Monday, September 28, 2009

Giggs:Lagenda Manutd...

PEMAIN tengah Manchester United, Ryan Giggs sudah menempah dirinya sebagai salah seorang pemain lagenda Manutd apabila sentiasa menampilkan aksi konsisten dan 'luar biasa' apabila turun beraksi sejak dulu sehinggalah sekarang ini. Pemain berpengalaman luas dari Wales itu sudah melalui zaman-zaman pahit dan manis sejak kali pertama menyarung jersi United menentang Everton pada 1991.Berikut adalah beberapa catatan manis pemain itu ketika menyarung jersi United, yang mana dia berjaya meraih 10 pingat kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL), empat Piala FA, dua Liga Juara-Juara Eropah, tiga Piala Liga, satu Piala Super Eropah, satu Piala Antara Benua dan satu Piala Kelab Dunia.

1. Gol hebat bertemu Arsenal (Separuh Akhir Piala FA April 1999):Saat bermakna dalam karier Giggs. Dia meloloskan diri melepasi benteng Arsenal sebelum meledakkan percubaan yang tidak dapat diselamatkan oleh David Seaman.
2. Memecahkan rekod penampilan Bobby Charlton di Moscow (Mei 2008):
Giggs memenangi Piala Eropah keduanya dan memecahkan rekod penampilan sepanjang zaman United milik Charlton ketika menentang Chelsea pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara. Juga menjaringkan sepakan penalti penting membantu kemenangan United.
3. Gol penentu kejuaraan menentang Wigan (Mei 2008):
Pada hari dia menyamai rekod Charlton, Giggs tampil daripada bangku pemain simpanan menentang Wigan di gelanggang lawan sebelum menyumbat gol kedua penentu kejuaraan United sekali gus kejuaraan EPL ke-10 buatnya secara peribadi.
4. Sepakan percuma menakjubkan menentang Blackburn (Mei 1993):
Sesudah menamatkan penantian 26 tahun bagi kejuaraan liga, United berparti menentang Blackburn dan Giggs mencuri tumpuan dengan sepakan percuma dari jarak 35 ela tanpa dapat dijangkau penjaga gol Rovers, Bobby Mimms.
5. Gol lambungan di Anfield (Januari 1994):
Dalam perlawanan menakjubkan di Anfield, United pantas mendahului 3-0 sebelum tuan rumah bangkit lewat untuk seri 3-3. Namun sepakan lambung Giggs pada babak pertama yang mengelirukan Bruce Grobbelaar adalah gol terbaik perlawanan.
6. Hari pertama ia bermula menentang Everton (Mac 1991):
Tiada siapa pernah mendengar nama pemain gantian kurus kering yang dibawa masuk menggantikan Brian McClair ketika perlawanan Divisyen Satu United menentang Everton di Old Trafford pada 1991, tapi ia adalah penampilan sulung buat pemain berusia 17 tahun, Ryan Giggs.
7. Gol pertama yang dipersoalkan (Mei 1991):
Perbalahan mengenai gol pertama Giggs buat United masih berterusan hingga kini. Dia akan memberitahu anda ia adalah pada perlawanan setempat dengan Manchester City di Old Trafford pada Mei 1991, tapi rekod menyatakan ia adalah jaringan sendiri Colin Hendry membolehkan United menang 1-0. Giggs masih menganggap dia yang menjaringkan gol itu!
8. Perlawanan menentang Juventus (Oktober 1997):
Giggs menyumbat gol penyamaan penting pada saat-saat akhir menentang Juventus pada separuh akhir pertama Liga Juara-Juara 1999, tapi jaringannya menentang kelab Itali itu dua tahun terdahulu sukar diatasi. Satu lari larian pantas dari sebelah kiri sebelum merembat kencang ke dalam gawang.


