Sunday, June 28, 2009

Brazil Juara Piala Konfederasi FIFA 2009..


Brazil menunjukkkan ciri-ciri Sang Juara sebenar apabila menundukkan pasukan USA yang pada awal separuh masa permainan mendahului 2-0 melalui Clint DEMPSEY (10') dan Landon DONOVAN (27'). Brazil pada separuh masa kedua akhirnya menunjukkan pasukan Amerika Selatan ini adalah 'undeniable class' apabila LUIS FABIANO (46', 74')
dan LUCIO (84') menjaringkan gol-gol penyamaan dan kemenangan Brazil... TAHNIAH KEPADA BRAZIL!!!

Friday, June 26, 2009

Federer Mara Pusingan Keempat

Roger Federer kalah satu set buat kali pertama minggu ini tetapi layak ke minggu kedua di Wimbledon selepas menundukkan Philipp Kohlschreiber 6-3, 6-2, 6-7 (5-7), 6-1. Federer memiliki kelebihan selepas mematahkan penguasaan servis lawan pada set keempat sebelum hilang fokus dan dua pukulan kilas liar mengakibatkannya kalah di penentuan tiebreak. Ia sekadar memanjangkan penampilannya di Gelanggang Tengah untuk setengah jam lagi. Federer layak ke pusingan keempat untuk bertemu musuh biasa - Robin Soderling. Federer menewaskan Soderling pada final Terbuka Perancis, bulan ini, buat melengkapkan grand slam kerjaya dan memenangi mahkota utama ke-14 untuknya - menyamai rekod milik Pete Sampras.

Wednesday, June 24, 2009

Sharapova terkeluar ...

Bekas juara Maria Sharapova terkeluar daripada saingan kejohanan tenis Wimbledon apabila tewas 6-2, 3-6 dan 6-4 kepada pemain Argentina, Gisela Dulko.Dulko bakal berhadapan dengan seorang lagi pemain Russia, Nadia Petrova untuk menempah tempat ke suku akhir.
KEKALAHAN SHARAPOVA MUNGKIN DISEBABKAN OLEH FAKTOR BARU PULIH DARIPADA KECEDERAAN, DAN MASIH KURANG KONSISTEN DARI SEGI PSIKOLOGI...

INfo Pendidik: Laluan Naik Pangkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ISTIMEWA.

Sumber: Forum Utusan Malaysia |23 Jun 2009|

Laluan Kerjaya yang disediakan oleh kerajaan bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan di Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui urusan pemangkuan dan kenaikan pangkat adalah tersangat istimewa.Terdapat sepuluh jenis Laluan Kenaikan Pangkat bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang merangkumi Laluan Hakiki, Cemerlang dan Time-Based, yang memberi peluang dan pilihan kepada PPPS untuk memilih Laluan Kerjaya masing-masing dengan tepat, terbaik dan menguntungkan mengikut kelayakan yang dimiliki.

- Urusan Pengisian Jawatan Kenaikan Pangkat Tingkatan Enam

Bagi pengisian jawatan kenaikan pangkat gred DG44 di sekolah-sekolah Tingkatan Enam, di bawah fasa 1, calon-calon ditawarkan pemangkuan dan penempatan di sekolah yang sama tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan termasuk lulus Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dan mempunyai opsyen yang sesuai dengan pakej mata pelajaran Tingkatan Enam yang ditawarkan oleh sekolah berkenaan.

Mereka yang tidak dapat ditempatkan di sekolah asal kerana jawatan dan mata pelajaran yang diajar dan opsyen telah diisi penuh akan ditawarkan penempatan untuk mengisi kekosongan jawatan dan kekosongan pakej mata pelajaran di sekolah-sekolah lain yang berhampiran di daerah yang sama atau daerah lain di negeri yang sama.

Jika masih terdapat kekosongan setelah fasa 1 dan fasa 2 dilaksanakan, permohonan dibuka kepada calon-calon yang mempunyai opsyen Tingkatan Enam atau pengalaman mengajar mata pelajaran Tingkatan Enam sekurang-kurangnya tiga tahun bersesuaian dengan pakej mata pelajaran Tingkatan Enam di sekolah berkenaan.

