Monday, May 14, 2012

'ManCity Ketinggalan 100 Tahun'


Pengurus Manchester United, Alex Ferguson terpaksa akur de- ngan kejayaan Manchester City memena- ngi gelaran juara Liga Perdana England kelmarin.City melakar kejayaan itu selepas menewaskan Queens Park Rangers (QPR) 3-2 pada aksi terakhir liga musim ini di Stadium Etihad meskipun United mencatat kemenangan 1-0 ke atas Sunderland. Meskipun berkongsi 89 mata, City dinobatkan selaku juara selepas memiliki kelebihan empat gol berbanding United.Ferguson tidak mahu bersikap rasis dengan membuat perbandingan antara reputasi United dengan beberapa keja- yaan yang dilakar City termasuk mena- matkan kemarau gelaran liga selama 44 tahun itu. Namun, pengurus veteran kelahiran Scotland itu berkata, masih banyak yang perlu dilakukan City untuk menyamai re- kod United."Mereka boleh meneruskan kejayaan seperti ini. Itu adalah yang kamu jangka- kan tetapi sejarah kelab kami masih me- mihak kepada kami. Kami tidak perlu bimbang mengenai situasi itu. Saya fikir, kami memiliki seja- rah yang hebat, lebih baik daripada kelab lain dan mereka perlu tempoh selama 100 tahun untuk menyamai sejarah kami," kata Ferguson. Meskipun sudah berusia 70 tahun, Ferguson berazam untuk menjadi orang pertama yang akan menyekat City daripada mengulang kejayaan itu musim depan.
                                                                                          Sumber : Kosmo

Monday, April 2, 2012

MUTD Selesa di Takhta Liga EPL

 Manchester United terus menguasai tahta Liga Perdana Inggeris dengan perbezaan lima mata daripada pesaing terdekat, Manchester City apabila membenam Blackburn Rovers 2-0 di Ewood Park, awal pagi tadi.
Kedua-dua gol diperoleh pada masa kedua menerusi rembatan kencang Antonio Valencia pada minit ke-81 dan Asley Young lima minit selepas itu. United bagaimanapun hampir pulang dengan tangan kosong selepas beberapa percubaan merbahaya penyerang Blackburn, Ayegbeni Yakubu terutama pada separuh masa pertama. Namun kemasukan Young pada minit ke-70 menggantikan Paul Scoles jelas mengukuhlan jentera serangan membolehkan United membaea pulang tiga mata penuh. Dengan keputusan itu, United kini memperoleh 76 mata daripada 31 perlawanan berbanding City di tangga kedua liga dengan 71 mata.  

Wednesday, March 28, 2012

Lelaki lebih terdedah pada diabetes jenis 2

SEORANG pengkaji dari Universiti Glasgow, Scotland, Profesor Naveed Sattar berkata lelaki lebih terdedah kepada penyakit diabetes jenis 2 berbanding wanita disebabkan faktor biologi dan pemakanan. Kenyataannya itu berdasarkan kajian terhadap 51,290 lelaki dan 43,137 wanita di Scotland dengan mengambil kira berat badan, faktor kegemukan serta indeks jisim badan (BMI) mereka. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Diabetologia itu, kebanyakan lemak lelaki tersimpan di dalam organ seperti limpa dan buah pinggang manakala wanita di pinggul dan muka. Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan terlalu banyak gula dalam badan hingga merosakkan buah pinggang dan organ lain.Penyakit itu dapat dicegah dengan mengurangkan berat badan berlebihan, makan makanan yang sihat dan seimbang selain selalu bersenam.

Sumber: KOSMO


Friday, October 14, 2011

Tidak bersenam, stres, rokok, arak punca penyakit tidak berjangkit...

"Tidak bersenam, bersenam dengan cara salah, stres, minuman keras dan merokok antara faktor utama dikenal pasti sebagai punca penyakit tidak berjangkit (NCD) terutamanya penyakit jantung yang banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Hampir 12,000 kematian akibat penyakit jantung dicatatkan di seluruh negara tahun 2010. Kajian kementerian Kesihatan menunjukkan satu daripada setiap dua penduduk dewasa di Malaysia menghidapi hipertensi manakala setiap satu daripada lapan dewasa menghidapi diabetes. Semakin ramai rakyat Malaysia mati lebih awal (pramatang) akibat penyakit NCD. Berdasarkan rekod, trend masyarakat kini meninggal sebelum umur 60 tahun akibat gaya hidup tidak sihat serta mengabaikan kesihatan. Secara purata hanya kira-kira 15 peratus rakyat Malaysia yang melakukan senaman. Selebihnya tidak bersenam atau bersenam dengan cara salah..."

3 TINDAKAN utama kita selepas membaca artikel ini:
1. Bersenam dengan cara yang betul sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan setiap sesi sekurang-
kurangnya 30 minit.
2. Makan makanan seimbang mengikut Piramid Makanan yang disyorkan.
3. Mengamalkan Gaya Hidup Sihat dengan cara tidak merokok, tidak meminum minuman beralkohol dan
sebagainya...

