Tuesday, March 24, 2009

PSIKOLOGI SUKAN- Part 1

STRATEGI MENTAL: Mengawal Kebimbangan Dalam Sukan.

Kebangkitan fisiologi yang berlebihan dan kebimbangan merupakan salah satu elemen yang boleh menggugat prestasi individu dalam sukan. Antara contoh terbaik yang dapat kita lihat adalah kegagalan pasukan MUTD mengekalkan momentum mutu permainan dalam 2 perlawanan terakhirnya. Walaupun pada peringkat awalnya, para peminat dan pengkritik sukan menjangkakan MUTD dapat mengalahkan Liverpool dan Fulham berdasarkan prestasi semasa yang memberangsangkan, tetapi tekanan yang dihadapi apabila beraksi di depan penonton sendiri di samping tekanan mengekalkan kedudukan teratas EPL menyebabkan mereka tewas. Walaupun faktor lain mempengaruhi kekalahan pasukan ini seperti peningkatan prestasi Liverpool dan kekurangan pemain kerana dibuang padang, tidak dapat dinafikan bahawa memang terdapat masalah psikologi yang melanda pasukan ini. Kegagalan beberapa pemain ternama mengawal kebimbangan serta tekanan yang hadir semasa beraksi menyebabkan prestasi pasukan agak merosot..
Sebenarnya, senario ini juga wujud dalam beberapa jenis sukan yang lain serta melibatkan beberapa ahli sukan ternama dunia. Kegagalan melakukan tindakan yang sepatutnya pada saat-saat genting sering kali menjadi penyebab kepada kekalahan pemain atau pasukan ternama. Kegagalan melakukan tindakan yang tepat ini berkemungkinan besar berpunca dari tekanan, kebangkitan serta peningkatan tahap kebimbangan sehingga menyebabkan individu berkenaan tidak mampu memberikan tumpuan serta berfikir dengan baik sebelum membuat sesuatu keputusan. Kesannya, tindakan yang dibuat di bawah tekanan sering kali menyebabkan keputusan yang tidak dijangka sama sekali. Contoh yang paling tepat ialah tindakan Paul Scholes menghalang bola dengan kedua-dua tangannya daripada memasuki gawang semasa menentang Liverpol menunjukkan bahawa beliau tidak mampu berfikir dengan baik kerana tekanan.

Bersambung...

Sunday, March 22, 2009

MUTD Kalah Lagi...Tapi Masih Mendahului EPL..


Terlalu lembik dan belum cukup hebat.
Itu reaksi pengurus Manchester United, Alex Ferguson sebaik pasukan bimbingannya tewas 0-2 kepada Fulham dalam saingan Liga Perdana England pada Sabtu lalu. Kekalahan di Craven Cottage itu adalah yang kedua buat United dalam masa seminggu selepas tunduk 1-4 kepada pencabar utama, Liverpool minggu lalu.
Semalam, Liverpool terus tampil bergaya apabila memusnahkan Villa 5-0.Kemenangan itu terus mengukuhkan kedudukan mereka dalam liga dan kini hanya dipisahkan dengan perbezaan satu mata daripada pendahulu, Mutd yang sudah mengumpul 65 mata.Begitupun, Mutd masih ada kelebihan satu perlawanan berbanding Liverpool.
PERSAINGAN EPL KINI SEMAKIN TERBUKA DI ANTARA MUTD DENGAN LIVERPOOL..PERSAINGAN HEBAT INI PASTI AKAN BERLARUTAN SEHINGGA KE AKHIR MUSIM..!

