Monday, April 27, 2009

Rekreasi Minda: Asal-usul Sesetengah Perkataan Dusun..

Bagi orang-orang tua kita dahulu, perkataan-perkataan seperti meeting (mesyuarat), form (borang), ‘tupis’(pejabat), ‘soujer’ (askar), ‘pilikison’(permohonan) dan lain-lain perkataan sudah menjadi kebiasaan bagi mereka dan tidak mengerti jikalau disebut dalam Bahasa Melayu. Kemungkinan besar perkara itu berlaku kerana mereka banyak didedahkan dengan bahasa orang putih semasa zaman pra-merdeka. Itulah untungnya orang tua-tua kita, walaupun tidak tahu menulis dan membaca (bukan semua) tetapi mereka mudah mengadaptasi dan menggunakan perkataan-perkataan asing dalam kehidupan seharian mereka. Satu sebab lagi kenapa bahasa orang putih ini mudah diterima oleh orang tua-tua kita dahulu ialah kerana masih belum ada istilah dalam bahasa Dusun bagi perkataan-perkataan baru ini. Oleh sebab itulah, bahasa Inggeris tersebut telah didusunkan.

Perkara yang ingin saya kongsikan di sini ialah perkataan yang sudah menjadi kebiasaan dan digunakan pada masa-masa tertentu oleh masyarakat orang Dusun. Perkataan tersebut ialah ‘palis-palis’. Kita ikuti cerita di bawah bagaimana perkataan ini boleh wujud dalam masyarakat Dusun…..

“ Tersebutlah kisah pada awal zaman pendudukan Jepun (Gipun) di Borneo Utara. Pada masa itu tentera British/Australia masih lagi cuba melawan tentera Gipun ini. Walau bagaimanapun mereka tidak berupaya kerana semangat NIPPON tentera Gipun yang sangatlah tinggi..Maka, di sebuah perkampungan orang Dusun, seorang tentera Australia telah ditangkap oleh tentera Gipun..Apa lagi,. Kalau Gipun mestilah hukumannya ‘potong kepala’ dengan Pedang Semurai..Tentera Australia tersebut telah diikat tangannya ke belakang sambil diarahkan sujud menyembah bumi.. Dengan suara yang terketar-ketar, askar Australia tersebut menangis dan merayu sambil berkata “please, please,..please…berkali-kali…Entah mengapa, askar Gipun yang ditugaskan untuk memancung kepalanya berasa kasihan lalu membebaskannya ke hutan.. Orang-orang Dusun yang menyaksikan kejadian itu berasa sungguh hairan kerana askar Australia itu dibebaskan begitu sahaja hanya kerana menyebut perkataan “please..please” berkali-kali..Mulai dari kejadian itu, orang Dusun di perkampungan tersebut mula menggunakan perkataan “please..please..” apabila mahu menjauhkan sesuatu musibah daripada berlaku..Sesuai dengan sebutan orang Dusun,..perkataan “please..please..” itu telah berubah menjadi “palis-palis”… Perkataan ini masih digunakan dan disebut sehingga ke hari ini apabila kita mahu menolak jauh-jauh sesuatu musibah daripada berlaku ke atas kita.. ”

Amacam boleh diterimakah cerita rekaan saya semata-mata ini…? Tapi kalau kita renung-renung macam ada juga kemungkinan kan…

The Mimno2...

Sunday, April 26, 2009

Trofi EPL akan kekal di Old Trafford

Nampak gayanya MUtd tidak akan melepaskan trofi Liga Perdana England (EPL) begitu sahaja. Semakin penghujung musim, pasukan ini menunjukkan ciri-ciri Sang Juara apabila mereka bangkit mengalahkan Tottenham Hotspur 5-2.Walaupun ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, juara bertahan itu mempamer kebangkitan luar biasa dengan meledakkan lima gol pada babak kedua, sekali gus merampas semula takhta liga daripada Liverpool yang menang 3-1 ke atas Hull City sebelum itu.

Dengan kelebihan tiga mata ke atas pencabar mereka itu, serta memiliki kelebihan baki satu perlawanan, Red Devils akan sekali lagi menjulang gelaran itu musim ini. Melihat kepada persembahan Mutd yang telah mengubah tempo permainan pada separuh masa kedua, sudah semestinya mereka mampu memenangi permainan itu walaupun tanpa dihadiahkan sepakan penalti yang dipertikaikan pemain Spurs.