Wednesday, September 23, 2009

Bryan Robson Jurulatih Pasukan Kebangsaan Thai

Bekas kapten England dan Manchester United Bryan Robson dilantik sebagai jurulatih baru pasukan kebangsaan Thai, dengan matlamat membawa negara itu ke Sukan Olimpik 2012 di tanah air beliau.Presiden Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Worawi Makudi berkata Robson, 52, telah juga diberi tugas membimbing pasukan itu dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2014, serta kelayakan Piala Asia 2011 dan 2014. Robson tiba di ibu negara Thai Selasa lepas untuk membincangkan dengan FA Thai mengenai tugas barunya, di mana beliau akan mengambil alih daripada Peter Reid, yang meninggalkan pasukan itu tergesa-gesa untuk pulang ke England bagi menjadi penolong pengurus di Stoke City Liga Premier selepas hanya setahun di Thai. Worawi berkata Robson akan ditawarkan kontrak sebagaimana dinikmati Reid, yang menerima sejuta paun setahun. Tugasnya yang pertama ialah membimbing pasukan itu dalam jadual perlawanan kelayakan Piala Asia menentang Singapura pada November, kata Worawi. Beliau dijangka dibantu oleh bekas jurulatih Perak Steve Darby, yang juga mengendali Bawah 23 yang membuat persiapan untuk Sukan SEA di Laos pada Disember ini.

Negara kita walaupun mampu mengupah jurulatih yang berkaliber, tetapi memandangkan kualiti pemain kita masih di tahap yang kurang memberangsangkan, pelaburan untuk jurulatih yang berprofil tinggi hanyalah satu pembaziran.. Kita ambil Alex Ferguson sekalipun sebagai coach, kita masih mungkin kalah dengan jiran2 Asean yg lain....

Monday, September 21, 2009

EPL : Great Ball To The Great Scorer...


Alex Ferguson menyifatkan kemenangan dramatik Manutd ke atas Mancity sebagai perlawanan terbaik antara kedua pasukan sepanjang pertembungan mereka. Bagi saya, perlawanan di antara Manutd dengan Mancity tersebut adalah perlawanan yang menyebabkan para peminat Manutd gembira bercampur geram dengan beberapa kesilapan 'budak sekolah' yang dilakukan oleh Rio Ferdinand dan Ben Foster. Pemain paling 'outstanding' pada perlawanan itu adalah Ryan Giggs yang telah melakukan 2 hantaran lintang cantik yang seterusnya diterjemahkan menjadi gol oleh Darren Fletcher. Seterusnya, Ryan Giggs juga dengan kemas melorong bola tepat kepada Owen pada minit keenam masa tambahan yang berjaya membuahkan kemenangan 4-3 Manutd ke atas Mancity. Gol Owen tersebut adalah gol pertamanya untuk Manutd musim ini dalam saingan EPL. Pujian juga patut diberikan kpd Ferguson kerana memasukkan Michael Owen 15 minit terakhir perlawanan kerana apabila bola Manutd sering kali dapat memasuki kawasan penalti Mancity, Owen lah pemain yang perlu dimasukkan!!! Ini kerana Owen sentiasa responsif terhadap bola apabila berada di kwsn kotak penalti.. Betullah cakap pengulas sukan, hantaran Giggs pada minit keenam masa tambahan itu adalah 'Great Ball To The Great Scorer' !
Satu lagi, TAHNIAH kepada pengadil perlawanan kerana memanjangkan sedikit masa tambahan... Ha2..

Friday, September 18, 2009

Tuesday, September 15, 2009

Liga Juara Eropah: Dua Kelab England Menang..

