Friday, July 31, 2009

Franck Ribery Ke MUTD?

Manchester United bakal membuat tawaran £35 juta (RM203 juta) ke atas Franck Ribery.
Begitupun, juara Liga Perdana England itu perlu menunggu selama dua minggu sebelum melakukannya supaya syarat pelepasan Ribery dalam kontraknya bersama Bayern Munich dapat dipersetujui.Pemain sayap Perancis itu akan menerima bayaran bonus pada 14 Ogos ini yang menyaksikan dia dijangka membuat permintaan untuk dilepaskan.Sebelum ini, Bayern telah menolak tawaran daripada Real Madrid berikutan sikap angkuh mereka sehingga menimbulkan kemarahan kelab gergasi Jerman itu.Kini Ribery menjelaskan bahawa dia hanya akan berpindah ke Old Trafford dan mahu meninggalkan Jerman.United pula percaya Ribery, 26, sudah bersedia untuk mengetengahkan Bayern, namun tidak akan melakukannya sehingga sebarang isu kewangan diselesaikan.Difahamkan, Bayern telah bersetuju untuk mengadakan perbincangan dengan United, namun dijangka meminta bayaran sekitar £50 juta (RM291 juta) sebelum melepaskan Ribery.Pengurus United, Alex Ferguson menganggap Ribery adalah calon paling sesuai untuk menggantikan tempat Cristiano Ronaldo

Tuesday, July 28, 2009

INFO kESIHATAN: Bahaya Merokok...



Merokok merupakan satu tabiat yang sangat sukar dihapuskan di kalangan rakyat Malaysia. Ia seperti penyakit kanser yang perlahan2 memakan tubuh sebelum akhirnya meragut nyawa seseorang. Asap rokok yang dikeluarkan bukan sahaja membahayakan perokok, tetapi juga kepada orang lain serta mencemarkan udara dan alam sekitar.
Menurut perangkaan KKM, 50% rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas merupakan perokok, manakala 20% remaja Malaysia merupakan perokok. Setiap 10,000 orang kematian di Malaysia, 3,500 orang daripadanya berkaitan dengan tabiat merokok. Utusan Malaysia pada 10 Februari 2009 melaporkan sebanyak 50 orang remaja yang cuba untuk merokok setiap hari, dan sebanyak 3 juta batang rokok yang dihisap oleh rakyat negara ini setiap hari.Terdapat lebih kurang 4000 bahan beracun dalam rokok. Sekurang2nya 63 daripada bahan beracun tersebut boleh menyebabkan penyakit barah. Antara racun dalam rokok ialah;

Tar (bahan untuk membuat jalanraya)

Amonia (bahan pencuci lantai)

Napthylamine (ubat gegat)

Arsenik (racun anai-anai)

Nicotine (menyebabkan ketagihan)

Kadmium (bahan bateri)

DDT (ubat nyamuk)

Formaldehyde (bahan pengawet)

Butane (gas pembunuh)

Methanol (bahan bakaran roket)

Hydrogen cyanide (racun)

Tolune (bahan pelarut)

Carbon monoxide (gas beracun-asap kenderaan)

Fakta perubatan yang mengaitkan rokok dengan pelbagai jenis penyakit sememangnya tidak perlu dipertikaikan lagi. Apa yang lebih menyedihkan ialah kesan asap rokok sebenarnya lebih teruk kepada perokok pasif (orang yang tidak merokok tetapi terhidu asap rokok daripada perokok). Berikut merupakan kekerapan risiko mendapat penyakit2 akibat daripada tabiat merokok berbanding orang yang tidak merokok;

Penyakit saluran pernafasan: 10-20 x

Barah paru-paru: 10-15 x

Barah payudara: 11 x

Barah hidung & tekak: 5-15 x

Barah mulut: 3-15 x

Barah usus: 4-5 x

Sakit jantung: 1.5-3 x

Barah buah pinggang: 1.5-3 x

Ulcer perut: 2 x

Angin ahmar/strok: 2-3 x


Undang2 di Malaysia melarang penjualan rokok kepada remaja di bawah umur 18 tahun. Setiap kotak rokok yang dijual secara sah di Malaysia telah ditulis dengan tanda AMARAN OLEH KERAJAAN MALAYSIA: Merokok Membahayakan Kesihatan. Terkini, diletakkan juga gambar2 ngeri penyakit2 yang diakibatkan oleh rokok. Namun orang ramai masih tidak mengendahkannya. Bahkan mereka menjadikannya bahan jenaka di kedai2 kopi.

