Saturday, October 24, 2009

EPL : Liverpool Vs Manutd...

Manchester United berdepan Liverpool sekali lagi dalam perlawanan yang disifatkan amat penting dalam menentukan peluang pasukan dari Merseyside itu untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL). Liverpool ketika ini dikritik hebat selepas mengalami empat kekalahan berturut-turut dalam dua pertandingan, EPL dan Liga Juara-Juara Eropah - kali pertama mereka menerima keputusan seperti itu sejak 1987.Sejarah membuktikan empat jurulatih terdahulu Liverpool - Gerard Houllier, Roy Evans, Graeme Souness dan Kenny Dalglish - berdepan risiko dipecat setiap kali mereka berdepan United. Kelab dari Old Trafford itu kini mendahului carta EPL dengan perbezaan satu mata di depan Chelsea manakala Liverpool di tangga kelapan, tujuh mata di belakang pasukan pendahulu itu.Masa depan Benitez di Liverpool jadi persoalan jika Liverpool tumpas di tangan United - bermakna kekalahan kali kelima berturut-turut selepas kecundang di tangan Fiorentina (0-2), Chelsea (0-2), Sunderland (0-1) dan Olympique Lyon (1-2).Pengendali berbangsa Sepanyol itu bergelut dengan persembahan merudum kerana masalah kecederaan dialami dua pemain tonggaknya, ketua pasukan Steven Gerrard dan penyerang utama, Fernando Torres.Namun, beliau dikritik hebat kerana gagal mengadun pasukannya dengan berkesan tanpa perlu terlalu bergantung kepada Gerrard dan Torres.


REKOD PERTEMUAN LIVERPOOL-UNITED DALAM EPL
14 Mac 2009 : Manchester United vs Liverpool: 1-4
13 Sept 2008 : Liverpool vs Manchester United: 2-1
23 Mac 2008 : Manchester United vs Liverpool: 3-0
16 Dis 2007 : Liverpool vs Manchester United: 0-1
3 Mac 2007 : Liverpool vs Manchester United: 0-1
22 Okt 2006 : Manchester United vs Liverpool: 2-0
22 Jan 2006 : Manchester United vs Liverpool: 1-0
18 Sept 2005 : Liverpool vs Manchester United: 0-0



1 comment: