Thursday, December 23, 2010

Piala Suzuki: Malaysia BOLEH, Indonesia BISA

Aksi Final pusingan pertama Piala Suzuki 2010 di antara Malaysia dengan Indonesia Ahad ini pasti menarik untuk disaksikan terutama sekali selepas menonton, membaca dan menilai sendiri perang psikologi melalui media massa. Apa pun, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, yang pasti diambil kesempatan oleh kedua-dua jurulatih untuk dijana oleh pemain masing-masing. Bagi saya, kelebihan dari segi taktikal dan corak permainan yang kemas lebih kepada pasukan Indonesia walaupun mereka tidak mampu mengekalkannya ketika bertemu Filipina. Walau bagaimanapun, jika anak-anak buah Rajagopal, mampu mempamerkan permainan ketika menewaskan dan seri dengan Vietnam pada separuh akhir, tidak mustahil Malaysia dapat mengalahkan Indonesia. Malaysia BOLEH, Tapi Indonesia cakap Indonesia BISA!!!! Kalau ikut slogan ini, macam Malaysia yang kalah pula..sebab perkataan 'bisa' tu yang mahal..

Ramalan keputusan Ahad ini 2-0...

Wednesday, December 22, 2010

Menang 7 Kali: Jangan Undi Saya Lagi...

Penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov memberitahu wartawan supaya tidak lagi mengundinya selepas dia diumum pemain Bola Sepak Terbaik Bulgaria untuk kali ketujuh. Pemain yang mendahului senarai penjaring terbanyak untuk Bulgaria dengan 48 gol itu, mengumumkan persaraannya Mei lalu dengan alasan sudah tidak berada pada prestasi terbaik selain komitmen bersama keluarga tetapi dia dilihat menyerlah bersama United. Bulan lalu, dia muncul pemain keempat yang mampu menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris iaitu ketika membantu pasukannya membenam Blackburn Rovers 7-1. Berbatov berharap dia dapat menamatkan kariernya di United.

*** Kalau adalah pemain bola sepak atau atlet negara kita yang merayu seperti ini, alangkah bagusnya. Tapi kenyataan Berbatov itu juga menunjukkan dia adalah pemain yang paling menonjol daripada pemain/atlet yang lebih handal yang lain di negara itu.

Thursday, October 21, 2010

Selamat Tinggal Rooney ?...

Masa depan Rooney di Old Trafford hampir pasti berakhir pada Januari depan setelah pengurus United, Alex Ferguson mengesahkan bahawa penyerang England itu mahu meninggalkan kelab tersebut. Manchester City dikatakan bersedia menawarkan Rooney gaji sekitar £250,000 (RM1.2 juta) seminggu tetapi United lebih cenderung melihat pemain England itu berhijrah ke luar negara atau menyertai Chelsea. Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola turut mengesahkan bahawa dia cukup mengidamkan pemain seperti Rooney. Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti turut mengalu-alukan kehadiran Rooney ke kelab London itu andai ayam tambatan United itu berminat menyertai mereka. Nilai Rooney kini telah pun merudum kerana dia hanya memiliki baki kontrak sehingga Jun 2012 bersama United. Barcelona dijangka akan meletakkan tawaran sekitar £25 juta (RM122.5 juta) untuk mendapatkan Rooney tatkala City pastinya mampu meletakkan tawaran yang lebih tinggi.

Keputusan pemain 'degil' seperti Rooney untuk meninggalkan MU bukanlah satu berita yang menggembirakan kepada para peminat MU. Walau bagaimanapun, apabila seseorang pemain tidak mempunyai nilai kesetiaan kepada kelab dan membiarkan dirinya dibuai kemewahan dan merasakan dirinya begitu hebat, kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Sejarah kehebatan MU bukan berdasarkan kepada kehebatan individu semata-mata tetapi lebih kepada semangat berpasukan dan kehebatan pengurusnya. Dengan itu, saya sangat bersetuju dengan kata-kata Ferguson ini., "MU pasti akan melahirkan lebih ramai bintang berdisiplin selepas ini berbanding seorang pemain yang mempunyai ego yang tinggi" ...



Tuesday, October 5, 2010

Tentang Rokok Lagi...

Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober lalu. Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan, demikian menurut satu kenyataan daripada Kementerian Kewangan di sini semalam. Kenyataan itu mengesahkan laporan sebelum ini tentang kenaikan cukai itu. Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang. Kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia. Melalui komitmen itu, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutama di kalangan remaja.

Friday, October 1, 2010

SOS PUNCA PENYAKIT KRONIK


Memasak tanpa menggunakan sos perasa untuk menyedapkan masakan seolah-olah tidak lengkap bagi manusia zaman ini. Sos tiram, kicap manis atau masin, sos tomato dan sos cili, misalnya, bukan sahaja menambah perasa tetapi juga membangkitkan selera penggemarnya. Namun begitu, percaya atau tidak penggunaan penambah rasa seperti sos ke dalam masakan harian didakwa menjadi punca kepada 146 penyakit kronik. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa, kandungan gula yang terlalu tinggi di dalam kandungan setiap botol sos itu bertindak sebagai 'pembunuh senyap'. Kajian CAP pada tahun lalu mendapati sebotol sos cili dan tomato daripada pelbagai jenama mengandungi sebanyak 25.9 sudu teh hingga 37.1 sudu teh gula. Pegawai Pendidikan Pengguna CAP, N.V. Subbarow berkata, penggunaan tanpa kawalan bahan-bahan itu dengan mudah boleh menyebabkan penyakit diabetes, obesiti dan mempercepatkan proses penuaan.

(Sumber: Kosmo)



Sunday, September 19, 2010

BPL: Kemenangan Tipis MU




Dimitar Berbatov meraikan gol hatrik pertama dalam tempoh 64 tahun untuk Manchester United terhadap musuh tradisi Liverpool...MU menang 3-2 dalam aksi yg sangat mendebarkan.

Monday, September 13, 2010

Penjaga Gol Yang SANGAT Lalai...



Tendangan penalti untuk penentuan ke suku akhir di antara Maghreb Fez dan FAR Rabat dalam Morocco's Coupe du Trone. Semasa tendangan ini diambil kedudukan terikat 6-6, dan jikalau keeper yang cuai ini tidak lalai, pasukan FAR Rabat akan masuk ke suku akhir...

Friday, September 3, 2010

Kebenaran Khas Kepada Guru-Guru Dan Murid-Murid Yang Melaksanakan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) Memakai Pakaian Rasmi Sukan ...

Dalam usaha kerajaan memperkasakan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJK) di sekolah, Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran telah memutuskan bahawa satu Surat Siaran tentang pakaian sukan dikeluarkan. Sehubungan dengan itu, semua guru dan pelajar di sekolah rendah dan menengah yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai seperti berikut:Italic
Guru : Memakai T-Shirt berkolar, seluar sukan (Track-Bottom) serta memakai kasut sukan
dan stokin putih.
Pelajar : Memakai T-Shirt berkolar atau tidak berkolar, seluar sukan (Track-Bottom) serta
memakai kasut sukan dan stokin putih.

Lanjutan daripada perkara tersebut, KPM juga telah bersetuju memberi kelonggaran kepada guru-guru termasuk juga pelajar yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.


S&RH : Berita baik kerana:
1. Pelajar tidak perlu susah2 menyalin baju terutama pelajar perempuan.
2. Menjimatkan masa guru dan pelajar sebelum dan selepas P&P.

Kontrasnya pula: 1. Tidak semua pelajar suka memakai baju sukan.
2. Bagi sekolah yang belum ada baju T-Shirt untuk PJK,
pemandangan di kelas akan berwarna-warni.
3. Pihak pentadbiran sekolah, kadang-kadang 'kurang'
bersetuju dengan pelaksanaannya.

Kesimpulannya, Surat Siaran ini patut dan wajib dilaksanakan...

Friday, August 13, 2010

Ranking Bola Sepak Negara Yang KO..