Bagi pengisian jawatan kenaikan pangkat gred DG44, calon yang dipertimbangkan perlu memenuhi syarat tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya lima tahun.

Walau bagaimanapun bagi negeri-negeri yang mengalami masalah kekurangan calon, mereka yang mempunyai tempoh berkhidmat sekurang-kurangnya tiga tahun dipertimbangkan juga untuk mengisi jawatan kenaikan pangkat Tingkatan Enam.

Walau bagaimanapun, mereka akan terus memangku gred DG44 sehingga layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44.

Manakala mereka yang memenuhi syarat tempoh berkhidmat lima tahun akan diperakukan untuk kenaikan pangkat ke gred DG44 setelah cukup tempoh memangku enam bulan dan syarat-syarat lain yang ditetapkan.

- Urusan Pengisian Kuota Guru Cemerlang

Bagi urusan Guru Cemerlang, proses pemangkuan Guru Cemerlang bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DGA32 (KUP) hingga Gred DGA38 (KUP) serta PPPS Gred DG44 (KUP) hingga Gred Khas C (KUP) bermula daripada permohonan calon yang diperaku oleh Ketua Jabatan masing-masing kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK).

Setelah pemantauan dan penilaian dilaksanakan oleh JNJK, senarai calon-calon yang layak akan dikemukakan kepada Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM).

Tapisan seterusnya dilakukan di peringkat BPSM dengan mengambil kira calon-calon yang masih belum dinaikkan pangkat secara KUP ataupun hakiki ke gred yang dipohon serta memenuhi syarat-syarat pemangkuan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Pelajaran (LKPPP).

Memandangkan proses pemangkuan Guru Cemerlang melibatkan pemantauan dan penilaian oleh JNJK, hanya calon-calon yang memenuhi syarat-syarat kenaikan pangkat akan dipertimbangkan bagi urusan pemangkuan berdasarkan kekosongan kuota yang ada.

Bagi guru-guru yang telah memohon laluan Guru Cemerlang pada tahun 2007 dan 2008, jumlah yang telah ditawarkan pemangkuan Guru Cemerlang bagi semua gred kenaikan pangkat PPPS adalah seramai 4,801 orang PPPS dan seramai 2,476 orang PPPLD telah ditawarkan pemangkuan ke Gred DGA32 (KUP) dan Gred DGA34 (KUP).

Walau bagaimanapun, pada 16 Mei 2009, Menteri Pelajaran telah mengumumkan kuota Guru Cemerlang bagi PPPS yang juga telah diperluaskan kepada guru-guru Gred DG44 dan Gred DG48 di sekolah rendah.

Pewujudan kuota baru bagi Guru Cemerlang Gred DGA38 (KUP) serta pertambahan kuota bagi Gred DGA34 (KUP) dan DGA32 (KUP) di sekolah rendah telah diumumkan melalui media massa pada 22 Mei 2009.

Sehubungan itu, iklan bagi mengisi kekosongan kuota Guru Cemerlang akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

Monday, June 22, 2009

Roger Federer Sedih...

Roger Federer menyatakan kesedihannya di atas kecederaan lutut yang dialami Rafael Nadal hingga menyebabkan saingan antara dua pemain hebat itu terpaksa ditunda.Nadal, yang menewaskan Federer dalam perlawanan epik lima set di final Wimbledon, tahun lalu, menarik diri Jumaat lalu berikutan mengalami kecederaan tendinitis di kedua-dua lututnya. Keputusan Nadal menarik diri dari kejohanan itu kini membuka peluang untuk Federer merangkul kejuaraan ke-15 grand slam dalam kariernya walaupun juara lima kali Wimbledon itu lebih suka mencatat sejarah menerusi pertemuan dengan pencabar utamanya itu.

Sunday, June 21, 2009

Tahniah Datuk Chong Wei...


