Sunday, August 30, 2009

Progress Rumah Minggu Ke-7






Minggu yang ke-7, progress rumah berjalan agak baik walaupun kadang-kadang pekerja cuma 2-3 orang sahaja. Kerja-kerja menyimen tiang bulat, membuat penyokong, meletakkan plywood untuk lantai atas dan membuat beam bahagian atas telah dibuat oleh para pekerja. Kerja meletakkan plywood lebih cepat jikalau penghantaran plywood yang sudah dibeli dilakukan dengan cepat. Ini tidak, berkali-kali di 'sms' dan ditelefon baru separuh dihantar...Inilah antara pengalaman dan pengajaran yang dilalui pula kalau buat rumah ni.. Minggu ni saja lebih kurang RM3000.00 beli papan dan kayu saja.. Kalau dikira-kira kayu dan papan yang telah dibeli sudah boleh menyiapkan sebuah rumah papan sederhana... Harap-harap kerja-kerja menyimen lantai bahagian atas dapat disiapkan minggu depan.

Tiru Modul Sukan Di USA...

Dasar Sukan Negara (DSN) yang baru akan dibentangkan pada Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet, 8 September ini bagi membolehkan modul sukan negara yang selama ini banyak bergantung kepada kerajaan berubah menjadi satu industri yang menjana pendapatan.
Cadangan perubahan itu antara langkah yang diambil oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk mengemaskinikan Dasar Sukan Negara dalam usaha meningkatkan pencapaian atlit dan sukan di negara ini. Di Amerika Syarikat, walaupun tanpa bantuan dan campur tangan kerajaan, industri sukan di negara itu mampu memberikan pendapatan sebanyak AS$1 trilion setahun dan pendapatan jualan tiket sebanyak AS$300 juta setahun.Keadaan itu disebabkan semua pihak di negara tersebut melihat sektor sukan sebagai satu industri yang mampu menjana pendapatan menyebabkan pihak yang terbabit berusaha keras untuk melahirkan atlit dan pasukan yang kuat.
SUKAN SEBENARNYA BUKAN SETAKAT PELABURAN UNTUK KESIHATAN TETAPI JUGA MELIPUTI PELBAGAI PERSPEKTIF YANG MENARIK UNTUK DITEROKAI...

The Red Devils Tewaskan The Gunner.

ROONEY MERAIKAN GOL PENALTINYA




Arsenal terpaksa akur dengan kehebatan Manchester United apabila tewas 1-2 kepada musuh tradisinya itu.Kekalahan itu juga menyebabkan rekod cemerlang Arsenal dalam kempen Liga Perdana England tercalar. Sekalipun berjaya mendahului hasil jaringan Andrei Arshavin pada minit ke-40, skuad The Gunners itu tewas 1-2 selepas gagal menggunakan kelebihan yang ada bagi membawa pulang tiga mata penuh.Sebaliknya, Manutd yang beraksi di hadapan penyokong sendiri di Old Trafford bangkit menampilkan aksi lebih bertenaga pada babak kedua. Ayam tambatannya, Wayne Rooney menjaringkan gol pertama United menerusi sepakan penalti pada minit ke-59.Lima minit kemudian, United memperoleh gol kemenangan apabila pertahanan Arsenal, Abou Diaby tertanduk bola ke gawang sendiri hasil sepakan percuma Ryan Giggs.