SKUAD bola sepak kebangsaan kini berada di ranking ke-139 dunia dalam senarai terbaru yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA). Di peringkat Asia, Malaysia kini menduduki tangga ke-25 tetapi di kalangan negara-negara Asia Tenggara pula, Malaysia masih berada di ranking kelima di belakang Thailand (ke-104 dunia), Singapura (ke-120 dunia), Vietnam (ke-127 dunia) dan Indonesia (ke-135 dunia). Jumlah perlawanan kelas A yang terlibat mempengaruhi kedudukan pada ranking tersebut. Tahun ini baru dua perlawanan dilalui selepas lapan bulan berlalu. Dua aksi tersebut ialah bertemu UAE (tewas 0-1) di Dubai pada 6 Januari dan bertemu Yemen (menang 1-0) di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 27 Februari lalu. Andai Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dapat mengatur aksi-aksi persahabatan kelas A berdepan pasukan yang lebih tinggi ranking seperti India, Indonesia, Hong Kong, Vietnam dan Singapura, pasti kedudukan Malaysia akan lebih baik selepas ini. Saingan Sukan Asia 2010 November depan tidak dikira untuk pungutan mata ranking FIFA. Sementara itu, kedudukan 10 pasukan teratas dalam senarai ranking terbaru FIFA semalam langsung tidak berubah dengan juara Piala Dunia 2010, Sepanyol masih menduduki tangga teratas. diikuti Belanda, Brazil, Jerman, Argentina, Uruguay, England, Portugal, Mesir dan Chile.

S&RH: Barisan kepimpinan 'kitar semula' FAM perlu mengambil langkah-langkah konkrit, proaktif dan dinamik dalam memperbaiki kedudukan Malaysia dalam ranking bola sepak. Kita tidak boleh lagi bersandar kepada 'kenangan manis' kekuatan bola sepak negara kita yang dahulu.!! Sesuatu perlu dilakukan,. perlu diubah dalam sukan bola sepak di negara kita. Persoalannya bagaimana? ...Satu cadangan yang paling dinamik ialah menswastakan pengurusan sukan ini secara keseluruhannya... tapi bagaimana????

Tuesday, August 10, 2010

Undang-undang Rokok Lagi %@#$%^***!

Semua peniaga rokok sama ada di restoran besar atau gerai jalanan akan diwajibkan mempunyai lesen daripada Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) mulai 1 September ini. Selain penjual rokok, mereka yang terlibat memproses, mengilang dan mengimport tembakau serta kenaf juga perlu memiliki lesen berkenaan mulai tarikh tersebut.Lesen itu dikeluarkan bertujuan mengawal selia dan menyelaras semua aktiviti berkaitan industri tembakau serta membanteras penjualan rokok seludup yang berleluasa selama ini. Kegagalan mematuhi peraturan di bawah Seksyen 39(1) Akta LKTN boleh menyebabkan pesalah dikenakan denda sehingga RM250,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

S&RH: Undang-undang saja tidak memadai jika tiada penguatkuasaan. Ramai penjual masih lagi secara terang-terangan menjual rokok kepada para pelajar sekolah, rokok dijual secara 'batang-batang', rokok seludup masih berleluasa, zon larangan merokok tidak diendahkan dan banyak lagi... Pihak yang terbabit perlu bertindak PROAKTIF dalam menangani masalah ini !!!

Thursday, August 5, 2010

Ubat 'Kuat' Mengandungi Racun..

Kementerian Kesihatan mengesan lebih 50 produk makanan dan minuman kesihatan tambahan serta ubat-ubatan tradisional mengandungi racun berjadual, termasuk bahan aktif perangsang seks yang turut menggunakan selebriti terkenal untuk mempromosikan produk berkenaan. Bahan aktif perangsang seks seperti sildenafil, tadalafil dan verdanafil yang digunakan untuk rawatan ‘erectile dysfunction’ (mati pucuk) hanya boleh diberikan kepada pesakit oleh seorang doktor atau ahli farmasi berlesen. Ubat yang tidak berdaftar dengan kementerian ini selalunya dicampur dengan racun berjadual yang boleh memberi kesan berbahaya termasuk serangan jantung, strok, pendarahan otak dan kehilangan daya penglihatan dan pendengaran. Terdapat pengilang bertaraf Amalan Pengilangan Baik (GMP) terbabit sama melakukan jenayah farmaseutikal melalui pembabitan kilang mereka atau bersekongkol dengan kilang yang diwujudkan secara haram mengeluarkan bahan makanan kesihatan atau kosmetik tidak berdaftar.

