikan masa antara komitmen mengajar di kelas dengan komitmen tugasan sebagai pegawai di padang atau bertugas untuk rumah sukan masing-masing… Secara keseluruhannya, penyertaan para pelajar untuk memberi kejayaan kepada rumah sukan masing-masing agak menggalakkan dan penuh semangat kesukanan.

Pada akhir kejohanan, rumah sukan Marikh berjaya menjadi JUARA apabila hari terakhir pertandingan rumah sukan ini berjaya menggondol 3 pingat emas yang memadamkan terus saingan rumah sukan yang mengekori rapat iaitu rumah Pluto dan Zurah… Juara bertahan sebelumnya iaitu Jupiter terpaksa berputih mata di tangga yang ke-4.. Apapun tahniah kepada setiap guru rumah sukan kerana menunjukkan komitmen yang tinggi sampai ada yang sanggup menghempas fail ke tanah jika kurang berpuas hati dengan keputusan, dan memberi intensif dari segi kewangan bagi atlet mereka yang mencatat kemenangan.. Bagi yang menang teruskan kejayaan pada masa-masa akan datang …Bagi rumah sukan yang berada di zon pungutan emas yang kurang memberangsangkan, satu usaha dan strategi perlu difikirkan untuk berjaya pada kejohanan olahraga akan datang …

Sunday, November 8, 2009

Final Piala Malaysia Vs EPL

Perlawanan akhir Piala Malaysia menyaksikan Negeri Sembilan muncul juara selepas mengalahkan Kelantan 3-1, namun imej pertandingan tercalar dengan kejadian baling mercun, membakar kain rentang dan kerusi stadium di sekitar kawasan penyokong pasukan Kelantan. Dapat dikatakan bahawa kehadiran penyokong Kelantan pada perlawanan akhir itu seolah-olah bukan untuk menyokong pasukan sendiri, tapi sebaliknya untuk mencetuskan provokasi dan kekecohan. Inilah yang dikatakan MINDA KELAS KETIGA... Kita dapat saksikan walaupun baru masuk minit ke-12, penyokong Kelantan yang duduk bertentangan dengan kwsn tendangan sudut sudah mula membaling botol plastik kepada pemain Negeri Sembilan.
Sepatutnya penyokong fanatik Kelantan tidak patut menunjukkan aksi yang tidak bermoral seperti itu yang bukan saja menjejaskan mutu sukan bola sepak, malah menjejaskan imej pasukan sendiri. Antara final Piala Malaysia dengan EPL masih boleh dikatakan masih terlalu jauh perbezaan dari segi mutu, sikap dan nilai pegangan moral pemain dan penontonnya.. Itulah sebabnya kebanyakan daripada kita tidak habis pun menonton final Piala Malaysia tersebut tetapi beralih angin menonton EPL yang lebih menghiburkan !!!

Sunday, November 1, 2009

EPL: Manutd, Chelsea & Arsenal Menang., Liverpool Kalah Lagi..

Pasukan pilihan EPL Manutd, Chelsea dan Arsenal masing-masing menang ke atas lawan mereka dalam saingan EPL minggu ini. Arsenal mengetepikan Tottenham Hotspur, ketika dua gol jaringan Robin van Persie memberi inspirasi melakar kemenangan 3-0 mengatasi pencabar berkenaan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirate. Chelsea pula terus kekal di persada liga selepas membelasah Bolton 4-0 di tempat lawan. Apapun Manutd juga menunjukkan taringnya apabila menewaskan Blackburn Rovers 2-0 di tempat sendiri. Derita Liverpool berterusan apabila dipalit kecewa menempuh kekalahan kelima, musim ini selepas tewas kepada Fulham, 3-1 di gelanggang lawan - keputusan yang harus mempertikaikan status Rafael Benitez selaku pengendali pasukan.

Sunday, October 25, 2009

EPL : Liverpool 2-0 Manutd...

Manutd kalah kali yang kedua dalam saingan EPL kepada pasukan kurang konsisten, Liverpool. Kekalahan 0-2 kepada Liverpool menyebabkan Manutd tergelincir ke tangga kedua liga..Secara keseluruhannya, permainan memang memihak kepada pasukan Liverpool apabila sejak dari awal permainan, banyak serangan menarik yang direncanakan oleh pemain tengah Liverpool. Keupayaan Fernando Torres merobek gawang Manutd memang tidak boleh dipersoalkan lagi. Beliau memang hebat apabila mendapat umpanan bola sedemikian rupa.. Bagi Manutd pula, walaupun menurunkan pemain yang dianggap terkuat tetapi mereka tidak berupaya mengancam pertahanan lawan dengan baik.. Apapun , Liverpool masih lagi kurang berupaya menyaingi 3 pasukan teratas EPL sekurang-kurangnya buat masa ini..






