Sunday, March 21, 2010

MUTD Kukuh di Persada EPL

Manchester United menundukkan Liverpool 2-1 menerusi jaringang Wayne Rooney dan Park Ji-sung untuk meletakkan juara bertahan itu kukuh di persada Liga Perdana Inggeris. Manutd mengutip 69 mata daripada 31 perlawanan, mengambil alih kedudukan Arsenal selaku pendahulu liga yang hanya bertahan semalaman yang kembali ke kedudukan kedua dengan 67 mata.Liverpool membuka jaringan menerusi tandukan Fernando Torres yang tidak dikawal hasil umpanan Dirk Kuyt, lima minit selepas sepak mula. Bagaimanapun, United menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian selepas Javier Mascherano memberikan sepakan penalti selepas mengasari Antonio Valencia dan walaupun sepakan penaltinya diselamatkan Pepe Reina, namun Rooney berjaya menyepak masuk bola pantulan, untuk jaringan ke-33 beliau musim ini. Jaringan Park memperkukuhkan kemenangan selepas dia menyambar umpanan Darren Fletcher dari sebelah kanan untuk membuat tandukan terjunan selepas minit ke-60.

Friday, March 19, 2010

Undian Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah

Berikut adalah undian perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah:

Lyon (Perancis) lwn Bordeaux (Perancis)

Bayern Munich (Jerman) lwn Manchester United (England)

Inter Milan (Itali) lwn CSKA Moscow (Rusia)

Arsenal (England) lwn Barcelona (Sepanyol)


Perlawanan pertama pada 30/31 Mac dan perlawanan kedua pada 6/7 April.

Pada hemat saya, undian ini agak seimbang dan menarik. Perlawanan yang pasti menarik ialah di antara MUTD dgn Bayern Munich dan Arsenal dengan Barcelona. Mungkin adakah wakil dari England pada kali ini masuk ke peringkat akhir?

P/s Pasukan di'highlight' merah, saya ramal masuk ke separuh akhir...

Thursday, March 18, 2010

Sukan Sekolah Diperkasa 2011??!!@%&*+*

Kementerian Pelajaran memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun 2011. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
1. Menjadikan kegiatan sukan sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum.
2. Pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan.
3. Dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan.
4. Penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat.
5. Peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah.
6.Sukan diajar dalam jadual waktu persekolahan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak membabitkan keperluan untuk memanjangkan waktu persekolahan.

Langkah Kementerian Pelajaran ini satu titik permulaan untuk membangunkan sukan pada peringkat akar umbi terutamanya di sekolah. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu sokongan dan komitmen penuh daripada pihak pentadbir sekolah, di samping guru-guru yang diberi kepercayaan mengendalikan/mengajar sukan tersebut. Selain itu, kita juga perlu mengambil kira semua aspek yang pelajar perlukan supaya langkah pembangunan sukan tercapai sepenuhnya.