Ubat kuat ini sebenarnya untuk 'mereka' yang tidak 'kuat' lagi..Bagi yang masih OK tidak perlulah meminum atau memakan produk yang sebenarnya tidak perlu.. Apabila sistem fisiologi badan kita beradaptasi dengan bahan-bahan ini, rosaklah sistem sedia ada kita...Yang merananya kita juga sendiri...

Monday, July 12, 2010

FIFA World Cup : Spain Cipta Sejarah...


Sepanyol mencipta lembaran baru dalam dunia bola sepak dunia apabila muncul JUARA Dunia bagi FIFA World Cup 2010. Kejayaan Sepanyol ini menambahkan lagi negara yang pernah menjuarai kejohanan bola sepak terulung itu kepada 8 buah negara. Tahniah kepada pasukan ini...

Friday, July 9, 2010

FIFA World Cup : Final Belanda Vs Sepanyol

Agak lama tidak 'update' blog sejak kekalahan teruk Argentina kepada Jerman. Sebagai penyokong, apapun keputusan sama ada kalah teruk atau menang terpaksa juga menerima hakikat bahawa hanya pasukan kuat sahaja akan maju ke depan. Pasukan-pasukan pilihan ramai seperti Brazil, Argentina, England, Itali dan Perancis bolehlah dianggap sebagai pasukan 'favorite' tetapi 'kurang' menyengat dari segi percaturan taktikal dan psikologi. Pasukan yang paling konsisten dalam setiap kali Piala Dunia ialah Jerman, yang berjaya mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Sepanyol. Walaupun ramai meramal Jerman mara ke final tetapi 'kegugupan' dan 'terlampau hormat' kepada Sepanyol sebagai juara Eropah memakan diri mereka sendiri.
Penentuan juara di antara Sepanyol dengan Belanda agak sukar diramal. Ini kerana kedua-dua pasukan ini memburu kejuaraan negara mereka untuk julung kalinya. Para pemain pula akan diangkat sebagai wira dan lagenda bola sepak negara masing-masing jika mereka berjaya menjuarai Piala Dunia 2010. Bagi saya sedikit kelebihan berpihak kepada Sepanyol kerana pasukan ini mempunyai 'full of Messi'... Belanda pula tidak boleh dipandang ringan kerana pasukan ini berjaya menendang keluar Brazil... Jangkaan: Spain 2- 1 Belanda

Friday, July 2, 2010

FIFA World Cup : Brazil OUT ...



Belanda mengaibkan Brazil apabila 'menendang' keluar pasukan pilihan ramai itu pada peringkat suku akhir. Walaupun Belanda seolah-olah tidak dapat menyaingi samba Brazil pada minit-minit awal permainan sehingga Robinho dengan mudah menyumbat masuk pada minit ke-9, Belanda dapat menyerap tekanan dan mempamerkan 'set-pieces' yang membuahkan gol penyamaan pada minit ke-53. Gol kemenangan Belanda pada minit ke-68 memperlihatkan kelicikan Sneijder mencari ruang untuk menumbangkan Brazil.
Bagi saya, kunci utama kemenangan Belanda ialah 'kehebatan' Arjen Robben mempamerkan gaya permainan bersahaja di samping beberapa 'lakonan' menarik yang menyebabkan kekalahan psikologi pemain Brazil. Akibat mental yang lemah, Felipe Melo dibuang padang pada minit ke-72 kerana sengaja memijak Arjen Robben. Bertitik tolak daripada itulah Brazil mula kehilangan arah dan penyebab utama kekalahan Brazil..
Kekalahan Brazil ini tidak dijangka sama sekali kerana majoriti menjangkakan pasukan ini sekurang-kurangnya masuk ke final... Apa pun, Brazil 'kuat' sikit berbanding Perancis, Itali dan England yang terlebih dulu ditendang keluar...
Bagi peminat Brazil di seluruh dunia, pastinya Piala Dunia 2010 ini tidak bermakna lagi bagi mereka. Kepada penyokong Brazil, marilah kita bersama-sama menyokong ARGENTINA...

Sunday, June 27, 2010

FIFA World Cup : England Ooooo England...