Thursday, March 19, 2009

Kualiti Liverpool lebih baik - Giggs

Bintang veteran Manchester United, Ryan Giggs mengakui Liverpool memiliki kualiti yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Jelas Giggs, kehebatan Liverpool sebenarnya dapat dilihat kepada permainan kolektif yang digerakkan oleh kaptennya, Steven Gerrard.
Empat hari sebelum Liverpool berkunjung ke Old Trafford, skuad kendalian Rafael Benitez itu berjaya menumbangkan Real Madrid 4-0 pada aksi kedua, pusingan kalah mati Liga Juara-Juara.Selepas itu pula, menewaskan Manchester United 4-1..Bagi Giggs, gandingan pemain berbakat dalam skuad The Reds itu adalah kunci utama kepada kejayaan mereka menumbangkan Real dan United.

KATA-KATA GIGGS INI CUMA "PERANG PSIKOLOGI" JA..BIASANYA BILA LIVERPOOL NI DIPUJI SIKIT .,MULA LA TIDAK SEDAR DIRI..!!!LEPAS TU BOLEH KALAH DGN PASUKAN BAWAHAN LIGA...

Gambar2 pemain SMK Narinang Semasa Kejohanan Bola Sepak Baru2 ni..




Monday, March 16, 2009

Perlu Bertindak Balas...!!!

"Tiada sambil lewa oleh pemain. Kami sudah kalah satu perlawanan. Kami perlu bertindak balas dan itulah yang akan kami lakukan. Jika liga bermula ketika ini dan kami memiliki kelebihan empat mata, ia jelas sesuatu yang akan saya terima,"

Ini adalah antara kata-kata Coach MUTD yang menunjukkan bahawa beliau tidak pernah mengaku kalah dalam percaturan bola sepak..Inilah yang perlu dicontohi oleh sesiapapun jurulatih..!

PTK..ptk.. cuma cuba nasib saja..



Ini lah kali kedua saya mengambil exam PTK pada hari Rabu ni.. Kali pertama pada bulan Julai 2007 semasa DG29..Results dapat 4-4 jg.. Ni kali nda tau lah..Terbatuk2 mau study mcm kartun tu pun belum tahu lagi dapat setakat lulus (3-3) ...!!

Sunday, March 15, 2009

Chong Wei juarai Terbuka Switzerland

Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Switzerland apabila berjaya menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Siri Super itu sebentar tadi. Chong Wei menang dengan straight set 21-16, 21-18.Ini menunjukkan bahawa tiada yang mustahil bagi pemain ini asalkan dia mempunyai semangat melawan yang tinggi, keazaman yang tinggi di samping mental yang kuat! TAHNIAH buat Datuk Lee Chong Wei..
Manakala pasangan beregu negara, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mencatat kemenangan ke atas Mathias Boe-Carsten Mogensen untuk turut menjuarai Terbuka Switzerland pada perlawanan akhir beregu lelaki. Kien Keat-Boon Heong menumpaskan pasangan Denmark itu dengan straight set, 21-14 dan 21-18. Tahniah juga kepada pemain beregu negara ini!

Saturday, March 14, 2009

Kalah Teruk La Mutd ni kali..


(Cristiano Ronaldo sedikit kecewa apabila kalah kepada Liverpool)

Kekalahan MUTD kepada Liverpool 1-4 memang agak teruk jika dibandingkan dengan persembahan mereka sebelum ini.Walau bagaimanapun, tidak perlu kecewa dgn kekalahan ini. Berapa kalikah MU berikan kita kegembiraan? Dah byk kali bukan?

Biarkanlah Liverpool dan penyokongnya bergembira. Mereka tak punya apa2 utk gembira musim ini. Bg mrk musim ini dah cukup dgn menang ke atas MUTD. Itulah mentaliti mereka dan itulah yg mrk dapat, sedangkan kita mahu lihat MUTD muncul juara. Saya masih SANGAT percaya MUTD akan muncul juara EPL musim ini lagi.

MUTD masih lg mendahului dengan kelebihan satu perlawanan dan pasti akan mencipta rekod jika dapat menjuarai 4 kejuaraan musim ini..

Tidak perlulah kecewa sangat. Marilah kita tunjukkan sikap sbg penyokong juara dgn tidak memperkecilkan MU hanya kerana kekalahan ini.