Juara 2008, Manchester United dan pasukan yang mereka kalahkan pada perlawanan final, Chelsea memulakan persaingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini dengan mencatatkan kemenangan. United yang ditundukkan Barcelona pada final musim lalu, awal pagi tadi menewaskan Besiktas 1-0 di Istanbul menerusi jaringan tunggal, Paul Scholes pada separuh masa pertama. Chelsea pula yang menyaksikan pemiliknya Roman Abramovich menyandarkan harapan kepada pengurus baru, Carlo Ancelotti untuk mendakap trofi kejuaraan kali ini, juga menang tipis 1-0 ke atas FC Potro.
Gol Chelesa diperoleh menerusi penyerang antarabangsa Perancis, Nicolas Anelka. United dilihat masih belum menemui rentak permainan sebenar tetapi pengurusnya, Alex Ferguson mengakui beliau cukup berpuas hati dengan persembahan anak buahnya itu.

Del Potro Rampas Takhta Federer


Juan Martin del Potro merampas takhta yang telah dipegang oleh Roger Federer selama lima tahun berturut-turut apabila menumbangkan pemain No. 1 dunia itu untuk merangkul kejuaraan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS), iaitu gelaran Grand Slam pertama dalam kariernya.Bintang muda Argentina berusia 21 tahun itu menamatkan dominasi Federer dengan mencatat kemenangan 3-6, 7-6 (7-5), 4-6, 7-6 (7-4), 6-2 dalam pertarungan sengit 4 jam, 6 minit.Walaupun berdepan bintang dunia yang memiliki sejarah gemilang, malah tewas di set pertama, ia tidak menghalang Del Potro, pemain tinggi lampai dengan ketinggian 1.98 meter untuk bangkit dan mencatat kejutan terbesar.

Monday, September 14, 2009

PRINSIP-PRINSIP LATIHAN KECERGASAN

Kecergasan jasmani bukan satu perkara yang sedia wujud atau berlaku secara semulajadi selari dengan proses kematangan seseorang. Tahap kecergasan boleh dibina melalui latihan jasmani. Latihan kecergasan merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan berulang-ulang untuk meningkatkan kecergasan seseorang kepada tahap tertentu supaya berupaya menyempurnakan tugas-tugasnya.

Latihan yang dirancang secara sistematik dengan jadual yang teratur dan berdasarkan prinsip-prinsip latihan akan memberi faedah dan kesan latihan kepada pelakunya. Jika latihan dilakukan sesuka hati dan tidak mematuhi prinsip-prinsip latihan, kesan-kesan negative boleh berlaku kepada tubuh badan dari segi jasmani dan fisiologi, termasuk kecederaan akibat salah amalan. Terdapat 5 prinsip latihan kecergasan yang perlu diketahui terutama sekali bagi seseorang pemain atau atlet.

1. Prinsip Perbezaan Individu:

Perancangan latihan hendaklah mengambil kira bahawa setiap individu adalah unik dan mempunyai sifat-sifat tersendiri dari segi kebolehan yang ditentukan oleh genetic, kematangan fizikal dan mental, tahap kecergasan jasmani yang sedia ada, amalan pemakanan dan gaya hidup. Oleh itu bagi seseorang jurulatih kecergasan, perkara ini perlu diambil kira sebelum memberi latihan yang sesuai kepada seseorang atlet/pemain.


2. Prinsip Tambah Beban (Overload)

Beban latihan yang lebih lagi perlu ditambah semasa latihan dari semasa ke semasa supaya keupayaan badan semakin meningkat. Penambahan beban boleh dilakukan dengan menyesuaikan intensiti latihan, kekerapan latihan dan jangka masa satu sesi latihan. Latihan yang berterusan tanpa aplikasi prinsip tambah beban hanya dapat mengekalkan kecergasan yang sedia wujud dan tidak dapat meningkatkan kecergasan.

3. Prinsip Pengkhususan (Spesifisiti)

Aktiviti latihan yang dilalui oleh seseorang perlu dirancang supaya sesuai untuk keperluan kecergasan yang sebenarnya bagi jenis sukan yang diceburi. Keperluan seorang pelari pecut dan seorang pelari marathon serta pemain badminton adalah berbeza. Oleh itu, latihan yang mereka lakukan hendaklah berbeza dan khusus mengikut keperluan individu itu.