Dengan Keputusan kalah 4-1 kepada Jerman, England ditendang keluar daripada Piala Dunia 2010 dengan satu kekalahan yang besar. Dengan terkeluarnya England. maka berakhirlah pelbagai spekulasi tentang kehebatan skuad yang dikatakan 'cemerlang' ini... Maka benarlah England hanya 'hebat di atas kertas sahaja' !!! Sebagai salah seorang yang mengharapkan kemaraan England dalam Piala Dunia ini, ternyata sekali persembahan England dari taktikal mudah dibaca dan dipatahkan oleh pemain Jerman. Walaupun kita akui jika jaringan Frank Lampard dikesan oleh pengadil, gol itu adalah 'turning point' yang sangat penting untuk England memenangi perlawanan itu. Dari satu segi, mungkin sudah sampai masanya sukan bola sepak menggunakan kecanggihan teknologi dalam sesetengah perkara penting ketika perlawanan berlangsung... Apapun, tahniah kepada Jerman!!!

Thursday, June 24, 2010

FIFA WORLD CUP: 2 Finalis 2006 Tersingkir...


Dua gergasi bola sepak Eropah yang merupakan finalis Piala Dunia 2006 tersungkur pada peringkat kumpulan. Perancis dan Itali 'dihantar' pulang oleh pasukan yang kurang ternama dalam kumpulan masing-masing. Yang paling 'memalukan' kedua-dua pasukan ini menamatkan saingan pada peringkat kumpulan di tangga yang tercorot! Ramalan awal saya bahawa Itali mampu mara ke pusingan kedua ternyata meleset... Ternyata sekali bahawa Pasukan Itali pada Piala Dunia 2010 'menyajikan' persembahan terburuk mereka sepanjang sejarah penyertaan pasukan ini dalam Piala Dunia. Walaupun pada hakikatnya, Itali berupaya menunjukkan permainan yang berkualiti, tetapi faktor penjaga gol yang masih 'mentah' dalam penampilan antarabangsa menyebabkan Itali kecundang... Perancis? Pasukan ini hanya menghantar 'aib' sahaja pada Piala Dunia kali ini. Perancis bukan sahaja kalah kepada pasukan bukan pilihan tetapi mempersembahkan beberapa 'aksi' menarik para pemain dan jurulatihnya...Sememangnya Perancis layak dihantar pulang lebih awal!
Apapun, TAHNIAH kepada pasukan ARGENTINA dan ENGLAND yang berjaya ke pusingan kedua!!!

Sunday, June 20, 2010

Sedikit Coretan Tentang FIFA World Cup ...

Selepas berakhir perlawanan pertama dan permulaan perlawanan kedua dalam kumpulan masing-masing, negara-negara yang dianggap 'kuasa' bola sepak seperti Perancis, Jerman, England, dan Itali terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk menentukan hidup atau mati mereka dalam Piala Dunia 2010 ini. Sepanyol yang dikatakan pilihan menjuarai kejohanan pada edisi kali ini juga bermula dengan aksi yang kurang memberangsangkan apabila tewas 1-0 kepada Switzerland. England pula boleh dikatakan selalunya 'menang di atas kertas' sahaja apabila aksi para pemainnya begitu hambar ketika menentang pasukan kurang ternama Algeria. Seperti yang saya yakini sebelum ini, England belum menepati ciri-ciri pasukan yang muncul sebagai juara, kecuali ada perubahan taktikal dan ada kekuatan psikologi di kalangan pemainnya. Walau bagaimanapun, saya tetap berharap pasukan England mara sejauh mungkin dalam pertandingan ini...
Bagi Perancis pula, memang saya sudah jangka dari awal pasukan ini kurang menyerlah dari segi 'performance' semenjak dari kelayakan Piala Dunia lagi apabila pasukan ini hanya layak ke Afrika Selatan gara-gara tangan 'buyuk' Thiery Henry ketika menewaskan Ireland. Perancis saya jangka tidak mampu ke pusingan kedua apatah lagi pemain dan jurulatih dalam krisis 'panas' gara-gara penyingkiran Anelka oleh jurulatih Perancis, Raymond Domenech.
Jerman pula, saya jangka pasukan ini tetap mara ke pusingan kedua walaupun tewas 1-0 kepada Serbia. Masalah yang agak ketara kepada pasukan Jerman ialah peluang yang terhidang tidak dapat diterjemahkan kepada gol oleh penyerangnya. Itali yang terpaksa berkongsi mata dengan New Zealand, jikalau kualiti yang mereka tunjukkan ketika menentang New Zealand dan Paraguay, pasukan ini tidak mampu pergi jauh. Mungkin juga Juara Dunia 2006 ini tidak mampu mara ke pusingan kedua jika seri atau kalah kepada Slovakia.
2 pasukan yang konsisiten setakat ini ialah Argentina dan Belanda. Kedua-dua pasukan ini pasti mengisi slot suku akhir... Bagi Brazil pula, pasukan ini pasti mudah mengatasi ranjau dalam kumpulannya walaupun Portugal boleh dikatakan pasukan yang akan memberi sedikit halangan kepada Brazil.. Portugal? Seperti kata Christiano Ronaldo ketika seri dengan Ivory Coast, seri bukannya satu keputusan yang teruk. Tapi kalau seri saja memanjang seperti England dan Itali pasti mengundang padah kepada pasukan Portugal juga..
Sebagai penutup GOOOOOO ARGENTINA!!!!!

