Thursday, May 21, 2009

Guru SMKN Vs Pelajar..


(Gambar Ehsan drp Androw C.S.)

Sempena Hari Guru 2009 peringkat sekolah, satu perlawanan bola sepak di antara guru-guru SMKN dengan pelajar (pemain sekolah) telah diadakan pada 21 Mei 2009 di padang SMKN. Pasukan guru yang purata umurnya lebih kurang 32 tahun telah berjaya mengalahkan pasukan pelajar dengan keputusan 2-0. Tahniah kepada team guru!
Saya yang turut beraksi masih lagi terkial-kial dan sukar menyesuaikan diri sebab tidak mempunyai stamina dan skil yang sudah berkarat! Sebenarnya, perlawanan ini adalah aksi kedua saya dalam permainan bola sepak tahun ini!!! Harap-harap dalam 1-2 minggu ini stamina akan bertambah baik..

0 comments:

Post a Comment