Monday, July 12, 2010

FIFA World Cup : Spain Cipta Sejarah...


Sepanyol mencipta lembaran baru dalam dunia bola sepak dunia apabila muncul JUARA Dunia bagi FIFA World Cup 2010. Kejayaan Sepanyol ini menambahkan lagi negara yang pernah menjuarai kejohanan bola sepak terulung itu kepada 8 buah negara. Tahniah kepada pasukan ini...

Friday, July 9, 2010

FIFA World Cup : Final Belanda Vs Sepanyol

Agak lama tidak 'update' blog sejak kekalahan teruk Argentina kepada Jerman. Sebagai penyokong, apapun keputusan sama ada kalah teruk atau menang terpaksa juga menerima hakikat bahawa hanya pasukan kuat sahaja akan maju ke depan. Pasukan-pasukan pilihan ramai seperti Brazil, Argentina, England, Itali dan Perancis bolehlah dianggap sebagai pasukan 'favorite' tetapi 'kurang' menyengat dari segi percaturan taktikal dan psikologi. Pasukan yang paling konsisten dalam setiap kali Piala Dunia ialah Jerman, yang berjaya mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Sepanyol. Walaupun ramai meramal Jerman mara ke final tetapi 'kegugupan' dan 'terlampau hormat' kepada Sepanyol sebagai juara Eropah memakan diri mereka sendiri.
Penentuan juara di antara Sepanyol dengan Belanda agak sukar diramal. Ini kerana kedua-dua pasukan ini memburu kejuaraan negara mereka untuk julung kalinya. Para pemain pula akan diangkat sebagai wira dan lagenda bola sepak negara masing-masing jika mereka berjaya menjuarai Piala Dunia 2010. Bagi saya sedikit kelebihan berpihak kepada Sepanyol kerana pasukan ini mempunyai 'full of Messi'... Belanda pula tidak boleh dipandang ringan kerana pasukan ini berjaya menendang keluar Brazil... Jangkaan: Spain 2- 1 Belanda

Friday, July 2, 2010

FIFA World Cup : Brazil OUT ...



Belanda mengaibkan Brazil apabila 'menendang' keluar pasukan pilihan ramai itu pada peringkat suku akhir. Walaupun Belanda seolah-olah tidak dapat menyaingi samba Brazil pada minit-minit awal permainan sehingga Robinho dengan mudah menyumbat masuk pada minit ke-9, Belanda dapat menyerap tekanan dan mempamerkan 'set-pieces' yang membuahkan gol penyamaan pada minit ke-53. Gol kemenangan Belanda pada minit ke-68 memperlihatkan kelicikan Sneijder mencari ruang untuk menumbangkan Brazil.
Bagi saya, kunci utama kemenangan Belanda ialah 'kehebatan' Arjen Robben mempamerkan gaya permainan bersahaja di samping beberapa 'lakonan' menarik yang menyebabkan kekalahan psikologi pemain Brazil. Akibat mental yang lemah, Felipe Melo dibuang padang pada minit ke-72 kerana sengaja memijak Arjen Robben. Bertitik tolak daripada itulah Brazil mula kehilangan arah dan penyebab utama kekalahan Brazil..
Kekalahan Brazil ini tidak dijangka sama sekali kerana majoriti menjangkakan pasukan ini sekurang-kurangnya masuk ke final... Apa pun, Brazil 'kuat' sikit berbanding Perancis, Itali dan England yang terlebih dulu ditendang keluar...
Bagi peminat Brazil di seluruh dunia, pastinya Piala Dunia 2010 ini tidak bermakna lagi bagi mereka. Kepada penyokong Brazil, marilah kita bersama-sama menyokong ARGENTINA...