P/s Pagi ni mau sokong Ivory Coast Vs Brazil pula...

Thursday, June 10, 2010

'Demam' Piala Dunia Bermula..


Selama sebulan dari 11 Jun hingga 12 Julai, peminat dan bukan peminat bola sepak pastinya 'demam' dalam tempoh ini. Demam Piala Dunia di negara kita dihangatkan lagi dengan isu kelulusan pertaruhan bola sepak oleh kerajaan yang sehingga kini masih lagi tergantung keputusan sebenarnya. Apapun, FIFA World Cup adalah satu acara sukan sejagat yang mampu menyatukan seluruh umat manusia tanpa mengira status politik, taraf sosial, agama dan bangsa. Boleh dikatakan bola sepak Piala Dunia mengatasi prestij Sukan Olimpik dari segi kemeriahan dan keunggulannya.
Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding. Biasanya pasukan-pasukan pilihan ramai ialah negara yang pernah atau beberapa kali memenangi piala ini seperti Brazil, Argentina , Itali, Perancis, dan Jerman. Pasukan yang sentiasa saya sokong sejak dulu ialah Argentina dan England... dan sudah pastinya Piala Dunia kali ini pun dua pasukan ini akan disokong walaupun terpaksa memilih yang mana satu pasukan kegemaran sebenar apabila bertembung sesama sendiri..Walaupun saya melihat pasukan England pada kali ini yang terbaik, dengan prestasi terbaik Wayne Rooney, tetapi jauh di sudut hati saya mengatakan pasukan ini belum berkemampuan untuk muncul sebagai juara, walaupun ada potensi ke arah menjadi juara. FIFA World Cup 2010 kali ini, saya menjangkakan ada 4 calon juara iaitu Sepanyol, Brazil, Itali dan Argentina... GO ARGENTINA...GO ENGLAND!!

P/s Saya sokong setiap pasukan yang menjadi lawan Brazil!!!

Monday, May 10, 2010

Chelsea Akhirnya Muncul Juara EPL

Chelsea meraih juara Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melengkapkan perlawanan terakhir musim ini dengan kemenangan bergaya mengalahkan Wigan Athletic 8-0 di Stamford Bridge. Didier Drogba pula menjaringkan hatrik, sekail gus menjadi penjaring terbanyak liga dengan 29 gol. Dengan kemenangan itu, Chelsea berjaya menyekat Manutd untuk mencatat rekod kemenangan kejuaraan liga untuk kali ke-19. Apa pun tahniah kepada pasukan Chelsea dan para penyokongnya!!!
Apapun Manutd pasti menggegar pada musim depan.!!! Alex Ferguson patut membeli 1-2 pemain bintang terutama sekali di bahagian serangan supaya tidak terlalu bergantung kepada Wayne Rooney... Jumpa lagi pada musim hadapan...!!!