Harap MUTD lebih fokus apabila menentang Fulham lepas ni.

SMK Narinang Tempat Kedua Ja...


Kejohanan Bola Sepak MSSM daerah KB 2008, menyaksikan SMK Arshad muncul sebagai juara bawah 18 tahun apabila mengalahkan SMK Narinang dengan jaringan 1-0. Walaupun SMK Narinang banyak mengasak dan menguasai kira-kira 60% permainan tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan sekolah ini. Lebih malang lagi apabila gol kemenangan SMK Arshad adalah hasil daripada gol sendiri yang cantik oleh pemain SMK Narinang. Walau bagaimanapun, diucapkan tahniah kepada para pemain SMK Narinang kerana menunjukkan komitmen yang tinggi sepanjang kejohanan.
Bagi kategori 15 tahun ke bawah pula, pasukan SMK Narinang terkandas pada peringkat kumpulan lagi apabila hanya seri 2 kali dan kalah sekali. Juara bagi kategori ini ialah SMK Usukan apabila mengalahkan SMK Pekan 2 dengan jaringan 4-1..

Wednesday, March 11, 2009

Kejohanan Bola Sepak MSSM Daerah Kota Belud 2008 …

Kejohanan bola sepak MSSM daerah KB berlangsung hari ini.. Bawah 18 tahun bermain di padang pekan KB, manakala bawah 15 tahun di padang SMK Arshad.. Keputusan perlawanan yang melibatkan SMK Narinang ialah sekolah ini sekadar seri 1-1 dengan SMK Pekan 2 bagi kategori 18 tahun ke bawah..dan tewas 1-3 kepada SMK Usukan bagi kategori 15 tahun ke bawah..Ketika menyaksikan perlawanan SMK Narinang dengan SMK Pekan 2 sebagai fisioterapi (bidan terjun), banyak perkara yang perlu dilakukan kepada semua pasukan yang bertanding.. Pemain-pemain yang beraksi cuma pandai menyepak bola sahaja mugkin kerana selalu menyaksikan perlawanan atau permainan bola sepak..Dari segi kemahiran asas seperti kawalan, hantaran, gelecek dan sebagainya masih lagi betul-betul tahap budak sekolah di Malaysia.. Guru pengiringnya (jurulatih ?) hanya berteriak sahaja di tepi padang tetapi kadang-kadang juga tidak tahu apa perkara yang diteriakkan..Sebenarnya inilah masalah bola sepak di peringkat akar umbi. Pelajar memang mempunyai minat dan bakat tetapi tidak dapat dibimbing dengan cara yang betul kerana tidak mempunyai guru/jurulatih yang mempunyai kelayakan. Guru yang mengiringi pelajar ini sebenarnya ada keinginan yang tinggi untuk menimba ilmu kejurulatihan bola sepak..Sekarang ini, guru yang melatih pelajar ini cuma bersandarkan minat dan pengalaman sahaja. Dengan kata lain, mereka tahu dari segi teknikal seperti format posisi pemain, peranan pemain midfield, penyerang dan sebagainya tetapi masih tidak tahu dari segi taktikal..Oleh sebab itulah jika menyaksikan perlawanan bola sepak di peringkat sekolah ataupun kejohanan lain peringkat daerah, zon, bahagian dan sebagainya, kita dihidangkan dengan aksi perlawanan bola sepak tendang dan lari..Tiada aksi perlawanan yang direncanakan oleh taktikal..yang ada cuma kebetulan sahaja…Sebagai contohnya, pemain (mungkin juga guru) tidak tahu apakah tujuan menggunakan bahagian tepi padang semasa melakukan serangan atau apakah tujuan bola dihantar ke belakang ketika pasukan lawan berkubu di kawasannya.. Itu adalah sedikit taktikal yang perlu diketahui oleh pemain dan juga guru pengiring…
Alangkah baiknya jika kejohanan ini dapat melahirkan pemain-pemain yang bermutu tinggi..!