4. Prinsip Ansur Maju.

Latihan dan bebannya dari segi intensiti kekerapan dan jangka masa hendaklah ditingkatkan dengan cara beransur-ansur atau berperingkat-peringkat mengikut kemampuan atlet atau pemain.

5. Prinsip Kebolehbalikan (Reversibiliti)

Kesan atau kecergasan yang diperoleh melalui latihan hendaklah digunakan. Tahap kecergasan bukan perkara yang kekal. Jika seseorang yang cergas berhenti berlatih, tahap kecergasannya akan beransur hilang dan balik kepada keadaan yang asal.

Sunday, September 13, 2009

US Open 2009: Kejutan Kepada Pemain-pemain Pilihan..

Roger Federer menempah tiket ke final Terbuka US apabila berjaya mengalahkan N.Djokovic 'straight set' 7-6, 7-5, 7-5. Federer akan bertemu dengan J. Del Potro yang telah menewaskan pemain pilihan Rafael Nadal 6-2, 6-2, 6-2 dalam satu lagi saingan separuh akhir. Sementara itu kejutan juga berlaku ke atas juara bertahan wanita Serena William apabila dikalahkan oleh Kim Clijsters 'straight set' 6-4, 7-5 yang menunjukkan kehebatan pemain yang sudah bergelar ibu tersebut. Dalam perlawanan separuh akhir tersebut, Serena didenda AS$10,500 berikutan tindakannya memarahi penjaga garisan dan kerana sengaja merosakkan raketnya. Clijsters akan bertemu dengan seoirang lagi pemain bukan pilihan Wozniacki dalam final wanita nanti...

Progress Rumah Minggu Ke-9













Lantai atas dalam proses.. 45% siap minggu ini..






Inilah jambatan naik ke atas...














Lantai atas yang belum disimen..

Manchester United, Liverpool , ManCity Menang Bergaya...

Manchester United Mempamerkan aksi Sang Juara apabila menundukkan Tottenham Spurs 3-1 di gelanggang lawan. Pemain-pemain pertahanan United dapat menyerap tekanan serangan pemain penyerang Spurs seperti Defoe, Keane, Lennon dan Crouch dengan cemerlang sekali. Walaupun United bermain 10 pemain hampir 30 minit pada separuh masa kedua kerana kad kuning kedua Paul Scholes, United menang bergaya ke atas pasukan yang meningkat naik ini.
Sementara itu,Manchester City terus mempamerkan kegarangan mereka apabila berjaya menewaskan Arsenal 4-2 pada aksi Liga Perdana England. Liverpool turut berpesta gol apabila membelasah Burnley 4-0 di Anfield manakala Chelsea terus mengekalkan rekod kemenangan bersih musim ini biarpun sekadar menang tipis 2-1 ke atas Stoke City. Perlawanan EPL hujung minggu ini tidak banyak mengubah kedudukan carta liga, kecuali United yang beralih ke kedudukan kedua dan ManCity di tangga ketiga..Carta Liga masih dikuasai oleh Chelsea.. Bagi United, adalah menjadi kebiasaan berada di bawah Chelsea, Liverpool atau Arsenal pada awal musim..

Friday, September 11, 2009

Manutd Vs Spur ..

Pengurus Manchester United, Alex Ferguson menganggap Tottenham Hotspur (Spurs) antara empat pencabar utama The Red Devils musim ini. Tottenham yang dibimbing Harry Redknapp bermula cemerlang musim ini dengan empat kemenangan berturut- turut.United pula mencatat kemenangan tipis ke atas Arsenal dan Birmingham selain membelasah Wigan tetapi tewas mengejut kepada Burnley. Awal pagi esok, United bakal berdepan tugas berat apabila berkunjung ke White Hart Lane untuk bertemu anak buah Redknapp itu pada aksi Liga Perdana England. United bakal diperkuat dengan kehadiran semula Rio Ferdinand yang pulih daripada kecederaan paha. Gary Neville pula sudah kembali berlatih selepas mengalami kecederaan pangkal paha tetapi John O’Shea bakal terlepas perlawanan ini ekoran cedera di bahagian betis. MESTI TONTON PERLAWANAN INI..!!!