Thursday, April 22, 2010

Sejarah Jenama ADIDAS (Part 1)

Sebut sahaja ADIDAS, semua orang tahu perkataan ini. Perkataan ini adalah satu jenama sukan yang sudah terkenal di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, tidak semua orang tahu asal-usul atau sejarah jenama ini. Sejarah jenama ADIDAS bermula di pekan Herzogenaurach, dekat Nuremberg, Jerman. Pekan tersebut telah memberi kesan yang besar kepada sejarah kasut latihan sukan. Pada tahun 1948, pekan Herzogenaurach telah melancarkan secara rasmi kasut latihan sukan jenama adidas.
Bagaimana pula nama ADIDAS itu timbul? Seorang tukang kasut yang bekerja di Herzogenaurach, Adolph Dassler, mengambil keputusan untuk menamakan syarikat barunya. Dengan menggabungkan nama panggilannya ‘Adi’ dengan 3 huruf pertamanya iaitu Dassler, maka lahirlah nama ‘adidas’. Sebelum Adolph Dassler meninggal dunia pada tahun 1978, pada umur 78 tahun, Adi Dassler telah berjaya menghasilkan lebih daripada 700 reka bentuk kasut sukan dan peralatan sukan lain. Di samping itu juga, dia juga telah mendapat anugerah atau pengiktirafan (American Sporting Goods Industry Hall of Fame) bukan rakyat Amerika pertama yang terlibat secara langsung dengan kemajuan sukan di Amerika. Adidas juga telah menjadi syarikat yang terlibat dengan aktiviti lain selain daripada aktiviti sukan dengan cara memberi tajaan. Dengan kata lain, adidas merupakan jenama sukan pertama yang menaja aktiviti bukan berkaitan dengan sukan.
Walau bagaimanapun, sejarah sebenar kewujudan jenama adidas bermula pada 1920. Oleh sebab itulah, apabila bercakap tentang ADIDAS, kita juga perlu melihat sejarah permulaan jenama PUMA. Sejarah bagi kedua-dua syarikat Adidas dan Puma bermula di Herzogenaurach, di mana bapa Adi yang juga seourang tukang kasut, dan adiknya, Rudolph (‘Rudi’) tinggal. Adi dan Rudi amat meminati bidang sukan, tetapi sejarah bermula apabila Adi tidak pernah berpuas hati dengan kasut sukannya. Oleh itu, sebagai anak tukang kasut, dia mula membuat kasut untuk dirinya sendiri. Kasut yang dibuatnya mula mendapat perhatian dan reputasi. Apabila permintaan untuk kasut tersebut bertambah, perniagaan mereka semakin meningkat. Akhirnya, kedua adik beradik tersebut mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat yang didaftarkan sebagai Gebruder Dassler OHG (Dassler Brothers Ltd) pada1 Julai 1924. Kejayaan syarikat mereka berterusan apabila syarikat Dassler bersaudara ini menjadi pembekal kepada kasut sukan kepada pasukan Olimpik Jerman pada tahun 1928 dan 1932. Satu sejarah dilakar pada sukan Olimpik 1936 apabila atlet berkulit hitam Amerika, Jesse Owens memenangi 4 pingat emas dengan memakai kasut sukan Dassler di hadapan Adolph Hitler.
Satu perubahan besar bagi kedua-dua bersaudara itu berlaku pada tahun 1948 apabila kedua mereka mula bertelingkah. Khabar angin mengatakan bahawa punca pertelingkahan mereka berpunca daripada perempuan dan wang. Apa alasan sekalipun, pertelingkahan mereka sukar untuk dipulihkan, menyebabkan mereka membawa haluan masing-masing. Akhirnya, Adolph menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Adidas dan Rudi pula menubuhkan syarikat Puma. Selepas beberapa tahun perbalahan mereka melalui proses undang-undang, syarikat masing-masing menjadi maju dan menembusi pasaran dunia dengan hak ciptanya sendiri... [Bersambung]

Saturday, April 17, 2010

MUTD Masih Boleh Bernafas ...


Paul Scholes menanduk masuk gol kemenangan dramatik MUTD Ke atas Manchester City untuk meneruskan pemburuan kejuaraan liga. Gol penting ini terjelma pada minit ke-93 hasil hantaran silang daripada Patrice Evra. Gol ini juga menyamai gol dramatik oleh Michael Owen ketika MUTD menewaskan ManCity 3- 2 di Old Trafford...
Congrat !!! Para penyokong MUTD pasti mengharapkan Chelsea tercicir mata apabila melawan Spurs...

Thursday, April 8, 2010

Mourinho Cipta Sejarah...