2 Datuk Tersungkur La ...

Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David tersungkur dalam final badminton dan squash..Peristiwa ini juga merupakan satu rekod baru kerana dalam tempoh 24 jam, dua ranking teratas dunia tumpas dalam final masing-masing..Apa pun, kita sebagai peminat ataupun sekadar mengikuti perkembangan semasa sukan tanah air dan luar negara, berharap agar mereka dapat mengekalkan ranking no.1 dunia di samping boleh menjuarai kejohanan sukan tersebut seterusnya.. Kita tidak mahu seperti yang berlaku kepada Mohd. Hafiz Hashim yang terus timbul tenggelam setelah diberi insentif ‘keterlaluan’ ketika menjuarai perseorangan Seluruh England beberapa tahun lalu…

Tuesday, March 10, 2009

Info PermainanTenis..

Dalam permainan tenis, setiap tahun terdapat empat kejohanan utama atau Grand Slam. Kejohanan tersebut ialah Wimbledon, Terbuka Perancis, Terbuka Amerika Syarikat dan Terbuka Australia. Grand Slam dianugerahkan kepada pemain yang berjaya memenangi keempat-empat kejohanan yang disebutkan dalam tahun yang sama.Namun, tidak ramai yang berjaya memenangi kesemua kejohanan tersebut.Dalam era profesional, antara pemain yang berjaya atau mencapai Grand Slam ialah Rod Laver, Margaret Court dan Steffi Graf...

Info Kecergasan...

Kadang-kadang kita sangat malas atau tiada masa untuk turun ke padang atau gym untuk mengekalkan kecergasan kita.. Walau bagaimanapun, sebenarnya banyak kaedah yang boleh dilakukan di dalam rumah atau di halaman rumah sahaja untuk mengekalkan kecergasan kita tanpa perlu berjoging di padang atau menggunakan trade mill di gym. Salah satu caranya ialah dengan hanya menggunakan tali skipping..
Dengan melompat selama 10 minit pada kadar 120 pusingan seminit menghasilkan kecergasan daya tahan kardiovaskular yang sama dengan aktiviti berikut :

Berbasikal 1.6 km = 6 minit
Bermain tenis = 2 set
Berlari 1.6 km = 12 minit
Berenang = 12 minit
Joging = 30 minit
Bola baling = 20 minit

Kaedah ini bukan sahaja mudah tetapi juga murah ..
Semoga info ini berguna kepada kita semua….!

SMK Narinang Juara lagi Laa...

Kejohanan sukan olahraga MSSSD Kota Belud edisi ke-41 yang berlangsung pada 17-19 Februari lalu, menyaksikan SMK Narinang muncul juara dengan memungut 30 emas, 15 perak dan 19 gangsa..Ini bermakna sekolah ini juara berturut-turut semenjak tahun 1998..Manakala dalam pertandingan perbarisan pula, SMK Narinang di tangga kedua di belakang SMK Pekan 2.. Tahniah kepada semua guru yang terlibat! Diharap para atlet SMK Narinang yang mewakili daerah Kota Belud dapat menunjukkan komitmen yang tinggi semasa bertanding di peringkat zon di Kudat kelak..

Sayap United FC ..

Walaupun kejohanan yang dimenangi bukan satu kejohanan yang besar sebenarnya tetapi pemain-pemain muda yang ada pada pasukan ini memang berbakat. Ini terbukti apabila 2 orang pemain dalam pasukan ini bermain untuk pasukan Sabah sekarang. Sylvister Saini (Bitot) dalam skuad Sabah dan Fadley Lunsing dalam skuad Liga Simpanan. Inilah satu kebanggaan bagi pasukan ini dan berharap ada lagi pemain dalam pasukan ini berpeluang pergi ke tahap yang lebih tinggi.