Saturday, October 24, 2009

EPL : Liverpool Vs Manutd...

Manchester United berdepan Liverpool sekali lagi dalam perlawanan yang disifatkan amat penting dalam menentukan peluang pasukan dari Merseyside itu untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL). Liverpool ketika ini dikritik hebat selepas mengalami empat kekalahan berturut-turut dalam dua pertandingan, EPL dan Liga Juara-Juara Eropah - kali pertama mereka menerima keputusan seperti itu sejak 1987.Sejarah membuktikan empat jurulatih terdahulu Liverpool - Gerard Houllier, Roy Evans, Graeme Souness dan Kenny Dalglish - berdepan risiko dipecat setiap kali mereka berdepan United. Kelab dari Old Trafford itu kini mendahului carta EPL dengan perbezaan satu mata di depan Chelsea manakala Liverpool di tangga kelapan, tujuh mata di belakang pasukan pendahulu itu.Masa depan Benitez di Liverpool jadi persoalan jika Liverpool tumpas di tangan United - bermakna kekalahan kali kelima berturut-turut selepas kecundang di tangan Fiorentina (0-2), Chelsea (0-2), Sunderland (0-1) dan Olympique Lyon (1-2).Pengendali berbangsa Sepanyol itu bergelut dengan persembahan merudum kerana masalah kecederaan dialami dua pemain tonggaknya, ketua pasukan Steven Gerrard dan penyerang utama, Fernando Torres.Namun, beliau dikritik hebat kerana gagal mengadun pasukannya dengan berkesan tanpa perlu terlalu bergantung kepada Gerrard dan Torres.


REKOD PERTEMUAN LIVERPOOL-UNITED DALAM EPL
14 Mac 2009 : Manchester United vs Liverpool: 1-4
13 Sept 2008 : Liverpool vs Manchester United: 2-1
23 Mac 2008 : Manchester United vs Liverpool: 3-0
16 Dis 2007 : Liverpool vs Manchester United: 0-1
3 Mac 2007 : Liverpool vs Manchester United: 0-1
22 Okt 2006 : Manchester United vs Liverpool: 2-0
22 Jan 2006 : Manchester United vs Liverpool: 1-0
18 Sept 2005 : Liverpool vs Manchester United: 0-0



Wednesday, October 21, 2009

Rekreasi Minda: Modern Human Evolution Theory ...


Adakah teori ini benar? Ini cuma teori saja dan setakat ini kita masih mempercayai bahawa kita BUKAN berasal daripada keturunan monyet...Walau bagaimanapun, secara tersiratnya teori menurut gambar tersebut berlaku jika kita :

1. Tiada disiplin diri dalam PEMAKANAN.
2. Tidak kerap melakukan aktiviti fizikal.

Harap-harap kita semua tidak seperti 'wogok' itu yang secara realitinya memang kita sudah ketahui besar saiznya...Tapi ada juga sesetengah orang yang suka berbadan macam tu asalkan BAHAGIA konon.. macam mana tu?... Itu terserah kepada pilihan masing-masinglah kan..

Monday, October 19, 2009

Gol Kontroversi..


Inilah gol kontroversi Sunderland yang menyebabkan kekalahan kali ketiga Liverpool musim ini. Bola rembatan daripada Darren Bent terkena bola pantai itu, lalu terbias melepasi penjaga gol, Pepe Reina. Kalau ikut peraturan, memang gol itu tidak sah sebab bola pantai itu telah mengganggu permainan. Sepatutnya, pengadil memberhentikan permainan dan membuat jatuhan bola di mana bola itu terkena bola pantai tersebut.. Begitu juga misalnya kalau seekor anjing masuk ke padang (kampung2 ada jg ni) dan bola terkena pada anjing tersebut, maka tindakan pengadil kalau dalam peraturan mesti memberhentikan permainan dan membuat jatuhan bola di mana perkara itu berlaku... Apa pun keputusan pengadil sentiasa MUKTAMAD...Dan yang pasti MANUTD tidak memerlukan gol seperti itu untuk menewaskan Liverpool hujung minggu ini...

Saturday, October 17, 2009

Manutd Kembali Menguasai Liga EPL..