Bawa England ke Afrika Selatan 2010: Bonus RM5 Juta...

Fabio Capello 'ketawa sepanjang perjalanan ke bank' selepas England berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Dunia 2010. Capello yang kini menikmati ikatan kontrak bernilai 6 juta pound (RM34.8 juta) setahun, makin ceria apabila meraih bonus berjumlah 1 juta pound (RM5.8 juta) hasil kejayaan membantu skuad 'The Three Lions' itu menempah tempat ke Afrika Selatan.
Pengendali Itali itu akan menerima 1 juta pound lagi jika England berjaya merangkul Piala Dunia, tahun depan. Pucuk pimpinan Persatuan Bola Sepak England (FA) bersetuju menyertakan insentif tambahan dalam kontrak dengan Capello apabila dia menandatangani perjanjian selama empat setengah tahun pada Januari 2008.



Wednesday, September 9, 2009

England Layak Ke Piala Dunia Tahun Depan...

England menempah tempat ke Piala Dunia di Afrika Selatan 2010 apabila menewaskan Croatia 5-1 di Stadium Wembley. Gol-gol England dijaringkan oleh Frank Lampard, Steven Gerrard dan Wayne Rooney. Gol sagu hati Croatia dijaringkan oleh pemain Arsenal, Eduardo. Dengan kemenangan itu, England berjaya membalas dendam terhadap kekalahan mereka semasa kelayakan Euro pada tahun 2008..

Tuesday, September 8, 2009

Rekreasi Minda: Apa Reaksi Anda Apabila Melihat Situasi Ini?



















Reaksi anda ialah...
A) Terkejut, kemudian berlalu begitu saja.
B) Ketawa terbahak-bahak dalam hati.
C) Buat tidak tahu saja tapi dalam hati Tuhan saja yang tau...
D) Menderma terus sebab rasa kesian dan terharu ..
E) SEMUA DI ATAS..

Tidak kira apa reaksi anda, semuanya BETUL apabila kita melihat situasi itu di depan mata kita sendiri..

Ghana Negara Afrika Pertama Layak Ke Piala Dunia

Ghana muncul negara Afrika pertama layak ke Piala Dunia 2010 selepas mengalahkan Sudan 2-0 dalam kelayakan Piala Dunia. Pemain tengah Inter Milan, Sulley Muntari dan pemain Chelsea, Michael Essien menjaringkan gol dalam kedua-dua babak untuk memastikan Ghana di tangga teratas Kumpulan D, sekali gus mengesahkan kelayakan di Afrika Selatan Jun pada depan ketika baki dua perlawanan.Kemenangan Ghana diiringi keputusan seri 1-1 Mali dengan Benin untuk pasukan Black Stars itu menjadi negara ketujuh layak ke Afrika Selatan tahun depan yang bakal disertai 32 pasukan.

Monday, September 7, 2009

US Open: Safina Berang . ,Sharapova Tersingkir.

Dinara Safina yang berang dengan penganjur kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat mendakwa mereka tidak menunjukkan rasa hormat kepadanya selepas dia gagal mara di pusingan ke-3 kejohanan major itu kelmarin.Pemain tenis nombor satu dunia itu dan pemain Czech, Petra Kvitova dijadualkan beraksi pada waktu malam hari keenam kejohanan namun disebabkan pertandingan waktu siang telah tersasar lebih tiga jam daripada jadual asal, kedua-dua pemain itu diarahkan untuk tidak beraksi di gelanggang utama, Stadium Arthur Ashe.Sebaliknya, kedua-dua pemain itu diletakkan di gelanggang yang lebih kecil di Gelanggang Louis Armstrong bagi membolehkan pemain Amerika, James Blake dan pilihan ke-14, Tommy Robredo memulakan perlawanan mereka pada waktu sama di kawasan arena utama, Ashe.