Walaupun ada peraturan larangan merokok di tempat2 awam, tetapi ianya tidak memadai untuk membendung kesan rokok kepada orang ramai dan persekitaran. Kerajaan juga mengalami kesukaran untuk menggubal undang2 yang melarang terus rakyat daripada merokok atau menutup kilang/pengusaha rokok kerana ia memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi yang juga disumbangkan oleh syarikat2 pengusaha dan penjual rokok. Akhirnya kesedaran daripada perokok yang diharapkan, walaupun harapannya sangat tipis.

Nota: Sangat sukar melarang anak2/pelajar2 sekolah daripada merokok jika diri sendiri juga perokok. Apa yang lebih menyedihkan ada di kalangan doktor sendiri (bahkan doktor pakar) yang juga merupakan perokok kronik! Macam mana menasihatkan pesakit untuk berhenti merokok?

Monday, July 27, 2009

Perang Psikologi Bermula...

Belum pun aksi EPL musim depan bermula, perang psikologi sudah bermula di antara 2 kelab berjiran iaitu Manchester United dengan Manchester City..Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson melabelkan kelab boros Manchester City sebagai 'kelab kecil' yang 'angkuh' dan 'bodoh' ketika pasukannya bersedia menamatkan sesi Jelajah Asia.
Dalam wawancara bersama akhbar Inggeris ketika jelajah pra-musim United, jurulatih berbangsa Scotland itu berkata adalah sukar buat City untuk memecahkan penguasaan empat kelab utama Liga Perdana, di sebalik berbelanja besar musim panas ini.Dia turut melahirkan kemarahan pada papan tanda di tengah bandar Manchester yang tertulis "Selamat Datang ke Manchester" di bawah grafik warna biru bintang Argentina, Carlos Tevez, yang berpindah ke musuh utama United musim ini.
Kita tunggu saja aksi mereka apabila EPL bermula tidak lama lagi..Adakah wang memainkan peranan utama dalam menterjemahkan kejayaan sesebuah pasukan...?? Mungkin YA dan mungkin TIDAK..

Friday, July 24, 2009

The Progress...





'PAD FOOTING & GROUND BEAM'

INILAH PROGRESS TERKINI PROJEK RUMAH...BERMACAM-MACAM CABARAN YANG DILALUI WALAUPUN BARU PERINGKAT INI... PADA PERINGKAT INI MELALUI KEADAAN SAMA ADA MEMBELI ATAU MENYEWA MIXER..AKHIRNYA PEKERJA TERCARI YANG AGAK MURAH UNTUK DISEWA IAITU RM800.00 SEBULAN... KIRA-KIRA RM26.00 SEHARI..PADA PERINGKAT INI JUGA PEKERJA MEMINTA BELI ATAU SEWA PEMAMPAT SIMEN DAN PEMAMPAT TANAH....UNTUK KEBAIKAN RUMAH JANGKA PANJANG, PEMAMPAT SIMEN DIBELI DENGAN BERKONGSI DENGAN PEKERJA (POTONG DARIPADA GAJI)IAITU RM500 KAMI DAN DORANG RM500..SELEPAS SIAP DORANG AKAN AMBIL SAJA BENDA TU,.SEBAB KAMI BUAT APA PULA DENGAN BENDA TU APABILA SIAP RUMAH..PEMAMPAT TANAH PULA KENA SEWA RM12.00 SEHARI..
HARI INI PERGI KE INANAM SENDIRI BELI BESI (BRC A7) UNTUK LANTAI BAWAH SEBAB ADA 'ORANG' YANG CUBA MEMANDAI-MANDAI BUAT KEPUTUSAN SENDIRI TANPA MEMIKIRKAN KOS YANG KAMI TANGGUNG..WELDING INILAH, ITULAH DAN SEBAGAINYA SEHINGGA KOS UPAHNYA SAHAJA KONON SAMPAI RM9000.00!!! BILA KAMI PERSOALKAN DIA KASI KURANG RM5000.00.. TAPI KAMI TIDAK BERSETUJU.. KALAU MACAM TU KAMI TERBUAT LANTAI RUMAH SAJALAH AGAKNYA...PIIRAHHH.. ..RUPANYA LAGI MURAH DAN PUAS HATI KALAU PERGI BELI SENDIRI..
SATU PERKARA YANG MENARIK MASA BUAT RUMAH NI, KITA AKAN SENTIASA TERTUNGGU-TUNGGU PROGRESS RUMAH KITA SETIAP HARI...