Aston Villa 2-1 Chelsea
Arsenal 3-1 Birmingham
Portsmouth 1-2 Spurs
Manchester Utd 2-1 Bolton
Sunderland 1-0 Liverpool
Wigan 1 - 1 Mancity

Kekalahan kedua
Chelsea pendahulu liga EPL kepada Aston Villa memberi ruang kepada Manutd mendahului Carta EPL semula. Liverpool yang kehilangan tunggak utama Steven Gerrard dan Fernando Torres menyebabkan Liverpool mengalami kekalahan ketiga..Kemenangan Spurs ke atas Portsmouth pula mengukuhkan kedudukan kelab ini di tangga ketiga. Kelab yang berbelanja besar Mancity pula sekadar seri dengan Wigan.. Nampak gayanya kelab-kelab yang mempunyai pemain 'berjenama' besar sehingga kini belum berupaya membantu kelab masing-masing untuk menyaingi Manutd. Pemergian Ronaldo dan Tevez pula tidak memberi apa-apa kesan ke atas 'performance ' Manutd sehingga kini...




Wednesday, October 14, 2009

Argentina Akhirnya Layak Ke Piala Dunia 2010...

Argentina layak ke Piala Dunia 2010 apabila berjaya menundukkan Uruguay 1-0 pada perlawanan kelayakan terakhir zon Amerika Selatan di Montevideo.Gol kemenangan anak buah Maradona itu dijaringkan oleh Mario Bolatti pada minit ke-85. Selain Argentina, pasukan lain dari zon itu yang sudah melayakkan diri ke Afrika Selatan ialah Brazil, Chile dan Paraguay manakala Uruguay pula terpaksa bersaing di peringkat "play-off" menentang Costa Rica.
Nampaknya kena beli jersi Argentina dan England sudah ni untuk persiapan Piala Dunia tahun depan...

KOMERSIALISME DALAM SUKAN

Komersialisme dalam sukan boleh dikatakan sebagai sebuah perniagaan yang berasaskan barangan, kepakaran dan perkhidmatan sukan. Sekarang ini sukan dilihat sebagai satu aset komersial yang berpotensi untuk berkembang maju di negara kita. Walaupun negara-negara maju seperti USA, Britain dan sebagainya sudah lama menjadikan sukan sebagai satu perniagaan, tetapi kita di Malaysia yang masih agak ketinggalan mesti melihat sudut itu sebagai satu PELUANG BESAR kepada kita. Satu aspek komersialisme dalam sukan yang akan saya utarakan ialah perkhidmatan sukan yang sangat menguntungkan. Perkhidmatan sukan maksudnya ialah sebarang aktiviti yang membolehkan individu atau kumpulan melakukan atau menggunakan sesuatu perkhidmatan yang disediakan atau ditawarkan dengan bayaran tertentu. Sebagai contohnya pusat-pusat kecergasan (gymnasium), gelanggang FUTSAL, Pusat Bowling, Pusat Snooker/Pool, Pusat Persendirian Sukan dan Rekreasi dan sebagainya.
Oleh kerana di negara kita khususnya negeri Sabah masih agak baru dalam aktiviti perniagaan seperti ini, kita mempunyai peluang yang besar untuk menceburkan diri dalam perniagaan ini di tempat kita berada. Modal yang diperlukan walaupun agak besar tetapi jikalau ada kesungguhan dan keazaman serta sedikit pengetahuan, kita sebenarnya boleh berjaya lebih-lebih lagi apabila pihak kerajaan mula mengkaji dasar baru dalam sukan yang akan menjadikan sukan satu industri.
Satu contoh idea peluang perniagaan dalam bidang sukan yang boleh direalisasikan ialah menubuhkan Syarikat/Pusat Persendirian Sukan dan Rekreasi sendiri. Dengan kata lain syarikat atau pusat yang ditubuhkan itu berperanan sebagai penjana pembangunan sukan secara swasta atau persendirian di sesuatu tempat di mana kita berada. Pusat tersebut boleh berperanan untuk menganjurkan sebarang aktiviti sukan dan rekreasi sama ada dengan kerjasama syarikat-syarikat yang menjadi penaja. Sebagai contohnya, pusat itu menganjurkan klinik bola sepak, badminton dan sebagainya dengan syarat kita bekerjasama (kena bayar lah) dengan jurulatih-jurulatih yang berkelayakan.Melalui pusat/syarikat itu juga kita boleh menjalankan pelbagai aktiviti hiliran lain seperti menjual produk berkaitan dengan sukan dan sebagainya..Kalau lah kita ada MODAL semua ini boleh dijadikan REALITI...

Friday, October 9, 2009

STRATEGI MENGATASI HILANG TUMPUAN DALAM SUKAN

Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah hilang tumpuan dalam sukan yang boleh diaplikasikan oleh pemain atau atlet :

1. Bicara Kendiri Yang Positif. Bicara kendiri yang positif boleh digunakan untuk mengembalikan tumpuan pemain atau atlet kepada tugasan yang perlu dilakukan sekarang. Sekiranya seorang pemain atau atlet merasa tertekan atau terlalu menumpukan kepada stimulus luaran, contohnya tumpuan kepada penonton yang ramai beliau boleh mengalihkan tumpuan kepada bicara kendiri serta menyakinkan dirinya bahawa dia boleh melakukan tugasan dengan baik sepanjang tempoh perlawanan.

