Wednesday, December 23, 2009

Messi Pemain Terbaik Dunia

Lionel Messi muncul pemain pertama dari Argentina yang berjaya memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA selepas diumumkan sebagai penerima bagi tahun 2009. Penyerang berusia 22 tahun itu yang turut memenangi anugerah Pemain Terbaik Eropah 2009 awal bulan ini meraih pengiktirafan tersebut selepas membantu Barcelona muncul juara empat piala, Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia, Liga Sepanyol dan Piala Raja-Raja Sepanyol. Messi yang menyertai Barcelona sejak berusia 13 tahun pada 2000 telah memperolehi 1,073 mata daripada undian para jurulatih kebangsaan dan juga ketua pasukan kebangsaan dari 147 buah negara. Pemenang tahun lalu, Cristiano Ronaldo menduduki tempat kedua dengan 352 mata diikuti rakan sepasukan Messi di Barcelona, Xavi dengan 196 mata. Namun undian terhadap Messi itu jelas berdasarkan prestasinya bersama Barcelona kerana aksinya ketika bersama skuad kebangsaan Argentina di bawah bimbingan Diego Maradona agak mengecewakan. TAHNIAH!!!

0 comments:

Post a Comment