Monday, May 11, 2009


Memang sukar untuk memintas Manchester United..!!
Kemenangan demi kemenangan diraih dan terbaru, mereka memusnahkan Manchester City 2-0.Itu petanda bahawa kedudukan mereka tidak akan digugat oleh sesiapa kecuali ada berlaku keajaiban daripada lawan mereka selepas ini.Selain kemenangan bergaya dilakar oleh United semalam, turut mencuri tumpuan ialah Carlos Tevez yang sudah membuat keputusan nekad untuk meninggalkan Old Trafford.

Pada ketika seleranya seakan-akan sudah hilang untuk terus menabur bakti dengan United, pemain dari Argentina itu tampil dengan aksi luar biasa ketika mereka menewaskan jiran, Manchester City 2-0 pada perlawanan semalam yang terus mengukuhkan kedudukan United untuk menjulang gelaran liga dengan kelebihan tiga mata di hadapan pencabar terdekat mereka, Liverpool.

Semalam, Tevez membuktikan bahawa dia bukan berstatus pemain simpanan apabila meledak gol kedua United selepas Cristiano Ronaldo membuka jaringan di awal permainan. Kejayaan itu menyaksikan finalis Liga Juara-Juara itu hanya memerlukan empat mata daripada baki tiga perlawanan untuk dimahkotakan kejuaraan Liga Perdana England buat kali ke-18.

0 comments:

Post a Comment