2. Menggunakan perkataan atau ‘kiu’ tertentu untuk memfokuskan tumpuan. Perkataan seperti konsentrasi atau relaks boleh digunakan oleh pemain untuk mententeramkan diri, seterusnya mengembalikan tumpuan kepada tugasan/perlawanan yang perlu dilakukan sekarang.

3. Berlatih dengan gangguan (simulasi). Cara ini memberikan peluang kepada pemain atau atlet untuk merasai bentuk gangguan dan tekanan yang bakal dihadapi dengan cara yang terkawal. Sekiranya semasa pertandingan yang sebenarnya pemain akan berhadapan dengan bilangan penonton yang ramai serta agresif, maka semasa sesi latihan pastikan elemen tersebut dimasukkan. Justeru itu maklumat serta pengetahuan tentang tempat, keadaan, masa serta lawan yang bakal dihadapi semasa pertandingan sebenar adalah kritikal dalam membentuk simulasi sesi latihan yang berkesan agar pemain dibiasakan dengan keadaan sebenarnya.

4. Mewujudkan serta mengekalkan rutin tertentu. Sesetengah pemain mempunyai rutin mereka yang tersendiri khususnya apabila mereka mahu memulakan sesuatu permainan. Dengan melakukan rutin ini, mereka akan rasa yakin untuk menghadapi lawan mereka. Antara contoh rutin yang boleh kita lihat adalah masuk ke padang dengan kaki kanan sambil tangan menyentuh rumput. Sekiranya rutin tersebut tidak dilakukan maka pemain akan rasa tertekan serta hilang tumpuan. Mewujudkan rutin seperti memanaskan badan secara beramai-ramai juga dapat mengalihkan tumpuan pemain terhadap persekitaran yang mungkin akan menekan perasaan mereka. Cara ini cukup popular denga pasukan ragbi All Blacks New Zealand, yang menarikan tarian pahlawan Maori setiap kali mereka turun ke padang untuk bertanding.


5. Memfokuskan terhadap peranan masa kini.Pemikiran harus difokuskan kepada peranan yang dimainkan oleh pemain pada waktu itu tanpa memikirkan perkara yang telah berlaku atau yang akan datang.

Selamat Mencuba...


Tuesday, October 6, 2009

The Latest Progress




Projek rumah berjalan agak lancar walaupun 'pelincirnya' semakin mencabar... Dalam masa beberapa hari selepas pekerja mengambil cuti Hari Raya kira-kira 5 hari, beberapa bahagian penting sudah disiapkan seperti tiang bahagian atas dan membata bahagian rumah sudah siap..Besi atap sudah dibeli dan sampai di tapak rumah pada hari Ahad lepas dengan kos RM9334.50.. Ketua pekerja pula minta gaji lebih sikit konon mau bagi semangat kepada para pekerjanya..Dia cakap sampai bahagian mengecat baru dia akan minta balik gaji.. Minggu ni, dorang sibuk buat beam atas tiang, buat 'gutter' dan paitung bahagian bawah..Kira-kira 10 pekerja kesemuanya...Target tu ketua pekerja mau siap sebelum 15. 12. 09 ni kerana dia ada projek lain konon.. Minggu ni juga mau cari tukang wiring kerana paip pvc untuk elektrik dan soket perlu dipasang sebelum paitung di ground floor tu.., begitu juga dengan frame tingkap dan pintu perlu dipasang sebelum dipaitung... Frame tingkap baru disukat, mungkin paling cepat minggu depan baru dipasang....Kemungkinan besar besi pun belum cukup lagi.., kayu 1x4x12 sebanyak 30 keping kena pergi beli lagi..kayu memang tidak pernah cukup walaupun sudah banyak kali beli... Harap2 progress berjalan baik...

Friday, October 2, 2009

FAKTOR PENYUMBANG KEHILANGAN TUMPUAN DALAM SUKAN

Masalah hilang tumpuan merupakan satu istilah yang sering digunakan untuk menjelaskan keadaan di mana seorang pemain atau atlet gagal membaca gerakan lawan atau melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan. Terdapat beberapa faktor penyumbang kepada fenomena hilang tumpuan ini.
1. Kepentingan Pertandingan
Sekiranya sesuatu pertandingan atau perlawanan itu dianggap penting, ia sedikit sebanyak akan memberikan tekanan kepada seseorang pemain. Kepentingan dan tekanan bermain di peringkat separuh akhir atau akhir, biasanya lebih tinggi dari perlawanan pada peringkat awal. Tekanan yang keterlaluan akan menyebabkan pemain mudah hilang tumpuan.

