"Sebelum ini, ramai yang tidak meletakkan harapan tinggi buat skuad bola sepak negara melangkah ke pusingan separuh akhir temasya Sukan SEA XXV.Bagaimanapun, anak-anak buah K. Rajagobal mendiamkan seketika mulut pengkritik mereka apabila berjaya ke separuh akhir selepas menumbangkan gergasi Asia Tenggara yang juga penyandang juara, Thailand 2-1 pada aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional semalam.
Lebih manis, kejayaan yang dilakar skuad negara itu sekali gus menyaksikan Thailand tersingkir buat kali pertama ke saingan separuh akhir Sukan SEA dalam tempoh 36 tahun sejak 1973."
Inilah antara lain petikan daripada sebuah akhbar yang mengulas hasil kemenangan Malaysia ke atas Thailand pada peringkat kumpulan dalam bola sepak Sukan SEA di Laos. Nampaknya, target utama sudah tercapai sehinggakan kalau diperhatikan cara pemain, jurulatih dan para pegawainya meraikan kemenangan itu seolah-olah sudah memenangi pingat emas. Pasukan ini masih lagi kurang mengambil iktibar daripada buaian perasaan gembira ketika membelasah Timor Leste 11-0 sehinggakan leka apabila pasukan Vietnam mudah mengalahkan pasukan Malaysia 3-0. Apabila kalah, para pemain tidak dapat menerima kekalahan tersebut apabila pegawai perlawanan pula dipersalahkan. Inilah minda kelas ketiga yang perlu dihapuskan dalam kalangan pemain Malaysia. Dalam separuh akhir nanti, harapan kita supaya pasukan bola sepak Malaysia dapat mengalahkan Laos, sebuah negara yang masih tidak mempunyai liga profesionalnya!!!

0 comments:
Post a Comment