LEE Chong Wei membuktikan dia tetap pemain nombor satu dunia apabila muncul juara kejuaraan badminton Siri Super Terbuka Indonesia sekaligus mengiringi kemenangan bermakna beregu wanita negara, Chin Eei Hui-Wong Pei Tty. Chong Wei yang tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Singapura minggu lalu, bangkit penuh bergaya bagi mengulangi kejayaan pada 2007 untuk bergelar juara Terbuka Indonesia, menewaskan pemain tempatan, Taufik Hidayat, 21-9, 21-14.Taufik yang memburu kemenangan ketujuh kejohanan itu buat mengatasi rekod rakan senegara, Hardiwiranata, gagal memberi tentangan bermakna kepada Chong Wei yang nyata bermain positif dan menguasai permainan.

BAGI SAYA, CHONG WEI MEMANG LAYAK MENANG SEBAB:
1. KURANG MELAKUKAN KESILAPAN.
2. SERANGAN YANG AMPUH.
3. PERTAHANAN YANG SANGAT BAIK.
4. STRATEGI YANG BETUL.
5. KETAHANAN MENTAL YANG UTUH.

TAHNIAH KEPADA PEMAIN NEGARA KITA...!!!

Saturday, June 20, 2009

Rafael Nadal Tarik Diri...

Pemain No.1 dunia Rafael Nadal mengumumkan bahawa dia terpaksa menarik diri daripada Kejohanan Tenis Wimbledon kerana kecederaan yang dialaminya. Menurutnya, keputusan tersebut adalah satu keputusan yang paling sukar dibuatnya sepanjang kerjayanya.
INI BERMAKNA ROGER FEDERER BOLEH TERUS MELEBARKAN PENCAPAIANNYA JIKA DIA TERUS MENGEKALKAN MOMENTUMNYA, SEKALIGUS DAPAT MERAPATKAN JURANG MATA BAGI MENGEJAR PEMAIN NO.1 DUNIA KEMBALI..GOOD LUCK TO FEDERER!!!

Ronaldo akan Menyesal: Bobby Charlton

Bekas bintang Manchester United, Bobby Charlton percaya Cristiano Ronaldo akan kecewa dan menyesal kerana meninggalkan Old Trafford dan bayaran 80 juta Euro (AS$131 juta) yang diterima daripada Real Madrid adalah 'tidak sesuai' buatnya.Charlton yang juga pengarah United bagaimanapun percaya pengurus United, Alex Ferguson mampu mencari pengganti sesuai selepas kehilangan penyerang Portugis itu.Ronaldo menjaringkan 118 gol dalam 291 penampilan sejak menyertai United pada 2003 tetapi Charlton tidak percaya tiada pemain yang boleh menandinginya.Beliau berkata, soal pengganti Ronaldo kini diserahkan kepada Ferguson untuk menentukannya.

Thursday, June 18, 2009

Korea Utara Layak ke Pusingan Akhir Piala Dunia..

Korea Utara bakal beraksi buat kali pertama di Piala Dunia sejak 44 tahun, selepas memperoleh satu mata berharga yang diperlukan untuk ke pusingan akhir di Afrika Selatan 2010.Pemain Korea Utara beraksi mantap untuk mencatat keputusan seri tanpa jaringan ketika menentang Arab Saudi di Riyadh.Keputusan tersebut cukup untuk membolehkan negara itu menduduki tempat kedua Kumpulan 2 dan menyertai pendahulu, Korea Selatan layak secara automatik ke Piala Dunia 2010.Ia merupakan kali pertama buat kedua-dua negara Korea terlibat sama di kejohanan berprestij itu.Korea Utara yang membuat penampilan pertama di Piala Dunia pada 1966 di England menjadi perintis buat negara Asia ke pusingan seterusnya apabila berjaya ke suku akhir ketika itu.

Monday, June 15, 2009

Main dan Bersenam untuk Tingkatkan Kecergasan...

Hari ini main badminton dengan 4 set berturut-turut..Semuanya menang..! Tapi yang lebih penting dapat meningkatkan kecergasan fizikal.. Kalah atau menang itu lain kira tapi kalau menang itu sudah menjadi satu bonus...harap-harap dapat bermain atau berjoging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dalam tempoh 30 hingga 60 minit satu sesi..

Saturday, June 13, 2009

Rekreasi bersama Keluarga...



