Friday, August 13, 2010

Ranking Bola Sepak Negara Yang KO..

SKUAD bola sepak kebangsaan kini berada di ranking ke-139 dunia dalam senarai terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Di peringkat Asia, Malaysia kini menduduki tangga ke-25 tetapi di kalangan negara-negara Asia Tenggara pula, Malaysia masih berada di ranking kelima di belakang Thailand (ke-104 dunia), Singapura (ke-120 dunia), Vietnam (ke-127 dunia) dan Indonesia (ke-135 dunia). Jumlah perlawanan kelas A yang terlibat mempengaruhi kedudukan pada ranking tersebut. Tahun ini baru dua perlawanan dilalui selepas lapan bulan berlalu. Dua aksi tersebut ialah bertemu UAE (tewas 0-1) di Dubai pada 6 Januari dan bertemu Yemen (menang 1-0) di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 27 Februari lalu. Andai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat mengatur aksi-aksi persahabatan kelas A berdepan pasukan yang lebih tinggi ranking seperti India, Indonesia, Hong Kong, Vietnam dan Singapura, pasti kedudukan Malaysia akan lebih baik selepas ini. Saingan Sukan Asia 2010 November depan tidak dikira untuk pungutan mata ranking FIFA. Sementara itu, kedudukan 10 pasukan teratas dalam senarai ranking terbaru FIFA semalam langsung tidak berubah dengan juara Piala Dunia 2010, Sepanyol masih menduduki tangga teratas. diikuti Belanda, Brazil, Jerman, Argentina, Uruguay, England, Portugal, Mesir dan Chile.

S&RH: Barisan kepimpinan 'kitar semula' FAM perlu mengambil langkah-langkah konkrit, proaktif dan dinamik dalam memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking bola sepak. Kita tidak boleh lagi bersandar kepada 'kenangan manis' kekuatan bola sepak negara kita yang dahulu.!! Sesuatu perlu dilakukan,. perlu diubah dalam sukan bola sepak di negara kita. Persoalannya bagaimana? ...Satu cadangan yang paling dinamik ialah menswastakan pengurusan sukan ini secara keseluruhannya... tapi bagaimana????

Tuesday, August 10, 2010

Undang-undang Rokok Lagi %@#$%^***!

Semua peniaga rokok sama ada di restoran besar atau gerai jalanan akan diwajibkan mempunyai lesen daripada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) mulai 1 September ini. Selain penjual rokok, mereka yang terlibat memproses, mengilang dan mengimport tembakau serta kenaf juga perlu memiliki lesen berkenaan mulai tarikh tersebut.Lesen itu dikeluarkan bertujuan mengawal selia dan menyelaras semua aktiviti berkaitan industri tembakau serta membanteras penjualan rokok seludup yang berleluasa selama ini. Kegagalan mematuhi peraturan di bawah Seksyen 39(1) Akta LKTN boleh menyebabkan pesalah dikenakan denda sehingga RM250,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

S&RH: Undang-undang saja tidak memadai jika tiada penguatkuasaan. Ramai penjual masih lagi secara terang-terangan menjual rokok kepada para pelajar sekolah, rokok dijual secara 'batang-batang', rokok seludup masih berleluasa, zon larangan merokok tidak diendahkan dan banyak lagi... Pihak yang terbabit perlu bertindak PROAKTIF dalam menangani masalah ini !!!

Thursday, August 5, 2010

Ubat 'Kuat' Mengandungi Racun..

Kementerian Kesihatan mengesan lebih 50 produk makanan dan minuman kesihatan tambahan serta ubat-ubatan tradisional mengandungi racun berjadual, termasuk bahan aktif perangsang seks yang turut menggunakan selebriti terkenal untuk mempromosikan produk berkenaan. Bahan aktif perangsang seks seperti sildenafil, tadalafil dan verdanafil yang digunakan untuk rawatan ‘erectile dysfunction’ (mati pucuk) hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh seorang doktor atau ahli farmasi berlesen. Ubat yang tidak berdaftar dengan kementerian ini selalunya dicampur dengan racun berjadual yang boleh memberi kesan berbahaya termasuk serangan jantung, strok, pendarahan otak dan kehilangan daya penglihatan dan pendengaran. Terdapat pengilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) terbabit sama melakukan jenayah farmaseutikal melalui pembabitan kilang mereka atau bersekongkol dengan kilang yang diwujudkan secara haram mengeluarkan bahan makanan kesihatan atau kosmetik tidak berdaftar.

Ubat kuat ini sebenarnya untuk 'mereka' yang tidak 'kuat' lagi..Bagi yang masih OK tidak perlulah meminum atau memakan produk yang sebenarnya tidak perlu.. Apabila sistem fisiologi badan kita beradaptasi dengan bahan-bahan ini, rosaklah sistem sedia ada kita...Yang merananya kita juga sendiri...