Monday, July 20, 2009

MUTD 2- 0 Malaysia


Manchester United menewaskan Malaysia 2-0 pada perlawanan persahabatan kedua di Stadium Nasional.Gol United dijaringkan Federico Macheda pada minit ke-10 dan Michael Owen, dua minit kemudian. Keletihan dan kelemahan taktikal menjadi penghalang skuad bimbingan K. Rajagobal untuk mengulangi persembahan bertenaga sebelum kalah 2-3 pada perlawanan pertama sebelum ini.
MUTD TETAP HEBAT....!!!

Saturday, July 18, 2009

MUTD CUMA MEMANASKAN BADAN LAWAN MALAYSIA..



Melihat kepada perlawanan persahabatan di antara MUTD dengan pasukan Malaysia di stadium Bukit Jalil, saya menilainya bukan dari sudut peminat setia kelab MUTD tetapi sebagai peminat sukan bola sepak. Persembahan MUTD sebenarnya masih lagi jauh dari persembahan sebenar mereka apabila mengalahkan pasukan Malaysia 3-2. Dari segi taktikal dan teknikal permainan, MUTD menunjukkan mutu permainan yang sememangnya baik tetapi dari segi penyesuaian dan keserasian di antara pemain masih lagi perlu diperkemaskan. Satu perkara lagi, dengan pemergian Ronaldo dan Tevez ternyata sekali Ferguson perlu mengasah ketajaman penyerang barunya, Michael Owen. Bagi pasukan Malaysia pula, ternyata sekali terpancar kepuasan hati para pemainnya walaupun kalah apabila menjaringkan 2 gol. Inilah mentaliti para pemain kita. Ada peningkatan 'sedikit' sahaja mula sudah berlagak seperti seorang pemenang! Walau bagaimanapun saya tetap memuji kesungguhan para pemain Malaysia terutama sekali pemain pertahanan yang berjaya mengekang beberapa gerakan menarik MUTD. Sebagai kesimpulannya, hari Isnin ini ada lagi perlawanan kedua di antara MUTD dengan Malaysia.. Perlawanan pertama MUTD itu sebenarnya cuma pemanas badan sahaja...

Projek Rumah Impian Bermula...




Nama Projek : LEO VILLA
Nama Kontraktor : Sahak & Co.
Tarikh Mula Projek : 6 Julai 2009
Tarikh Dijangka Siap : Ini yang belum tau lagi ni...

Thursday, July 16, 2009

Owen Boleh Bersinar Kembali..

Perpindahan Michael Owen ke Manchester United dianggap mampu meningkatkan semula kariernya bersama skuad kebangsaan England.Legenda United, Bryan Robson berkata, Owen mampu menyinar kembali selepas dia hanya beraksi dalam 65 perlawanan sepanjang empat musim bersama Newcastle United ekoran kecederaan.

KITA TUNGGU DAN LIHAT BAGAIMANA PERSEMBAHAN OWEN DI MUTD.. TAPI SELALUNYA PERCATURAN ALEX FERGUSON TIDAK MENGECEWAKAN..!!!

Sunday, July 12, 2009

PSKPPS: SMKN Kalah Nasib Saja?..

Agak lama tidak menjengok blog saya kerana sibuk dengan beberapa perkara yang agak memeningkan fikiran..Sekarang ni agak sibuk dengan besi, simen, kayu, dan melayan kerenah pekerja..Nasib baik dorang panggil saya BOS (HE..He....) Semenjak kemenangan SMKN ke atas SMK Arshad pada hari Selasa lalu, saya telah mengalami kecederaan Hamstring pada bahagian pangkal paha..Oleh sebab itulah hanya dapat bermain separuh masa sahaja ketika menewaskan Zon Timur 2-1 dalam perlawanan yang agak penuh emosi dan tegang..Kecederaan ini juga menyebabkan saya tidak beraksi dalam pertandingan badminton PSKPPS walaupun teringin sangat menyertainya walaupun sekadar untuk 'meramaikan' penyertaan..
Hari Jumaat petang adalah final menentang sekali lagi dengan SMKTG yang kami tewaskan 1-0 pada perlawanan peringkat kumpulan. Saya sangat kecewa dan sedih kerana tidak dapat menyumbangkan tenaga untuk aksi final tersebut.. Saya sekadar melihat di tepi padang dan mengharapkan kawan-kawan dapat menjaringkan gol kemenangan tetapi setelah masa tambahan, nampaknya tendangan penalti tidak menyebelahi SMKN apabila 2 peluang keemasan untuk menang disia-siakan..ITULAH BOLA SEPAK.,KADANG-KADANG BEGITU 'CRUEL' walaupun SMKN menguasai hampir keseluruhan permainan...Buat skuad bola sepak guru-guru SMKN, TAHNIAH KERANA MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN DAN KOMITMEN SEPANJANG PERTANDINGAN....Kita kembali bersaing lagi pada tahun hadapan. KITA PASTI BERJAYA KALAU ADA KEMAHUAN DAN KESUNGGUHAN !!!!