Thursday, July 28, 2011

Singa Singapura Membaham Harimau Malaya...

Harimau Malaya gagal mengekang kemaraan Singapura untuk melangkah ke pusingan ketiga Piala Dunia 2014 buat kali pertama selepas diikat 1-1 dalam perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Pasukan Malaysia tersingkir menerusi agregat 6-4 di depan hampir 90,000 penonton, malah menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayangkan kad merah pada minit ke-93.

Sebenarnya tujuan saya mem'bold' frasa Harimau Malaya tersebut kerana kurang bersetuju dengan gelaran tersebut kepada pasukan kebangsaan...kenapa? sebabnya penggunaan gelaran tersebut tidak menggambarkan aspirasi peminat bola sepak rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak...Dengan kata lain, gelaran tersebut menyinggung perasaan peminat setia pasukan Malaysia dari kedua-dua negeri ini. Cuba bayangkan kalau pasukan bola sepak kebangsaan digelar Harimau Borneo atau Harimau Sarawak... Sepatutnya gelaran yang paling sesuai gunakanlah Harimau Malaysia yang menggambarkan semangat semua rakyat Malaysia walaupun tiada seorang pun pemain daripada sabah dan Sarawak...

Tuesday, May 31, 2011

Baru dapat MASUK...

Fuhhh...lama nda 'update' blog gara-gara susah mau log in... Baru ni kali dapat.. Banyak isu sukan yang mau diulas dan dikupas tertinggal begitu sahaja..Yang paling saya ingin ketengahkan ialah tentang Kejuaraan ke-19 ManUtd dalam liga EPL. Nampaknya pasukan kendalian Alex Ferguson sememangnya hebat di persada Liga Inggeris dengan keupayaannya mencipta rekod pasukan paling banyak EPL..Pasukan-pasukan yang gah bersaing dari awal musim seperti Chelsea dan Arsenal nampaknya 'patah hujung' apabila kemenangan yang diperlukan disia-siakan. Natijahnya, 'coach' yang dipersalahkan dan dipecat. Musim 10/11 ini juga adalah musim penuh bermakna bagi ManCity yang berjaya menempatkan 'team' ini di persada Eropah pada musim depan...
Sementara itu, kekalahan ManUtd kepada Barca dalam Champion League memang saya sudah jangkakan kerana Barcelona memang kelab yang berada pada kelasnya yang tersendiri...

Sunday, May 8, 2011

Perang Psikologi Penentuan Juara EPL 2010/2011

Alex Ferguson menggunakan helah lamanya kelmarin dengan memberi tekanan kepada pengadil, Howard Webb menjelang aksi penentu kejuaraan Liga Perdana England malam ini. Pengurus Manchester United itu menjelaskan bahawa beberapa keputusan daripada pengadil telah tidak menyebelahinya sejak beberapa pertemuan dengan Chelsea baru-baru ini. Ferguson menjelaskan bahawa beliau bimbang sekiranya keputusan pengadil itu akan menjejaskan peluang pasukannya mencatat kemenangan ke atas The Blues. Beliau telah digantung lima perlawa- nan kerana mengkritik pengadil, Martin Atkinson selepas Chelsea menewaskan United di Stamford Bridge pada Mac lalu.Tahun lepas, Didier Drogba berada dalam kedudukan ofsaid ketika menjaringkan gol kemenangan Chelsea di Old Trafford. Malah Ferguson juga mempertikaikan sepakan percuma yang menyaksikan John Terry menanduk masuk gol keme- nangan The Blues di Stamford Bridge pada 2009. Namun masih ada berita baik bagi United iaitu mereka juga telah memenangi sembilan kali ketika Webb iaitu pengadil malam ini, menjadi pengadil di Old Trafford.

Bagi coach Chelsea pula, Ancelotti sedar peranan pengadil Howard Webb pasti penting ketika pasukannya mengintai kemenangan di Old Trafford malam ini yang akan meletakkan mereka dalam situasi terbaik mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Ancelotti percaya sikap mengkritik pengadil tidak melambangkan imej yang baik dalam sukan bola sepak dan beliau tidak berganjak dengan pendiriannya bahawa pengurus tidak mendapat apa-apa sekiranya meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pegawai perlawanan. Kemenangan buat Chelsea malam ini bermakna Blues akan merampas tangga teratas, di depan United menerusi perbezaan jaringan dengan berbaki dua perlawanan, manakala kemenangan buat anak buah Ferguson menyaksikan mereka memerlukan satu mata saja untuk meraih rekod kejuaraan kali ke-19. Ancelotti percaya pasukannya memiliki kelebihan psikologi ke atas United, kelab gergasi yang terdesak untuk melepaskan tangga pertama selepas mendahului dengan perbezaan 15 mata di depan Chelsea pada satu ketika.

Ramalan: Manutd 1 - 0 Chelsea