DALAM usaha melahirkan atlit bertaraf dunia serta generasi yang berdaya saing, Kementerian Pelajaran Malaysia akan mewajibkan setiap pelajar sekolah mengambil bahagian dalam satu bidang sukan. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sejajar dengan itu sebuah Jawatankuasa Pembangunan Sukan Sekolah akan dibentuk selain penubuhan sebuah Institut Perguruan Sukan bagi memastikan program pembangunan yang bersepadu. Menurut beliau lagi, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan program pembangunan sukan di peringkat sekolah secara komprehensif dengan memperkasakan pengurusan dan pembangunan meliputi aspek melahirkan jurulatih.
Beliau menambah bahawa 'program satu sukan untuk setiap pelajar' tidak dilihat sebagai membebankan pelajar dan jawatankuasa yang baru dibentuk kelak, akan memastikan ia tidak mengganggu tumpuan pelajar. Dengan itu, Kementerian akan menyusun kurikulum bagi memastikan hasrat kita melahirkan generasi bertaraf dunia, tidak akan membebankan pelajar terutama dalam mengimbangi aspek akademik dan sukan.
BAGI SAYA, CADANGAN INI AMAT BAIK SEKALI bukan sahaja untuk melahirkan atlit bertaraf antarabangsa tetapi juga untuk melahirkan generasi yang berbudaya sukan dalam kehidupan seharian. Dengan kata lain, sukan untuk semua dapat direalisasikan sejak dari awal lagi jika cadangan ini benar-benar dibuat oleh kerajaan. SUKAN ADALAH PELABURAN UNTUK KESIHATAN KITA!!!
Tuesday, May 26, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ok....try2 ja komen
ReplyDelete