Minggu kedua cuti semester sekolah meluangkan masa bersiar-siar dengan family di Poring, Ranau.. Anak2 sangat teruja dan gembira apabila dapat mandi bersama-sama di kolam air panas di pondok yang disewa kerana tempat di luar seperti biasa penuh dengan orang..Cuaca juga amat baik sampai ke petang..Percutian kali ini juga kami menginap di Resort Zen Garden..Segar, tenang dan nyaman apatah lagi bersama-sama dengan keluarga tersayang..

Friday, June 12, 2009

MUTD boleh 'SurvivE' tanpa Ronaldo...!


Akhirnya Mutd bersetuju menerima tawaran bernilai £80 juta (RM490 juta) daripada Real Madrid untuk melepaskan Ronaldo ke Sepanyol.Perjanjian itu dicapai hanya dua hari selepas Real berjaya membawa bintang Brazil dari AC Milan, Kaka ke Santiago Bernabeu dengan harga £62 juta (RM351.6 juta).MUTD telah bersetuju dengan tawaran berupa rekod dunia itu daripada Real selepas Ronaldo sendiri menyatakan pendiriannya untuk meninggalkan Old Trafford. Dengan itu spekulasi tentang kedudukan Ronaldo di Mutd berakhir selepas berita tentang keinginan 'bintang ciptaan' Mutd itu bermula dari musim lepas lagi
Mutd pasti sedikit kehilangannya tetapi kelab ini sebenarnya tidak bergantung kepada seorang pemain bintang sahaja. Kekuatan kelab ini sebenarnya ditunjangi oleh kebolehan dan kemahiran pemain-pemain muda berbakat yang dicungkil kelab ini di samping kehebatan pengurusnya, Alex Ferguson..Perkembangan terbaru ini membuatkan kita tidak sabar-sabar lagi untuk menonton aksi bola sepak Eropah pada musim depan...Pasti lebih hebat dan menarik..!

Wednesday, June 10, 2009

Korea Selatan, Jepun dan Australia Layak ke Afrika Selatan...

Korea Selatan, Jepun dan Australia sudah mengisi tiga daripada empat tempat bagi zon Asia dalam kancah kelayakan Piala Dunia tahun depan, namun saingan makin hangat antara Arab Saudi, Korea Utara dan Iran untuk merebut satu lagi kekosongan.Tiga kuasa Asia itu sudah pun mempunyai pengalaman dalam bola sepak tetapi hanya satu negara saja yang mampu berpesta pada 17 Jun ini sejurus berakhir perlawanan terakhir kelayakan.Satu pasukan akan terus tersingkir manakala satu lagi pasukan terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dalam kumpulan dan bermain dalam saingan penentuan pada Oktober dan November.Nasib Korea Utara kini terletak di tangan Korea Selatan - yang layak ke Piala Dunia untuk tahun ketujuh berturut-turut apabila menumbangkan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) 2-0 minggu lalu - mencetuskan ironi ketika kedua-dua negara di ambang peperangan.
Korea Selatan yang mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002, akan menyambut Arab Saudi pada Rabu ini serta Iran minggu depan dan dua kemenangan di tempat sendiri bakal menyaksikan Korea Utara memerlukan seri ketika bertandang ke Riyard 17 Jun ini untuk mara ke Piala Dunia.
ALANGKAH BAGUSNYA KALAU PASUKAN MALAYSIA TERSENARAI DALAM KELOMPOK PERSAINGAN KE PIALA DUNIA BOLA SEPAK DI AFRIKA SELATAN TAHUN DEPAN...,SAMPAI BILAKAH KITA MENUNGGU..?

Tuesday, June 9, 2009

Kaka Bertukar Angin Ke Real Madrid...


Real Madrid mengumumkan menandatangani kontrak pemain antarabangsa Brazil, Kaka dari AC Milan.Real tidak memberi sebarang maklumat lanjut berhubung nilai perpindahan tersebut, tetapi laporan akhir semalam menyatakan kelab Sepanyol itu akan membayar Milan sebanyak 65 juta euro (RM317.7 juta).Jumlah pembayaran tersebut bakal menjadikan perjanjian paling mahal dalam sejarah bola sepak.
KITA AKAN TUNGGU DAN LIHAT SIAPA LAGI PEMAIN YANG AKAN KE REAL..CHRISTIANO RONALDO? FRANK RIBERY? ...MENARIK UNTUK DIIKUTI PERKEMBANGANNYA..

