Juara 2008, Manchester United dan pasukan yang mereka kalahkan pada perlawanan final, Chelsea memulakan persaingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan mencatatkan kemenangan. United yang ditundukk
an Barcelona pada final musim lalu, awal pagi tadi menewaskan Besiktas 1-0 di Istanbul menerusi jaringan tunggal, Paul Scholes pada separuh masa pertama. Chelsea pula yang menyaksikan pemiliknya Roman Abramovich menyandarkan harapan kepada pengurus baru, Carlo Ancelotti untuk mendakap trofi kejuaraan kali ini, juga menang tipis 1-0 ke atas FC Potro.
Gol Chelesa diperoleh menerusi penyerang antarabangsa Perancis, Nicolas Anelka. United dilihat masih belum menemui rentak permainan sebenar tetapi pengurusnya, Alex Ferguson mengakui beliau cukup berpuas hati dengan persembahan anak buahnya itu.

0 comments:
Post a Comment