Maria Sharapova kalah mengejut kepada pemain remaja, Melanie Oudin di pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat. Melanie Oudin menewaskan Sharapova 3-6, 6-4, 7-5 dalam permainan yang menyaksikan banyak kesilapan yang dilakukan oleh Sharapova.
Sharapova memberikan Oudin kemenangan pada pertemuan tersebut setelah mencatat 21 kesalahan berganda dan membuat 63 kesalahan yang seharusnya tidak dilakukan di Stadium Arthur Ashe, kelmarin.Pemain berusia 22 tahun dari Rusia itu dilihat hilang arah untuk menjelaskan kesilapan pukulan servis yang dilakukan olehnya.Sharapova menolak untuk menggunakan alasan pembedahan ke atas kecederaan bahu kanannya pada Oktober lalu sebagai pengecualian kepada kekalahannya.Kesalahan berganda yang banyak dilakukan oleh pemain tenis Rusia itu telah membolehkan Oudin yang berusia 17 tahun berjaya mematahkan pukulan servis Sharapova sebanyak lapan kali.Ia sekali gus membuka pintu kepada Oudin yang merupakan pemain remaja Amerika Syarikat untuk melakukan kejutan menakjubkan ke atas bekas pemain terkemuka Rusia itu di hadapan penonton seramai 24,000 orang.Meskipun kedua-dua pemain tersebut mempunyai perbezaan gaya permainan yang besar, namun Oudin dilihat lebih berjaya mempamerkan permainan yang mengujakan.Oudin sebelum ini berjaya menumbangkan pemain pilihan keempat kejohanan, Elena Dementieva pada pusingan sebelumnya.Kejayaan Oudin itu mengingatkan orang ramai kepada aksi Sharapova pada zaman remajanya apabila dia memenangi kejohanan Wimbledon 2004 ketika berusia 17 tahun.Beberapa pemerhati menjangkakan Oudin yang mempunyai susuk tubuh yang kecil akan menjuarai trofi Terbuka Amerika Syarikat Sabtu ini.

Progress Rumah Minggu Ke-8...




Kerja-kerja menyiapkan beam, membuat lantai plywood dan meletakkan dan mengikat besi Y10 untuk lantai atas baru dapat disiapkan pada hari Isnin (7. 9. 09). Terdapat beberapa kerja tidak berjalan lancar kerana terpaksa menunggu plywood yang sudah dibeli tapi tidak sampai2 (Hari Selasa baru sampai).. Kayu 1x8, 2x3, 1x2 dan plywood pun kena beli lagi pada hari Rabu..Apa lagi dalam RM920.00 juga harganya..Hari Khamis pula, empunya mixer minta bayar sudah sewanya.., kena bayar awal bulan konon baru pakai..Tu pekerja pula minta gaji dalam RM5000.00 pada hari Jumaat.,Kami pertimbangkannya juga atas faktor persediaan Hari Raya dan ada beberapa pekerja baru yang ada anak bini yang tinggal di rumah kongsi, walaupun peratus progress rumah belum sampai mengikut perjanjian...Kemudian tu pekerja ada cadangan mau guna 'Hitachi' utk digunakan mengangkat simen semasa menyimen lantai atas,. Tanya punya tanya sewa dalam RM600.00 sehari (3 hari konon mau guna), tu belum masuk sewa pengangkutan lagi..Kami ambil keputusan buat jambatan kayu sahaja walaupun terpaksa menggunakan kayu yg banyak asalkan lebih jimat... Tu la risiko yang terpaksa ditanggung kalau buat rumah dua tingkat ni..,kalau satu tingkat ja, sekarang ni tinggal buat atap saja.. LOGOT-LOGOT SAJA LA NI...

Brazil Sudah Layak Ke Piala Dunia...