2. Saat kritikal dalam sesuatu pertandingan.
Saat kritikal dalam sesuatu pertandingan juga boleh menyebabkan seseorang pemain hilang tumpuan. Contohnya, seorang pemain yang akan mengambil tendangan penalti bagi memastikan kejayaan pasukannya. Kita sendiri pernah melihat bagaimana pemain terkemuka seperti Roberto Bagio, David Beckham, Rooney dan ramai lagi gagal menyempurnakan sepakan penalti. Satu contoh yang paling jelas ialah semasa tendangan penalti untuk menentukan pemenang Liga Juara Eropah 2007/2008 di antara Manutd dengan Chelsea. Penendang terakhir Chelsea, John Terry gagal menyempurnakan sepakan penalti. Ekorannya, Manutd muncul juara dalam kejohanan tersebut. Tekanan pada saat kritikal ini boleh menyebabkan seseorang pemain mudah hilang tumpuan.

3. Penilaian ke atas pemain.

Penilaian ke atas pemain yang dilakukan sama ada oleh jurulatih, pihak pengurusan, rakan sepasukan mahupun penonton dan peminat. Seseorang pemain akan berasa tertekan sekiranya mereka tahu bahawa prestasi mereka sedang dinilai dan hasil penilaian tersebut diumumkan kepada pengetahuan ramai. Justeru itu, mereka mungkin akan mengambil sikap terlalu berhati-hati sehingga menjejaskan tumpuan dan prestasi mereka. Contohnya, pemain badminton ranking nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei kalah kepada pemain bukan pilihan pada terbuka Jepun baru-baru ini. Contoh lain seperti David Beckham yang menerima gaji tertinggi dalam sejarah liga bola sepak Amerika, prestasinya sentiasa dinilai serta mendapat perhatian ramai. Tekanan yang diterima oleh Beckham menyebabkan beliau kadang-kadang hilang tumpuan kepada perlawanan. Bagi pemain yang mendapat tekanan seperti ini, tumpuannya lebih kepada pergeserannya dengan pihak pengurusan, media dan peminat.



Dalam rencana seterusnya, saya akan cuba mencari bahan bagaimana mengatasi masalah hilang tumpuan dalam sukan…SEKIAN.

Seperti Katak Di Bawah Tempurung Kaca...

Kira-kira seminggu talian telefon rosak menyebabkan seolah-olah terpencil ke dunia luar.Inilah penangan kepada orang yang mula terbiasa dengan 'maklumat di hujung jari' atau dengan kata lain 'dunia tanpa sempadan'. Apabila rosak saja kemudahan internet, sumber maklumat lain seperti surat khabar dan televisyen seolah-olah tidak memberi kepuasan kerana tidak memberi maklumat yang terkini dan ulasan yang sehala sahaja.Walaupun sentiasa mengikuti perkembangan semasa sukan dan berita yang berlaku sama ada di dalam dan luar negara tetapi kata orang kita tidak boleh menerokai lanjut maklumat yg diperolehi..Ini boleh diumpamakan seperti "Katak di bawah tempurung kaca'..Boleh nampak di luar tetapi tidak boleh berbuat apa-apa kerana terkurung !!!

Monday, September 28, 2009

Giggs:Lagenda Manutd...

PEMAIN tengah Manchester United, Ryan Giggs sudah menempah dirinya sebagai salah seorang pemain lagenda Manutd apabila sentiasa menampilkan aksi konsisten dan 'luar biasa' apabila turun beraksi sejak dulu sehinggalah sekarang ini. Pemain berpengalaman luas dari Wales itu sudah melalui zaman-zaman pahit dan manis sejak kali pertama menyarung jersi United menentang Everton pada 1991.Berikut adalah beberapa catatan manis pemain itu ketika menyarung jersi United, yang mana dia berjaya meraih 10 pingat kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), empat Piala FA, dua Liga Juara-Juara Eropah, tiga Piala Liga, satu Piala Super Eropah, satu Piala Antara Benua dan satu Piala Kelab Dunia.