Tuesday, August 25, 2009

Jelajah Doulas- Kedai Buku terapung kedua terbesar di dunia, Kota Kinabalu


Sekali lagi, Doulos, " The International Floating Bookshop" akan membuat jelajah ke seluruh dunia, dan Sabah merupakan salah satu destinasinya. Tema jelajah ini adalah " Doulas, Bringing Knowledge, Help & Hope"... Doulas merupakan tuan rumah kepada kedai buku terapung yang kedua terbesar di dunia dengan membawa setengah juta buku untuk dijual pada harga yang sangat berpatutan. 6000 tajuk buku yang berkualiti dipamerkan yang merangkumi subjek seperti pendidikan, perniagaan, masakan, sukan, koleksi buku kanak-kanak dan macam-macam lagi.Kapal Doulas telah dibina pada tahun 1914 iaitu 2 tahun lebih muda daripada kapal Titanic. Ianya dikendalikan oleh 350 orang pekerja sukarelawan yang mewakili lebih daripada 45 buah negara seluruh dunia. Lebih daripada 21 juta orang daripada 104 buah negara telah mengunjungi kapal ini.
Jika berpeluang dan ada masa, pergilah melawat dan membeli buku di sini.. MASUK ADALAH PERCUMA!! SATU LAGI KENA PAKAI TOPENGLAH,,TAKUT NANTI TERKENA H1N1!!!

Monday, August 24, 2009

USA Juara Kejohanan Olahraga Dunia Di Berlin...

Amerika Syarikat akhirnya muncul juara Kejohanan Olahraga Dunia apabila beberapa hari kejohanan itu di Berlin , Jerman atlit-atlit Jamaica mengasak hebat dalam pungutan pingat.Dengan pingat emas daripada acara berganti-ganti 4x400 meter lelaki dan wanita dan satu lagi melalui Brittney Reese dalam lompat jauh wanita, AS memintas Jamaica untuk menjadi negara paling dominan pada edisi 2009. Emas kedua untuk pelari berganti-ganti LaShawn Merritt, Kerron Clement, Allyson Felix dan Sanya Richards akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan dengan Jamaica, yang sekadar menambah satu perak kelmarin. Kejayaan itu hadir dalam acara berganti-ganti wanita, di mana Richards dan Felix terlalu hebat buat pasukan wanita Jamaica.Dalam perkiraan terakhir kedudukan pingat, AS memiliki 10 emas dan 22 keseluruhan, dengan Jamaica kedua meraih tujuh emas dan 13 keseluruhan.
Kenapa atlit-atlit Jamaica begitu dominan sekali dalam sukan olahraga berbanding negara-negara maju lain ...?

Sunday, August 23, 2009

Progress Rumah...






Sepanjang minggu ini, kerja-kerja membuat tiang dilakukan oleh para pekerja..Kerja membuat beam tiang mereka buat pada waktu siang. Manakala kerja-kerja menyimen dorang buat pada waktu malam...Minggu ini kira-kira 2 trip pasir (habuk batu) telah diminta untuk proses membuat tiang saja.. Kecuali 4 tiang bulat, semua tiang sudah siap disimen sepenuhnya. Kerja seterusnya ialah membuat beam bahagian atas sebelum membuat lantai atas.. Kayu 1x2x12 sebanyak 80 batang sudah dibeli untuk kerja-kerja ini... Setiap kali melawat 'site'., ada saja yang perlu dibeli untuk kerja-kerja seterusnya...

Saturday, August 22, 2009

Manutd Bertindak Balas ..

Juara bertahan, Manchester United berjaya mengikis detik hampa kekalahan pertengahan minggu kepada Burnley dengan membelasah Wigan 5-0 di gelanggang lawan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam tadi.Selepas hambar dalam babak pertama, Wayne Rooney menyumbat dua kali untuk mencecah angka jaringan ke-100 untuk United manakala bekas penyerang Liverpool, Michael Owen menyumbang gol pertama dengan Nani melengkapkan detik sengsara untuk tuan rumah.

Thursday, August 20, 2009

Bolt Cipta Rekod Dunia 200 Meter Lagi...

Raja pecut dunia, Usain Bolt sekali lagi mempamerkan kehebatannya apabila mencatatkan rekod baru dunia acara 200 meter di Kejohanan Atlet Dunia di sini, dengan masa 19.19 saat. Catatan itu memperbaharui cacatannya ketika Olimpik Beijing lalu iaitu 19.30 saat.Kecemerlangannya di hadapan penonton yang sesak di Stadium Olimpik sama seperti Ahad lalu apabila Bolt memperbaharui rekod dunianya bagi acara 100 meter.Bolt yang akan menyambut hari hadinya yang ke-23 hari ini, dilihat berpeluang merebut satu lagi pingat emas dalam acara 4x100 meter.