Juara dunia lima kali, Brazil layak ke Piala Dunia di Afrika tahun depan. Brazil mendahului kumpulan Amerika Selatan dengan mengumpul 30 mata. Pasukan bimbingan Dunga itu berkelebihan sembilan mata daripada pasukan kelima dan keenam kumpulan, Colombia serta Ecuador yang masih memiliki tiga baki perlawanan.Empat pasukan terbaik daripada kumpulan tersebut akan layak secara automatik, manakala pasukan di tempat kelima akan bermain di perlawanan playoff menentang tempat keempat daripada zon CONCACAF.Argentina masih kekal menghuni tempat keempat kumpulan, lapan mata di belakang pendahulu, Brazil. Chile di tempat kedua dan Paraguay ketiga.Kekalahan Argentina kepada Brazil merupakan tempoh 16 tahun kepada lengkapnya hari malang Argentina setelah dibelasah 5-0 oleh Colombia.Ia sekali gus menjadikan pasukan juara dunia sebanyak dua kali itu terpaksa menang pada perlawanan playoff untuk mara ke perlawanan akhir sejak melakukannya pada 1994 di Amerika Syarikat.Peminat tuan rumah mula berteriak nama jurulatih Brazil, Dunga pada minit akhir bagi memprotes taktikal yang tidak berupaya dilaksanakan oleh jurulatih Argentina, Diego Maradona.Gol pertama Brazil hadir setelah pasukan kebangsaan itu memperoleh banyak peluang untuk menghasilkan jaringan, manakala Argentina pula sekadar membazirkan peluang yang dimiliki.Sejak sepak mula dilakukan oleh Brazil, Argentina mula menguasai bola dan melancarkan serangan. Argentina mendapat sepakan sudut awal apabila percubaan Carlos Tevez melintasi gawang dan memaksa penjaga gol Brazil, Julio Cesar menyelamatkan bola di atas garisan.Argentina mula menyusun perlawanan dan percubaan kaki kiri Lionel Messi hampir menghasilkan gol, tetapi benteng Brazil berjaya menghalang percubaan tersebut.Brazil mula memberi tekanan kepada Argentina apabila peluang pertama yang dimiliki Luisao disempurnakan dengan baik. Pemain pertahanan tinggi lampai Brazil itu menanduk masuk hantaran silang hasil sepakan percuma yang dilakukan oleh Elano dan menumpaskan Mariano Andujar.Peluang Brazil memperoleh gol seterusnya apabila Andujar gagal menangkap kemas hantaran silang yang dilakukan oleh Kaka dari kiri, sekali gus membolehkan Luis Fabiano menyentuh bola ke jaring lawan.
Pasukan tuan rumah berusaha memberi tekanan bagi mendapatkan gol penyamaan, namun Brazil memastikan kemenangan dua minit selepas jaringan tersebut menerusi tindakan bijak Fabiano. – Dipetik drp REUTERS

Tuesday, September 1, 2009

US Open :Federer Mara Pusingan Kedua

Pemain nombor satu dunia, Roger Federer memulakan langkah bergaya untuk menggondol trofi kejuaraan keenam kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) apabila menewaskan pemain tuan rumah, Devin Britton 6-1, 6-3, 7-5, awal pagi tadi.Federer hanya memerlukan masa 88 minit untuk menghabiskan perlawanan, sekali gus melangkah ke pusingan kedua bertemu pemain ranking ke-65 dunia dari Jerman, German Simon Greul.
Greul terdahulu menewaskan pemain ranking ke-182 dunia dari Ecuador, Giovanni Lapentti 6-3, 4-6, 3-6, 6-0, 7-6 (11/9). Sementara itu, pemain pilihan ke-8, dari Russia, Nikolay Davydenko juga tidak mempunyai masalah menyingkirkan pemain ranking ke-222 dunia, dari Jerman, Dieter Kindlmann 6-3, 6-4, 7-5.
SOKONG FEDERER UNTUK KEJOHANAN INI....