1. Gol hebat bertemu Arsenal (Separuh Akhir Piala FA April 1999):Saat bermakna dalam karier Giggs. Dia meloloskan diri melepasi benteng Arsenal sebelum meledakkan percubaan yang tidak dapat diselamatkan oleh David Seaman.
2. Memecahkan rekod penampilan Bobby Charlton di Moscow (Mei 2008):
Giggs memenangi Piala Eropah keduanya dan memecahkan rekod penampilan sepanjang zaman United milik Charlton ketika menentang Chelsea pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Juga menjaringkan sepakan penalti penting membantu kemenangan United.
3. Gol penentu kejuaraan menentang Wigan (Mei 2008):
Pada hari dia menyamai rekod Charlton, Giggs tampil daripada bangku pemain simpanan menentang Wigan di gelanggang lawan sebelum menyumbat gol kedua penentu kejuaraan United sekali gus kejuaraan EPL ke-10 buatnya secara peribadi.
4. Sepakan percuma menakjubkan menentang Blackburn (Mei 1993):
Sesudah menamatkan penantian 26 tahun bagi kejuaraan liga, United berparti menentang Blackburn dan Giggs mencuri tumpuan dengan sepakan percuma dari jarak 35 ela tanpa dapat dijangkau penjaga gol Rovers, Bobby Mimms.
5. Gol lambungan di Anfield (Januari 1994):
Dalam perlawanan menakjubkan di Anfield, United pantas mendahului 3-0 sebelum tuan rumah bangkit lewat untuk seri 3-3. Namun sepakan lambung Giggs pada babak pertama yang mengelirukan Bruce Grobbelaar adalah gol terbaik perlawanan.
6. Hari pertama ia bermula menentang Everton (Mac 1991):
Tiada siapa pernah mendengar nama pemain gantian kurus kering yang dibawa masuk menggantikan Brian McClair ketika perlawanan Divisyen Satu United menentang Everton di Old Trafford pada 1991, tapi ia adalah penampilan sulung buat pemain berusia 17 tahun, Ryan Giggs.
7. Gol pertama yang dipersoalkan (Mei 1991):
Perbalahan mengenai gol pertama Giggs buat United masih berterusan hingga kini. Dia akan memberitahu anda ia adalah pada perlawanan setempat dengan Manchester City di Old Trafford pada Mei 1991, tapi rekod menyatakan ia adalah jaringan sendiri Colin Hendry membolehkan United menang 1-0. Giggs masih menganggap dia yang menjaringkan gol itu!
8. Perlawanan menentang Juventus (Oktober 1997):
Giggs menyumbat gol penyamaan penting pada saat-saat akhir menentang Juventus pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara 1999, tapi jaringannya menentang kelab Itali itu dua tahun terdahulu sukar diatasi. Satu lari larian pantas dari sebelah kiri sebelum merembat kencang ke dalam gawang.


Wednesday, September 23, 2009

Bryan Robson Jurulatih Pasukan Kebangsaan Thai

Bekas kapten England dan Manchester United Bryan Robson dilantik sebagai jurulatih baru pasukan kebangsaan Thai, dengan matlamat membawa negara itu ke Sukan Olimpik 2012 di tanah air beliau.Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Worawi Makudi berkata Robson, 52, telah juga diberi tugas membimbing pasukan itu dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014, serta kelayakan Piala Asia 2011 dan 2014. Robson tiba di ibu negara Thai Selasa lepas untuk membincangkan dengan FA Thai mengenai tugas barunya, di mana beliau akan mengambil alih daripada Peter Reid, yang meninggalkan pasukan itu tergesa-gesa untuk pulang ke England bagi menjadi penolong pengurus di Stoke City Liga Premier selepas hanya setahun di Thai. Worawi berkata Robson akan ditawarkan kontrak sebagaimana dinikmati Reid, yang menerima sejuta paun setahun. Tugasnya yang pertama ialah membimbing pasukan itu dalam jadual perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Singapura pada November, kata Worawi. Beliau dijangka dibantu oleh bekas jurulatih Perak Steve Darby, yang juga mengendali Bawah 23 yang membuat persiapan untuk Sukan SEA di Laos pada Disember ini.

Negara kita walaupun mampu mengupah jurulatih yang berkaliber, tetapi memandangkan kualiti pemain kita masih di tahap yang kurang memberangsangkan, pelaburan untuk jurulatih yang berprofil tinggi hanyalah satu pembaziran.. Kita ambil Alex Ferguson sekalipun sebagai coach, kita masih mungkin kalah dengan jiran2 Asean yg lain....

Monday, September 21, 2009

EPL : Great Ball To The Great Scorer...