Masih Terlalu Awal...

Burnley meraikan kejayaan bersejarah pertama di tempat sendiri dalam masa 33 tahun apabila menumpaskan penyandang juara Liga Perdana Inggeris, Manchester United 1-0, di Stadium Turf Moor.Robbie Blake menjadi wira Burnley apabila menjaringkan gol tunggal pasukannya pada minit ke-19.Manutd bangkit dan hampir menyamai kedudukan menerusi Michael Carrick tetapi sepakan penaltinya diselamatkan Brian Jensen sebelum permainan separuh masa pertama tamat.Manutd menggandakan asakan pada separuh masa kedua dengan beberapa kali Jensen menyelamatkan gawangnya. SEBENARNYA NASIB KURANG MENYEBELAHI MANUTD PADA PERLAWANAN ITU KERANA KALAU DILIHAT DARI SEGI PELUANG MELAKUKAN JARINGAN, MEREKA SEPATUTNYA MENANG..DALAM BOLA SEPAK, KADANG-KADANG FAKTOR NASIB JUGA TERPAKSA DIAMBIL KIRA.. TAPI APAPUN, MASIH TERLALU AWAL LAGI UNTUK MEMBUAT SEBARANG PENILAIAN...

Tuesday, August 18, 2009

Manusia Terpantas Di Dunia...


Jaguh pecut Jamaica, Usain Bolt memusnahkan rekod dunia miliknya dalam acara 100 meter untuk memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga Dunia dengan kepantasan menakjubkan - 9.58 saat dalam final acara berkenaan.Lelaki Terpantas Dunia itu mencantas 0.11 saat daripada catatan 9.69s dilakukannya ketika memenangi emas Sukan Olimpik Beijing, setahun lalu untuk membawa acara pecut itu ke zon masa yang tidak pernah termimpi sebelum kehadirannya.Pelari Amerika Syarikat, Tyson Gay, juara dunia 2007, memberikan larian terbaiknya untuk meraih perak dengan catatan 9.71s, masa ketiga terpantas sepanjang zaman manakala pelari Jamaica, Asafa Powell meraih gangsa dengan 9.84s. Rekod dunia 100m selalunya direndahkan melalui perpuluhan satu atau pun dua saat pada satu-satu masa, justeru catatan besar yang dilakukan Bolt, kelmarin menjadikan ia cukup luar biasa dan menakjubkan. Bolt akan menerima AS$100,000 (RM350,000) daripada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) untuk catatan rekod dunia tetapi ia hanya jumlah kecil jika dibandingkan dengan apa yang bakal diberikan penaja kepadanya sekarang ini.

Sunday, August 16, 2009

Progress Rumah Minggu Ini...






Inilah progress projek rumah minggu ini,. Sepanjang minggu ini, kerja-kerja lebih kepada membuat lantai bawah. Para pekerja meletakkan 2 lapis besi R7 di atas polythene sheet dan menyimen lantai bawah..Kerja menyimen lantai bawah memerlukan pekerja yang ramai kerana perlu diselesaikan dalam satu hari sahaja supaya lantai kelihatan 'cun' konon.. Saya kira2 tu pekerja pada hari Isnin masa menyimen lantai ada lebih kurang 12 orang (Itu urusan ketua pekerja la).. Kerja menyimen lantai siap jugalah pada hari Sabtu..Percaya atau tidak, peringkat membuat pad footing hingga kepada lantai bawah sahaja sudah menghabiskan kira-kira RM8500.00 untuk batu dan pasir sahaja... Harap-harap bahagian atas tidaklah sampai macam tu..
Fasa seterusnya ialah membuat tiang... Inilah terpaksa beli kira-kira 20 keping papan 1 x 8 lagi (sebenarnya sudah dibeli tapi ada cerita lain).. Buat rumah adalah sesuatu yang sangat mencabar dari segi MATERIAL dan MENTAL!!*%$#@?..#%

Musim 2009/2010 EPL Bermula ...

