Monday, April 27, 2009

Rekreasi Minda: Asal-usul Sesetengah Perkataan Dusun..

Bagi orang-orang tua kita dahulu, perkataan-perkataan seperti meeting (mesyuarat), form (borang), ‘tupis’(pejabat), ‘soujer’ (askar), ‘pilikison’(permohonan) dan lain-lain perkataan sudah menjadi kebiasaan bagi mereka dan tidak mengerti jikalau disebut dalam Bahasa Melayu. Kemungkinan besar perkara itu berlaku kerana mereka banyak didedahkan dengan bahasa orang putih semasa zaman pra-merdeka. Itulah untungnya orang tua-tua kita, walaupun tidak tahu menulis dan membaca (bukan semua) tetapi mereka mudah mengadaptasi dan menggunakan perkataan-perkataan asing dalam kehidupan seharian mereka. Satu sebab lagi kenapa bahasa orang putih ini mudah diterima oleh orang tua-tua kita dahulu ialah kerana masih belum ada istilah dalam bahasa Dusun bagi perkataan-perkataan baru ini. Oleh sebab itulah, bahasa Inggeris tersebut telah didusunkan.

Perkara yang ingin saya kongsikan di sini ialah perkataan yang sudah menjadi kebiasaan dan digunakan pada masa-masa tertentu oleh masyarakat orang Dusun. Perkataan tersebut ialah ‘palis-palis’. Kita ikuti cerita di bawah bagaimana perkataan ini boleh wujud dalam masyarakat Dusun…..

“ Tersebutlah kisah pada awal zaman pendudukan Jepun (Gipun) di Borneo Utara. Pada masa itu tentera British/Australia masih lagi cuba melawan tentera Gipun ini. Walau bagaimanapun mereka tidak berupaya kerana semangat NIPPON tentera Gipun yang sangatlah tinggi..Maka, di sebuah perkampungan orang Dusun, seorang tentera Australia telah ditangkap oleh tentera Gipun..Apa lagi,. Kalau Gipun mestilah hukumannya ‘potong kepala’ dengan Pedang Semurai..Tentera Australia tersebut telah diikat tangannya ke belakang sambil diarahkan sujud menyembah bumi.. Dengan suara yang terketar-ketar, askar Australia tersebut menangis dan merayu sambil berkata “please, please,..please…berkali-kali…Entah mengapa, askar Gipun yang ditugaskan untuk memancung kepalanya berasa kasihan lalu membebaskannya ke hutan.. Orang-orang Dusun yang menyaksikan kejadian itu berasa sungguh hairan kerana askar Australia itu dibebaskan begitu sahaja hanya kerana menyebut perkataan “please..please” berkali-kali..Mulai dari kejadian itu, orang Dusun di perkampungan tersebut mula menggunakan perkataan “please..please..” apabila mahu menjauhkan sesuatu musibah daripada berlaku..Sesuai dengan sebutan orang Dusun,..perkataan “please..please..” itu telah berubah menjadi “palis-palis”… Perkataan ini masih digunakan dan disebut sehingga ke hari ini apabila kita mahu menolak jauh-jauh sesuatu musibah daripada berlaku ke atas kita.. ”

Amacam boleh diterimakah cerita rekaan saya semata-mata ini…? Tapi kalau kita renung-renung macam ada juga kemungkinan kan…

The Mimno2...

5 comments:

  1. Hеy just wantеԁ to give yοu a
    briеf heads uρ аnd let yοu know а fеw of the pіctures aгen't loading correctly. I'm not sure ωhy but I thinκ itѕ a linking
    issue. I've tried it in two different browsers and both show the same results.

    Visit my site ways to save at disney

    ReplyDelete
  2. When sоme one seаrchеѕ for his vіtal thing, thus he/she neеdѕ
    to be avаіlable that in ԁetail, thus that thing іѕ mаintaіned over here.


    my ωeb-sitе ... remedy herpes
    Also see my web site > genital herpes treatment

    ReplyDelete
  3. Ι was wondеring if уοu ever cоnѕiԁеrеd changіng the structure of your site?

    Ιts verу wеll written; I love what yοuve
    got to ѕay. But maybe you could а littlе
    more in the way of cοntеnt sο рeoplе could сonnесt with
    it bettег. Youve gοt an awful lοt of
    text for only having оne or two ріctures.
    Maybе you could space it out better?

    My weblog: motorized scooters for adults

    ReplyDelete
  4. Outstanԁing poѕt but I was ωanting to κnоω
    іf уou could ωrіtе a litte morе on thiѕ
    toрiс? I'd be very thankful if you could elaborate a little bit more. Appreciate it!

    My web page ... how to get bigger boobs naturally

    ReplyDelete
  5. Thanks foг thе marѵelous posting!

    І really еnjoyеd reading it,
    уou're a great author.I will make sure to bookmark your blog and will come back in the foreseeable future. I want to encourage you continue your great writing, have a nice day!

    my web site: increase small boobs

    ReplyDelete