Alex Ferguson menyifatkan kemenangan dramatik Manutd ke atas Mancity sebagai perlawanan terbaik antara kedua pasukan sepanjang pertembungan mereka. Bagi saya, perlawanan di antara Manutd dengan Mancity tersebut adalah perlawanan yang menyebabkan para peminat Manutd gembira bercampur geram dengan beberapa kesilapan 'budak sekolah' yang dilakukan oleh Rio Ferdinand dan Ben Foster. Pemain paling 'outstanding' pada perlawanan itu adalah Ryan Giggs yang telah melakukan 2 hantaran lintang cantik yang seterusnya diterjemahkan menjadi gol oleh Darren Fletcher. Seterusnya, Ryan Giggs juga dengan kemas melorong bola tepat kepada Owen pada minit keenam masa tambahan yang berjaya membuahkan kemenangan 4-3 Manutd ke atas Mancity. Gol Owen tersebut adalah gol pertamanya untuk Manutd musim ini dalam saingan EPL. Pujian juga patut diberikan kpd Ferguson kerana memasukkan Michael Owen 15 minit terakhir perlawanan kerana apabila bola Manutd sering kali dapat memasuki kawasan penalti Mancity, Owen lah pemain yang perlu dimasukkan!!! Ini kerana Owen sentiasa responsif terhadap bola apabila berada di kwsn kotak penalti.. Betullah cakap pengulas sukan, hantaran Giggs pada minit keenam masa tambahan itu adalah 'Great Ball To The Great Scorer' !
Satu lagi, TAHNIAH kepada pengadil perlawanan kerana memanjangkan sedikit masa tambahan... Ha2..

Friday, September 18, 2009

Tuesday, September 15, 2009

Liga Juara Eropah: Dua Kelab England Menang..

Juara 2008, Manchester United dan pasukan yang mereka kalahkan pada perlawanan final, Chelsea memulakan persaingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan mencatatkan kemenangan. United yang ditundukkan Barcelona pada final musim lalu, awal pagi tadi menewaskan Besiktas 1-0 di Istanbul menerusi jaringan tunggal, Paul Scholes pada separuh masa pertama. Chelsea pula yang menyaksikan pemiliknya Roman Abramovich menyandarkan harapan kepada pengurus baru, Carlo Ancelotti untuk mendakap trofi kejuaraan kali ini, juga menang tipis 1-0 ke atas FC Potro.
Gol Chelesa diperoleh menerusi penyerang antarabangsa Perancis, Nicolas Anelka. United dilihat masih belum menemui rentak permainan sebenar tetapi pengurusnya, Alex Ferguson mengakui beliau cukup berpuas hati dengan persembahan anak buahnya itu.

Del Potro Rampas Takhta Federer


Juan Martin del Potro merampas takhta yang telah dipegang oleh Roger Federer selama lima tahun berturut-turut apabila menumbangkan pemain No. 1 dunia itu untuk merangkul kejuaraan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), iaitu gelaran Grand Slam pertama dalam kariernya.Bintang muda Argentina berusia 21 tahun itu menamatkan dominasi Federer dengan mencatat kemenangan 3-6, 7-6 (7-5), 4-6, 7-6 (7-4), 6-2 dalam pertarungan sengit 4 jam, 6 minit.Walaupun berdepan bintang dunia yang memiliki sejarah gemilang, malah tewas di set pertama, ia tidak menghalang Del Potro, pemain tinggi lampai dengan ketinggian 1.98 meter untuk bangkit dan mencatat kejutan terbesar.

Monday, September 14, 2009

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN KECERGASAN

Kecergasan jasmani bukan satu perkara yang sedia wujud atau berlaku secara semulajadi selari dengan proses kematangan seseorang. Tahap kecergasan boleh dibina melalui latihan jasmani. Latihan kecergasan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan berulang-ulang untuk meningkatkan kecergasan seseorang kepada tahap tertentu supaya berupaya menyempurnakan tugas-tugasnya.

Latihan yang dirancang secara sistematik dengan jadual yang teratur dan berdasarkan prinsip-prinsip latihan akan memberi faedah dan kesan latihan kepada pelakunya. Jika latihan dilakukan sesuka hati dan tidak mematuhi prinsip-prinsip latihan, kesan-kesan negative boleh berlaku kepada tubuh badan dari segi jasmani dan fisiologi, termasuk kecederaan akibat salah amalan. Terdapat 5 prinsip latihan kecergasan yang perlu diketahui terutama sekali bagi seseorang pemain atau atlet.

1. Prinsip Perbezaan Individu:

Perancangan latihan hendaklah mengambil kira bahawa setiap individu adalah unik dan mempunyai sifat-sifat tersendiri dari segi kebolehan yang ditentukan oleh genetic, kematangan fizikal dan mental, tahap kecergasan jasmani yang sedia ada, amalan pemakanan dan gaya hidup. Oleh itu bagi seseorang jurulatih kecergasan, perkara ini perlu diambil kira sebelum memberi latihan yang sesuai kepada seseorang atlet/pemain.


2. Prinsip Tambah Beban (Overload)

Beban latihan yang lebih lagi perlu ditambah semasa latihan dari semasa ke semasa supaya keupayaan badan semakin meningkat. Penambahan beban boleh dilakukan dengan menyesuaikan intensiti latihan, kekerapan latihan dan jangka masa satu sesi latihan. Latihan yang berterusan tanpa aplikasi prinsip tambah beban hanya dapat mengekalkan kecergasan yang sedia wujud dan tidak dapat meningkatkan kecergasan.