Aksi Liga Perdana Inggeris sudah pun bermula.., Ini bermakna setiap hujung minggu ada sudah yang dinanti-nanti bagi peminat setia bola sepak terutama sekali Liga Perdana Inggeris, walaupun tidak dinafikan ramai juga peminat Serie A, La Liga dan lain-lain..Bagi peminat setia kelab bola sepak masing-masing, ada sudah yang berkira-kira membeli jersi baru mengikut jersi baru pasukan kegemarannya..Kebanyakan kelab EPL musim ini memakai pattern jersi yang berbeza daripada musim lepas..Ini kita sudah jangka kerana ini adalah salah satu strategi pemasaran produk kelab masing-masing.. Bagi peminat setia, kita tidak kisah walaupun harga jersi itu mahal yang penting ada kepuasan apabila memiliki jersi atau produk terbaru kelab bola sepak yang diminati..Sama ada jersi yang dibeli itu ori atau separuh ori (Sepatutnya beli yang ORIGINAL La), yang penting kita tunjukkan semangat DIE HARD FANS kepada kelab kegemaran masing-masing...
Keputusan EPL hujung minggu ini, kecuali Liverpool yang kalah 1-2 kepada Totenham, kelab seperti MUTD, Chelsea, Arsenal, Manchester City menunjukkan kekuatan dan momentum positif masing-masing apabila mengalahkan lawan masing-masing..
Sebagai peminat setia MUTD, saya akan pastikan pada musim ini tidak terlepas satu perlawanan pun apabila melibatkan team ini seperti mana musim lepas juga...

Monday, August 10, 2009

Perisai Komuniti : MUTD (2) VS (2) Chelsea ..

Aksi pembuka tirai tradisi musim bola sepak Inggeris di Stadium Wembley malam tadi tidak menyaksikan tahap permainan hebat, tetapi disaingi sengit dengan penyudah yang mendebarkan.Dengan perlawanan terikat 1-1, pemain MUTD, Patrice Evra terbaring di padang selepas dikasari Michael Ballack ketika pemain tengah Chelsea, Frank Lampard menjadikan kedudukan 2-1.Jaringan itu menjelmakan reaksi berang pemain MUTD yang berasakan perlawanan patut dihentikan. Tetapi juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) itu berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi penyerang England, Wayne Rooney. Penentuan kemenangan melalui sepakan penalti menyaksikan sikap sambil lewa Giggs dan Evra ketika mengambil tendangan menyebabkan MUTd tewas 1 -4 kepada Chelsea..Apapun, Piala Perisai Komuniti cuma dianggap sebagai pemanas badan dan masih terlalu awal untuk menilai kehebatan sesuatu pasukan...

Sunday, August 9, 2009

Projek Rumah....







Saya perhatikan progress projek rumah agak 'slow' sedikit minggu ini kerana :
1. Batu sungai yang diperlukan untuk mengisi 'ground beam' tidak dapat dihantar sekaligus..Ini menyebabkan para pekerja terpaksa tunggu keesokan harinya untuk membuat kerja-kerja tersebut..
2. Para pekerja terpaksa cuti satu hari pada hari Jumaat kerana faktor pantang larang (ada orang meninggal)..
3. Mixer pula buat hal...Rosak pada hari Ahad apabila kerja-kerja menyimen lantai baru dimulakan...Harap-harap kerosakan itu boleh diselesaikan...

