Tuesday, May 31, 2011

Baru dapat MASUK...

Fuhhh...lama nda 'update' blog gara-gara susah mau log in... Baru ni kali dapat.. Banyak isu sukan yang mau diulas dan dikupas tertinggal begitu sahaja..Yang paling saya ingin ketengahkan ialah tentang Kejuaraan ke-19 ManUtd dalam liga EPL. Nampaknya pasukan kendalian Alex Ferguson sememangnya hebat di persada Liga Inggeris dengan keupayaannya mencipta rekod pasukan paling banyak EPL..Pasukan-pasukan yang gah bersaing dari awal musim seperti Chelsea dan Arsenal nampaknya 'patah hujung' apabila kemenangan yang diperlukan disia-siakan. Natijahnya, 'coach' yang dipersalahkan dan dipecat. Musim 10/11 ini juga adalah musim penuh bermakna bagi ManCity yang berjaya menempatkan 'team' ini di persada Eropah pada musim depan...
Sementara itu, kekalahan ManUtd kepada Barca dalam Champion League memang saya sudah jangkakan kerana Barcelona memang kelab yang berada pada kelasnya yang tersendiri...

Sunday, May 8, 2011

Perang Psikologi Penentuan Juara EPL 2010/2011

Alex Ferguson menggunakan helah lamanya kelmarin dengan memberi tekanan kepada pengadil, Howard Webb menjelang aksi penentu kejuaraan Liga Perdana England malam ini. Pengurus Manchester United itu menjelaskan bahawa beberapa keputusan daripada pengadil telah tidak menyebelahinya sejak beberapa pertemuan dengan Chelsea baru-baru ini. Ferguson menjelaskan bahawa beliau bimbang sekiranya keputusan pengadil itu akan menjejaskan peluang pasukannya mencatat kemenangan ke atas The Blues. Beliau telah digantung lima perlawa- nan kerana mengkritik pengadil, Martin Atkinson selepas Chelsea menewaskan United di Stamford Bridge pada Mac lalu.Tahun lepas, Didier Drogba berada dalam kedudukan ofsaid ketika menjaringkan gol kemenangan Chelsea di Old Trafford. Malah Ferguson juga mempertikaikan sepakan percuma yang menyaksikan John Terry menanduk masuk gol keme- nangan The Blues di Stamford Bridge pada 2009. Namun masih ada berita baik bagi United iaitu mereka juga telah memenangi sembilan kali ketika Webb iaitu pengadil malam ini, menjadi pengadil di Old Trafford.

Bagi coach Chelsea pula, Ancelotti sedar peranan pengadil Howard Webb pasti penting ketika pasukannya mengintai kemenangan di Old Trafford malam ini yang akan meletakkan mereka dalam situasi terbaik mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Ancelotti percaya sikap mengkritik pengadil tidak melambangkan imej yang baik dalam sukan bola sepak dan beliau tidak berganjak dengan pendiriannya bahawa pengurus tidak mendapat apa-apa sekiranya meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pegawai perlawanan. Kemenangan buat Chelsea malam ini bermakna Blues akan merampas tangga teratas, di depan United menerusi perbezaan jaringan dengan berbaki dua perlawanan, manakala kemenangan buat anak buah Ferguson menyaksikan mereka memerlukan satu mata saja untuk meraih rekod kejuaraan kali ke-19. Ancelotti percaya pasukannya memiliki kelebihan psikologi ke atas United, kelab gergasi yang terdesak untuk melepaskan tangga pertama selepas mendahului dengan perbezaan 15 mata di depan Chelsea pada satu ketika.

Ramalan: Manutd 1 - 0 Chelsea

Wednesday, May 4, 2011

'The Special One Tersungkur' ...

Rekod pengurus Real Madrid, Jose Mourinho tercalar selepas mencipta nama sebagai pengurus paling unik membawa tiga pasukan berbeza mara ke final.Rekod cemerlangnya itu bermula pada tahun 2004 apabila membawa Porto muncul juara diikuti kejayaan kedua ketika membimbing Inter Milan pada 2010. Dia turut menjadi nadi di sebalik kejayaan Chelsea melangkah ke final Liga Juara-Juara pada musim 2007/2008. Semalam, Real ditunjuk jalan keluar oleh Barca yang menang dengan agregat 3-1 hasil kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama minggu lalu dan seri 1-1 pada aksi kedua. Barca kini mungkin berdepan Manchester United, pertemuan yang dilihat sebagai ulangan final 2009 yang dimenangi kelab Catalan itu. Nampaknya, coach yang menggelarkan dirinya 'The Special One' menunggu sehingga musim depan untuk mara ke final Champion League...