Sunday, May 3, 2009

MUtd Makin Hampiri Kejuaraan....


Mutd semakin menghampiri kejuaraan Liga Perdana England selepas menewaskan Middlesbrough 2-0 di tempat lawan.

Jaringan Ryan Giggs dan Park Ji-Sung cukup untuk mengukuhkan kedudukan United selaku pendahulu dengan memiliki kelebihan enam mata mengatasi Liverpool di tangga kedua liga.

Dengan tinggal baki empat perlawanan sahaja lagi, Mutd dijangka boleh mengesahkan kejuaraan liga lebih awal jika dapat mengekalkan rentak kemenangan seperti itu.

Malah kemenangan United semalam terus memberi tekanan kepada Liverpool yang turut menewaskan Newcastle 3-0 di tempat sendiri.

0 comments:

Post a Comment