Thursday, August 6, 2009

Perkaitan Kemahiran, Kebolehan Asas dan Perlakuan dalam Sukan

Kemahiran tidak seperti bakat, adalah hasil atau kesan proses pembelajaran yang berlandaskan prinsip pembelajaran lebihan (overlearning). Tiada kemahiran semulajadi dalam erti kata yang sebenarnya. Keadaan di mana seseorang pelajar dengan tiba-tiba mahir bermain badminton apabila mencapai umur dua belas tahun tanpa melalui latihan adalah mustahil.
Kebolehan atau keupayaan asas (basic abilities) merupakan sifat-sifat kecergasan jasmani yang sedia ada pada seseorang. Sifat-sifat ini adalah faktor-faktor yang mempengaruhi atau membantu proses pembelajaran kemahiran. Contohnya kekuatan dan daya tahan otot, ketangkasan, fleksibiliti, kepantasan dan imbangan. Faktor-faktor ini boleh dianggap sebagai prasyarat untuk penguasaan sesuatu kemahiran. Tanpa kebolehan asas proses pembinaan kemahiran adalah sukar.
Perlakuan adalah prestasi yang ditunjukkan ketika seseorang itu menggunakan kemahirannya untuk menyelesaikan masalah dalam situasi yang dihadapinya. Ia adalah petunjuk keberkesanan proses pembelajaran. Perlakuan yang menentukan sebaik mana seseorang itu berupaya mengaplikasikan kemahirannya dalam konteks yang sebenarnya (misalnya perlawanan permainan). Dari perlakuannya seseorang itu akan memperolehi maklum balas luaran dan dalaman.

Tuesday, August 4, 2009

Adakah Anda Mahir Dalam Sukan Kegemaran...???

Seseorang peserta sukan atau pemain yang dianggap mahir akan menunjukkan kecekapan dalam perlakuannya. Antara ciri-ciri utama yang jelas kelihatan adalah:

1. Pergerakan-pergerakannya dilakukan dengan mudah, betul, licin dan pada masa yang tepat.
2. Penggunaan tenaga untuk menghasilkan pergerakan adalah minimum.
3. Perlakuan yang konsisten apabila sesuatu kemahiran itu dibuat berulang kali.
4. Perlakuan itu membawa hasil yang diingini dan (jika ada) kesilapan yang berlaku adalah pada tahap yang minimum.

Seseorang yang mahir dalam bidang sukannya biasa kelihatan YAKIN, TENANG dan TIADA TANDA-TANDA KEPAYAHAN (difficulties) ketika hendak bertindak menggunakan kemahiran yang ada padanya.
Jadi, anda bagaimana...?

Sunday, August 2, 2009

The Progress ...







Masuk minggu yang ke-4 inilah progress terkini projek rumah sdn. bhd. Kerja-kerja membuat kasut rumah (Pad Footing) selesai sudah..Sekarang ni, kerja-kerja membuat 'Ground Beam' mungkin siap dalam satu dua hari lagi.. Selepas tu, kerja-kerja mengisi 'ground Beam'yang sudah siap itu dengan batu-batu sungai (kira-kira 6 trip)untuk memampatkan bahagian tapak. Setakat ini, sudah 4 tan besi sudah diguna, 150 beg simen, pasir dan batu sahaja sudah mencecah kira-kira 10 tan lebih..
Harap-harap projek ini berjalan dengan lancar...

Saturday, August 1, 2009

Rekreasi Minda : Pekerja Zoo...

Seorang tuan punya Zoo risau gorilanya mati,kerana ia adalah tarikan paling kuat Zoo tersebut. Suatu hari dia mencari akal dengan meminta seorang pemuda bernama JEBON bekerja untuknya dengan memakai pakaian menyerupai gorila dan duduk dalam kandang.Apa lagi JEBON dapat good offer dan terimalah...Untuk menujukkan ia benar-benar seekor gorila, dia pun bergayut-gayut di keliling kandang. Tiada seorang pun perasan bahawa itu adalah gorila palsu..Suatu hari dia memanjat kandangnya dengan lebih tinggi hingga masuk ke kandang harimau..Orang ramai yang menyaksikan bersorak lebih gemuruh kerana kelihatan harimau sudah mula naik minyak..Tiba-tiba gorila tersebut tergelincir dan jatuh ke kandang harimau..Harimau mendekati gorila berkenaan dan menindihnya...Gorila tersebut menjerit...TOLONG....TOLONG....TOLONG....Suasana semakin gamat kerana orang ramai mahu melihat bagaimana gorila berjuang menentang harimau..Tiba-tiba harimau menutup mulut gorila berkenaan dan berkata ""Woooiiii...diam laaaaa....Kau nak kita sama-sama kena BUANG KERJAKAH???%#@!^*()++