Awas bila berumur 30 tahun - Berisiko dapat penyakit berbahaya jika tidak amal hidup sihat

Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas berhatilah-hatilah kerana anda mungkin terdedah kepada risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Justeru, pemeriksaan awal amat penting kepada golongan umur berkenaan bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan seterusnya menjalani rawatan pemulihan yang disarankan.
Menurut kajian, responden yang dikaji merupakan individu yang dianggap sihat, bagaimanapun selepas pemeriksaan didapati satu per-tiga daripada mereka menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit sedemikian.Perkara tersebut amat mengejutkan kerana kebanyakan responden merupakan golongan yang aktif melakukan kerja-kerja di ladang, bersukan dan sebagainya.
Salah satu cara yang terbaik untuk kekal sihat selain daripada bergiat aktif dalam aktiviti fizikal ialah mengamalkan gaya hidup sihat. Sebagai contohnya menjauhi minum keras, tidak merokok dan mengamalkan pemakanan sihat.

Tuesday, April 21, 2009

Importance of Warming Up Before Exercise ...

Since a lot of people are involved in physical exercises, it is imperative that the importance of warming up before any strenuous activity should be discussed. Many have repeatedly ignored going through the warm up stage before working out, not knowing the consequences in doing so.

Why warm up? Several changes takes place in the body once physical activity is initiated. A person's respiratory rate, blood flow, and oxygen and nutrient levels delivered to the cells increases. The rate of increase should be regulated in a steady pace to prepare the body for the physical stress that exercise will demand. If one foregoes this priming procedure, the body will function less efficiently and the workout will produce less quality results. Warming up preps up the nervous system, heightens mental awareness and alertness, and loosens up joints and muscles to make them less prone to injuries. Warm ups jump starts the fluid located in the joints, minimizing the risk for wear and tear of the muscles. It gives the heart a suitable period to adjust and pump up blood and nutrients into muscles.

This is vital for older people, since they have tissues that are less supple; they have joints with less fluid, and weaker hearts. Sudden exercise can produce heart attacks to older people.

How does a person warm up properly? Initially, it can be done in any procedure that enables the heart to beat faster. One can simply walk and jog, or if a cardiovascular equipment is available, such as rowing machine or a bicycle, it can be utilized. Start at a gentle pace, and then slowly increase the pace until heart beat rate increases and the body temperature rises. It important to note that the pace should be in accordance to one's current fitness level, where the activity will leave the person energized and not exhausted.

After working up a light sweat (suggested time is 3-5 minutes, longer if the person is working out in a cold environment) one should do dynamic stretching. Stretching helps in developing overall flexibility, particularly in the spine, shoulder, and hip areas. The kind of stretching depends on the type of activity a person plans to engage to. For instance, if one is about to play sports, the recommended kind of stretching would be the ones that mimics the movements that will be done in the court or field. If one is about to do martial arts, light sparring can be done in the quarter of the normal speed, or just simply do the movements in slow motion. Be certain that the major muscles groups are stretched for 8 seconds minimum. It is necessary to remember to keep feet moving or do leg exercises whenever the upper body is stretched to keep prevent blood from pooling in the legs. Remember, one should only do stretching if the muscles are already warmed up. Do not bounce while stretching. It leads to a contraction that can result in muscle tear or pull.

For weight-lifters, this is what should be done after the initial warm up. Load the bar with about 50-60% of the heaviest weight to be done for the session and perform the number of repetitions that will be done for the heavy sets. For the second set, the weight will be increased to 80%, then eventually to 90%, decreasing to 2-3 repetitions. Afterwards, rest for about 30 seconds, then repeat the steps. After this warm up, one can now proceed to the heavy lifting for the day. The advantage of doing the procedure is that the heavy sets will feel less daunting and can now be performed with considerably less stress.

After warming up and proceeding to the main workout, it is equally important to cool down. When a person suddenly stops exercising or lifting weights, blood gathers in the muscle and oxygen is blocked. When this happens, a person runs the risk of having a heart attack. So cooling down should have the same importance as warming up.

Exercise is good for the health. Everyone is encouraged to pump it up, just remember to remember all the necessary precautions not only to maximize the workout, but also to stay safe and healthy.
SOURCE : EXERCISE PHYSIOLOGY
Theory and Application
to Fitness and Performance

Sunday, April 19, 2009

Terlepas 5 Piala Sudah La...

Kekalahan Mutd pada separuh akhir yang pertama sejak 1970 dalam saingan Piala FA kepada Everton melalui sepakan penalti menjadikan impiannya menggapai lima trofi untuk musim ini musnah..Nyata pertaruhan Pengurus Mutd, Alex Ferguson menurunkan bukan pemain utama pasukan, nyata memakan diri selepas anak buahnya berhempas-pulas mencari gol.Ini kerana Ferguson lebih gemar menyimpan pemain utamanya sebagai persediaan memenangi Liga Juara-Juara Eropah nanti. Walau bagaimanapun, kekalahan itu merupakan satu pendedahan penting kepada pemain-pemain muda Mutd. Kenyatan Alex Ferguson bahawa pasukan Mutd dibina dan ditunjangi oleh pemain muda selama ini adalah petunjuk bahawa MUtd sentiasa berpandangan jauh ke hadapan...

Masih ada 2 piala dalam buruan...

Friday, April 17, 2009

MUTD Melangkah Ke Semifinal Champion League..


Rembatan peluru Pemain Terbaik Dunia, Cristiano Ronaldo dari jarak 37 meter sudah cukup untuk memberikan kemenangan bersejarah buat Manchester United. Bintang Portugal itu mencipta jaringan tersebut pada minit keenam aksi suku akhir kedua Liga Juara-Juara untuk United menang tipis 1-0 ke atas FC Porto. Kemenangan itu juga menjadikan United sebagai kelab England pertama mencatat kemenangan ke atas Porto di Stadium Dragao. Ini juga sekaligus membalas kekalahan Mutd kepada kelab ini pada tahun 2005..
JANGKAAN : BARCELONA VS MUTD AKAN BERENTAP DI FINAL NANTI..

Tuesday, April 7, 2009

Air Terjun di Kg. Sayap ....






Lokasi air terjun ini walaupun agak jauh iaitu kira-kira 31.3 km dari pekan kota Belud, tetapi keindahan alam semulajadi sepanjang perjalanan ke lokasi air terjun ini pasti membuatkan para pengunjung teruja..Apabila sampai di air terjun, anda pasti ingin merasai kejernihan airnya yang sejuk dan nyaman..

JIKA ADA KELAPANGAN, BERKUNJUNGLAH KE TEMPAT INI BERSAMA KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN UNTUK BEREKREASI..

Sunday, April 5, 2009

MUTD Menang juga Seperti Liverpool ...




MUTD (3) VS Villa (2)...Persaingan EPL masih terbuka di antara MUTD dengan Liverpool..Kedua-dua pasukan ini mempamerkan persembahan yang ada ciri-ciri juara..Walau bagaimanapun MUTD masih lagi ada satu kelebihan perlawanan yang menjadi pemisah kepada Liverpool..

Thursday, April 2, 2009

Kalah & Menang Perkara Biasa....

Skuad kendalian Capello mengutip tiga mata berharga selepas menewaskan Ukraine 2-1 menerusi jaringan kemenangan kapten pasukan, John Terry. Kemenangan itu membolehkan England mengumpul 15 mata daripada lima perlawanan dan selesa mengungguli Kumpulan 6 dengan berada lima mata di hadapan Croatia.
Walau bagaimanapun, reputasi hebat Argentina sebagai sebuah kuasa utama bola sepak dunia tercalar gara-gara kekalahan memalukan 1-6 kepada Bolivia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2010.Kali terakhir Argentina mengalami kekalahan besar ialah ketika dibelasah Colombia 0-5 pada 1993. Kekalahan yang dialami di kawasan altitud tinggi itu turut menamatkan rekod cemerlang Diego Maradona sebagai jurulatih selepas unggul dengan tiga kemenangan berturut-turut tanpa dibolosi sebelum ini.

PASUKAN ENGLAND DAN ARGENTINA PASTI AKAN MARA KE PUSINGAN AKHIR PIALA DUNIA DI AFRIKA SELATAN NANTI...

Wednesday, April 1, 2009

England VS Ukraine..



Semoga England beraksi dengan baik dalam perlawanan menentang Ukraine.. Saya meminati pasukan England semenjak dari dulu mungkin kerana pengaruh EPL.. jangkaan gol England (2), Ukraine (1)..