3. Prinsip Pengkhususan (Spesifisiti)

Aktiviti latihan yang dilalui oleh seseorang perlu dirancang supaya sesuai untuk keperluan kecergasan yang sebenarnya bagi jenis sukan yang diceburi. Keperluan seorang pelari pecut dan seorang pelari marathon serta pemain badminton adalah berbeza. Oleh itu, latihan yang mereka lakukan hendaklah berbeza dan khusus mengikut keperluan individu itu.

4. Prinsip Ansur Maju.

Latihan dan bebannya dari segi intensiti kekerapan dan jangka masa hendaklah ditingkatkan dengan cara beransur-ansur atau berperingkat-peringkat mengikut kemampuan atlet atau pemain.

5. Prinsip Kebolehbalikan (Reversibiliti)

Kesan atau kecergasan yang diperoleh melalui latihan hendaklah digunakan. Tahap kecergasan bukan perkara yang kekal. Jika seseorang yang cergas berhenti berlatih, tahap kecergasannya akan beransur hilang dan balik kepada keadaan yang asal.

Sunday, September 13, 2009

US Open 2009: Kejutan Kepada Pemain-pemain Pilihan..

Roger Federer menempah tiket ke final Terbuka US apabila berjaya mengalahkan N.Djokovic 'straight set' 7-6, 7-5, 7-5. Federer akan bertemu dengan J. Del Potro yang telah menewaskan pemain pilihan Rafael Nadal 6-2, 6-2, 6-2 dalam satu lagi saingan separuh akhir. Sementara itu kejutan juga berlaku ke atas juara bertahan wanita Serena William apabila dikalahkan oleh Kim Clijsters 'straight set' 6-4, 7-5 yang menunjukkan kehebatan pemain yang sudah bergelar ibu tersebut. Dalam perlawanan separuh akhir tersebut, Serena didenda AS$10,500 berikutan tindakannya memarahi penjaga garisan dan kerana sengaja merosakkan raketnya. Clijsters akan bertemu dengan seoirang lagi pemain bukan pilihan Wozniacki dalam final wanita nanti...

Progress Rumah Minggu Ke-9













Lantai atas dalam proses.. 45% siap minggu ini..






Inilah jambatan naik ke atas...














Lantai atas yang belum disimen..

Manchester United, Liverpool , ManCity Menang Bergaya...

Manchester United Mempamerkan aksi Sang Juara apabila menundukkan Tottenham Spurs 3-1 di gelanggang lawan. Pemain-pemain pertahanan United dapat menyerap tekanan serangan pemain penyerang Spurs seperti Defoe, Keane, Lennon dan Crouch dengan cemerlang sekali. Walaupun United bermain 10 pemain hampir 30 minit pada separuh masa kedua kerana kad kuning kedua Paul Scholes, United menang bergaya ke atas pasukan yang meningkat naik ini.
Sementara itu,Manchester City terus mempamerkan kegarangan mereka apabila berjaya menewaskan Arsenal 4-2 pada aksi Liga Perdana England. Liverpool turut berpesta gol apabila membelasah Burnley 4-0 di Anfield manakala Chelsea terus mengekalkan rekod kemenangan bersih musim ini biarpun sekadar menang tipis 2-1 ke atas Stoke City. Perlawanan EPL hujung minggu ini tidak banyak mengubah kedudukan carta liga, kecuali United yang beralih ke kedudukan kedua dan ManCity di tangga ketiga..Carta Liga masih dikuasai oleh Chelsea.. Bagi United, adalah menjadi kebiasaan berada di bawah Chelsea, Liverpool atau Arsenal pada awal musim..

Friday, September 11, 2009

Manutd Vs Spur ..

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menganggap Tottenham Hotspur (Spurs) antara empat pencabar utama The Red Devils musim ini. Tottenham yang dibimbing Harry Redknapp bermula cemerlang musim ini dengan empat kemenangan berturut- turut.United pula mencatat kemenangan tipis ke atas Arsenal dan Birmingham selain membelasah Wigan tetapi tewas mengejut kepada Burnley. Awal pagi esok, United bakal berdepan tugas berat apabila berkunjung ke White Hart Lane untuk bertemu anak buah Redknapp itu pada aksi Liga Perdana England. United bakal diperkuat dengan kehadiran semula Rio Ferdinand yang pulih daripada kecederaan paha. Gary Neville pula sudah kembali berlatih selepas mengalami kecederaan pangkal paha tetapi John O’Shea bakal terlepas perlawanan ini ekoran cedera di bahagian betis. MESTI TONTON PERLAWANAN INI..!!!