Thursday, April 22, 2010

Sejarah Jenama ADIDAS (Part 1)

Sebut sahaja ADIDAS, semua orang tahu perkataan ini. Perkataan ini adalah satu jenama sukan yang sudah terkenal di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, tidak semua orang tahu asal-usul atau sejarah jenama ini. Sejarah jenama ADIDAS bermula di pekan Herzogenaurach, dekat Nuremberg, Jerman. Pekan tersebut telah memberi kesan yang besar kepada sejarah kasut latihan sukan. Pada tahun 1948, pekan Herzogenaurach telah melancarkan secara rasmi kasut latihan sukan jenama adidas.
Bagaimana pula nama ADIDAS itu timbul? Seorang tukang kasut yang bekerja di Herzogenaurach, Adolph Dassler, mengambil keputusan untuk menamakan syarikat barunya. Dengan menggabungkan nama panggilannya ‘Adi’ dengan 3 huruf pertamanya iaitu Dassler, maka lahirlah nama ‘adidas’. Sebelum Adolph Dassler meninggal dunia pada tahun 1978, pada umur 78 tahun, Adi Dassler telah berjaya menghasilkan lebih daripada 700 reka bentuk kasut sukan dan peralatan sukan lain. Di samping itu juga, dia juga telah mendapat anugerah atau pengiktirafan (American Sporting Goods Industry Hall of Fame) bukan rakyat Amerika pertama yang terlibat secara langsung dengan kemajuan sukan di Amerika. Adidas juga telah menjadi syarikat yang terlibat dengan aktiviti lain selain daripada aktiviti sukan dengan cara memberi tajaan. Dengan kata lain, adidas merupakan jenama sukan pertama yang menaja aktiviti bukan berkaitan dengan sukan.
Walau bagaimanapun, sejarah sebenar kewujudan jenama adidas bermula pada 1920. Oleh sebab itulah, apabila bercakap tentang ADIDAS, kita juga perlu melihat sejarah permulaan jenama PUMA. Sejarah bagi kedua-dua syarikat Adidas dan Puma bermula di Herzogenaurach, di mana bapa Adi yang juga seourang tukang kasut, dan adiknya, Rudolph (‘Rudi’) tinggal. Adi dan Rudi amat meminati bidang sukan, tetapi sejarah bermula apabila Adi tidak pernah berpuas hati dengan kasut sukannya. Oleh itu, sebagai anak tukang kasut, dia mula membuat kasut untuk dirinya sendiri. Kasut yang dibuatnya mula mendapat perhatian dan reputasi. Apabila permintaan untuk kasut tersebut bertambah, perniagaan mereka semakin meningkat. Akhirnya, kedua adik beradik tersebut mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat yang didaftarkan sebagai Gebruder Dassler OHG (Dassler Brothers Ltd) pada1 Julai 1924. Kejayaan syarikat mereka berterusan apabila syarikat Dassler bersaudara ini menjadi pembekal kepada kasut sukan kepada pasukan Olimpik Jerman pada tahun 1928 dan 1932. Satu sejarah dilakar pada sukan Olimpik 1936 apabila atlet berkulit hitam Amerika, Jesse Owens memenangi 4 pingat emas dengan memakai kasut sukan Dassler di hadapan Adolph Hitler.
Satu perubahan besar bagi kedua-dua bersaudara itu berlaku pada tahun 1948 apabila kedua mereka mula bertelingkah. Khabar angin mengatakan bahawa punca pertelingkahan mereka berpunca daripada perempuan dan wang. Apa alasan sekalipun, pertelingkahan mereka sukar untuk dipulihkan, menyebabkan mereka membawa haluan masing-masing. Akhirnya, Adolph menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Adidas dan Rudi pula menubuhkan syarikat Puma. Selepas beberapa tahun perbalahan mereka melalui proses undang-undang, syarikat masing-masing menjadi maju dan menembusi pasaran dunia dengan hak ciptanya sendiri... [Bersambung]

Saturday, April 17, 2010

MUTD Masih Boleh Bernafas ...


Paul Scholes menanduk masuk gol kemenangan dramatik MUTD Ke atas Manchester City untuk meneruskan pemburuan kejuaraan liga. Gol penting ini terjelma pada minit ke-93 hasil hantaran silang daripada Patrice Evra. Gol ini juga menyamai gol dramatik oleh Michael Owen ketika MUTD menewaskan ManCity 3- 2 di Old Trafford...
Congrat !!! Para penyokong MUTD pasti mengharapkan Chelsea tercicir mata apabila melawan Spurs...

Thursday, April 8, 2010

Mourinho Cipta Sejarah...

Jose Mourinho mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi jurulatih pertama yang berjaya membawa tiga kelab berlainan ke separuh akhir Liga Juara-Juara. Pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-juara Eropah, jurulatih dari Portugal itu membantu juara Itali, Inter Milan menewaskan CSKA Moscow 1-0, sekali gus layak ke separuh akhir dengan agregat 2-0. Jaringan awal pemain tengah Belanda, Wesley Sneijder yang sebelum ini bergelut dengan masalah kecederaan berjaya membawa Inter mara ke separuh akhir pertama dalam tempoh tujuh tahun. Mourinho yang sebelum ini membimbing Porto dan Chelsea ke separuh akhir pernah memenangi trofi Liga Juara-Juara pada tahun 2004 ketika bersama kelab Portugal itu.

Saturday, April 3, 2010

MUTD Kalah Lagi....!!!&%$#@*

Ketika United melalui minggu yang menyedihkan selepas tewas kepada Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah termasuk kecederaan Rooney, Chelsea pula menambah derita MUTD apabila mengalahkan pasukan ini 2-1 di Old Trafford... Chelsea kini mempunyai 2 kelebihan mata di persada Liga Inggeris mengatasi MUTD di tangga yang kedua. Kemenangan Chelsea diselubungi kontroversi apabila Drogba yg masuk sebagai pemain gantian meledakkan tendangan padu dalam kedudukan off side yg seterusnya menewaskan Van Der Sar... Apapun, masih ada 5 baki perlawanan yang perlu diharungi oleh kedua pasukan ini dalam menentukan kejuaraan EPL yang pasti sengit..