Sunday, July 5, 2009

ROGER FEDERER CIPTA SEJARAH...

Roger Federer mencipta sejarah apabila mengalahkan Andy Roddick 5-7, 7-6 (8/6), 7-6 (7/5), 3-6, 16-14 untuk memenangi kejuaraan Wimbledon yang ke-6 baginya,..Seterusnya menjuarai 15 kejohanan Grand Slam..Yang paling menarik, Federer merampas kembali gelaran pemain no.1 dunia daripada Rafael Nadal...TAHNIAH KEPADA ROGER FEDERER!!!

Friday, July 3, 2009

PSKKPS : SMKN (2) - (1) SMK USUKAN

SMKN menghampiri saingan semifinal apabila menewaskan SMK Usukan 2-1. Sebenarnya banyak peluang keemasan untuk menjaringkan gol tetapi tidak dapat disudahkan dengan baik oleh penyerang. Pada perlawanan itu, SMKN mendominasikan keseluruhan masa permainan walaupun sekali-sekala pasukan lawan cuba mengancam pintu gol SMKN. Walau bagaimanapun, kekentalan benteng pertahanan yang diterajui oleh Jikon, Androw, Jefry dan saya sendiri berjaya mematahkan serangan SMK Usukan.Walau bagaimanapun, pada minit-minit terakhir permainan, SMK Usukan mendapat sepakan penalti yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain pertahanan. Perlawanan kali ini juga menunjukkan peningkatan dari segi strategi permainan dan cara penentuan posisi pemain serta cara pertukaran pemain... TAHNIAH KEPADA SKUAD GURU SMKN!!!
PERLAWANAN PERINGKAT KUMPULAN SETERUSNYA PADA HARI SELASA MENENTANG SMK ARSHAD..

Thursday, July 2, 2009

Antonio Valencia: Pemain Baru MUTD..


Manchester United telah menandatangani kontrak selama empat tahun dengan pemain Wigan, Antonio Valencia.Yuran pemain dari Ecuador itu dikatakan mencecah 16 juta pound.Pengurus MUTD, Alex Ferguson meminati Valencia, yang membantu mengembalikan kedudukan Wigan dalam liga.Valencia dikatakan akan mengambil posisi bekas pemain United, Cristiano Ronaldo yang beralih ke Real Madrid dengan bayaran 80 juta pound.

Wednesday, July 1, 2009

BOLA SEPAK PSKKPS : SMKN MENANG..

KEJOHANAN Bola Sepak PSKPPS peringkat daerah Kota Belud bermula petang hari ini. Kejohanan ini adalah satu acara tahunan yang bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat guru dalam bidang sukan dan kebudayaan..Sebenarnya, aktiviti ini adalah satu cara untuk melepaskan stres bekerja di sekolah. Tapi bagi sesetengah sekolah, guru-guru tambah stres apabila tidak diberi pelepasan untuk menyertai acara sukan yang digemarinya.
Perlawanan pertama yang melibatkan SMKN adalah perlawanan menentang SMKTG. Keputusannya SMKN menang dengan jaringan tunggal oleh penyerang Joly Basandah. Saya bermain di posisi pertahanan kiri..Actually, I prefer to play in the attacking midfield position..I think, I can't find any satisfaction to play a role as a defender.. !!! But I have to accept the role as a team..The team is very important ! Team guru-guru SMKN sebenarnya boleh mencabar kejuaraan sekiranya disusun dengan baik dari segi posisi dan cara penggantiannya...

Federer Melangkah ke Semifinal...


Roger Federer mengatasi Ivo Karlovic untuk mara ke separuh akhir Wimbledon dan menghampiri rekod kejuaran Grand Slam ke-15.Federer menang 6-3, 7-5, 7-6 (3).