Sunday, June 7, 2009

Federer Mencipta Sejarah..

Tahniah diucapkan kepada Roger Federer kerana berjaya menewaskan Robin Soderling, sekaligus mencipta sejarah apabila menjuarai gelaran Terbuka Perancis. Kemenangan Federer menjadikannya pemain keenam dalam sejarah melengkapkan kerjaya Grand Slam..

Bersenam : Pelaburan untuk Kesihatan..

GAYA hidup sedentari atau tidak aktif adalah satu daripada faktor risiko untuk mendapat penyakit jantung koronari, pembunuh nombor satu di Malaysia dan di kebanyakan negara di dunia. Individu yang mengamalkan gaya hidup begini berisiko 30 hingga 50 peratus lebih tinggi untuk mengalami hipertensi atau tekanan darah tinggi yang menjadi antara penyebab utama strok, kegagalan buah pinggang dan kerosakan mata.
Boleh dikatakan setiap hari kita mendengar saranan untuk mengamalkan gaya hidup aktif. Walaupun saranan ini dilihat lebih mudah diucap daripada dilaksanakan, kita perlu berusaha melakukannya kerana ia terbukti kaedah paling berkesan untuk menjaga kesihatan jantung dan mengekalkan kesejahteraan secara keseluruhan. Senaman membantu jantung melalui beberapa cara iaitu:
1.Seperti otot-otot lain, senaman boleh membuat jantung menjadi lebih kuat dengan keupayaan mengepam lebih banyak darah bagi setiap denyutan. Kadar denyutan jantung ketika rehat lebih perlahan dari biasa kerana jantung tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah.

2. Senaman membantu mengekalkan keanjalan arteri. Ini membolehkan kelancaran aliran darah lantas mengekalkan tekanan darah yang normal. Proses ini berlaku walaupun usia meningkat tua.

3. Senaman boleh memperbaiki profil kandungan lemak darah badan. Selain mengurangkan kolesterol-LDL atau ‘kolesterol tidak baik’, ia secara langsung membantu meninggikan paras kolesterol-HDL atau juga dikenali sebagai ‘kolesterol baik’. Berat badan juga boleh dikurang dan dikawal melalui aktiviti senaman untuk pesakit yang ada masalah obesiti. Kandungan kolesterol tidak normal berserta obesiti antara dua faktor utama penyakit jantung koronari.

Apakah senaman yang baik untuk jantung? Senaman kardiovaskular atau aerobik adalah senaman yang membabitkan kumpulan otot besar. Aktiviti fizikal sebegini memperkuatkan jantung dan paru-paru sambil meningkatkan kemampuan badan menggunakan oksigen. Jika dilakukan dengan kerap, senaman aerobik boleh merendahkan kelajuan denyutan jantung dan tekanan darah serta memperbaiki sistem pernafasan.Contoh senaman aerobik ialah berjalan laju, berlari, berbasikal, berenang, berkasut roda, menari dan mendayung sampan. Senaman aerobik ini harus dilakukan berterusan lebih kurang 30 minit, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Namun beberapa kajian mendapati, untuk mendapat perlindungan jantung, yang penting bukan jangkamasa senaman yang panjang tetapi jumlah tenaga digunakan setiap hari. Ini bermakna, seseorang itu boleh bersenam dengan melakukan aktiviti cergas untuk tempoh pendek beberapa kali sehari.

Friday, June 5, 2009

SELAMAT TINGGAL BUJANG....


SELAMAT PENGANTIN BARU..PASTI BERKEKALAN SEHINGGA KE AKHIR HAYAT...

Thursday, June 4, 2009

Rehat Panjang.....

Blog saya tidak dapat dikemas kini sejak beberapa hari lalu sebab agak sibuk dengan majlis perkahwinan abang saya di kampung..Harap2 dalam masa terdekat ni saya dapat paparkan gambar2 perkahwinan mereka dalam blog ni di my flicker..