Jose Mourinho mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi jurulatih pertama yang berjaya membawa tiga kelab berlainan ke separuh akhir Liga Juara-Juara. Pada aksi suku akhir kedua Liga Juara-juara Eropah, jurulatih dari Portugal itu membantu juara Itali, Inter Milan menewaskan CSKA Moscow 1-0, sekali gus layak ke separuh akhir dengan agregat 2-0. Jaringan awal pemain tengah Belanda, Wesley Sneijder yang sebelum ini bergelut dengan masalah kecederaan berjaya membawa Inter mara ke separuh akhir pertama dalam tempoh tujuh tahun. Mourinho yang sebelum ini membimbing Porto dan Chelsea ke separuh akhir pernah memenangi trofi Liga Juara-Juara pada tahun 2004 ketika bersama kelab Portugal itu.

Saturday, April 3, 2010

MUTD Kalah Lagi....!!!&%$#@*

Ketika United melalui minggu yang menyedihkan selepas tewas kepada Bayern Munich dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah termasuk kecederaan Rooney, Chelsea pula menambah derita MUTD apabila mengalahkan pasukan ini 2-1 di Old Trafford... Chelsea kini mempunyai 2 kelebihan mata di persada Liga Inggeris mengatasi MUTD di tangga yang kedua. Kemenangan Chelsea diselubungi kontroversi apabila Drogba yg masuk sebagai pemain gantian meledakkan tendangan padu dalam kedudukan off side yg seterusnya menewaskan Van Der Sar... Apapun, masih ada 5 baki perlawanan yang perlu diharungi oleh kedua pasukan ini dalam menentukan kejuaraan EPL yang pasti sengit..

Sunday, March 21, 2010

MUTD Kukuh di Persada EPL

Manchester United menundukkan Liverpool 2-1 menerusi jaringang Wayne Rooney dan Park Ji-sung untuk meletakkan juara bertahan itu kukuh di persada Liga Perdana Inggeris. Manutd mengutip 69 mata daripada 31 perlawanan, mengambil alih kedudukan Arsenal selaku pendahulu liga yang hanya bertahan semalaman yang kembali ke kedudukan kedua dengan 67 mata.Liverpool membuka jaringan menerusi tandukan Fernando Torres yang tidak dikawal hasil umpanan Dirk Kuyt, lima minit selepas sepak mula. Bagaimanapun, United menyamakan kedudukan tujuh minit kemudian selepas Javier Mascherano memberikan sepakan penalti selepas mengasari Antonio Valencia dan walaupun sepakan penaltinya diselamatkan Pepe Reina, namun Rooney berjaya menyepak masuk bola pantulan, untuk jaringan ke-33 beliau musim ini. Jaringan Park memperkukuhkan kemenangan selepas dia menyambar umpanan Darren Fletcher dari sebelah kanan untuk membuat tandukan terjunan selepas minit ke-60.

Friday, March 19, 2010

Undian Perlawanan Liga Juara-Juara Eropah

Berikut adalah undian perlawanan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah:

Lyon (Perancis) lwn Bordeaux (Perancis)

Bayern Munich (Jerman) lwn Manchester United (England)

Inter Milan (Itali) lwn CSKA Moscow (Rusia)

Arsenal (England) lwn Barcelona (Sepanyol)


Perlawanan pertama pada 30/31 Mac dan perlawanan kedua pada 6/7 April.

Pada hemat saya, undian ini agak seimbang dan menarik. Perlawanan yang pasti menarik ialah di antara MUTD dgn Bayern Munich dan Arsenal dengan Barcelona. Mungkin adakah wakil dari England pada kali ini masuk ke peringkat akhir?

P/s Pasukan di'highlight' merah, saya ramal masuk ke separuh akhir...

Thursday, March 18, 2010

Sukan Sekolah Diperkasa 2011??!!@%&*+*

Kementerian Pelajaran memutuskan pelaksanaan beberapa langkah bagi memperkukuhkan pembangunan sukan di sekolah mulai tahun 2011. Langkah-langkah tersebut adalah seperti berikut:
1. Menjadikan kegiatan sukan sebagai satu bahagian khusus yang mempunyai pengarah dan timbalan pengarah yang akan dilantik seramai empat orang, di samping memisahkan bahagian sukan yang sebelum ini dicantum dengan seni dan kokurikulum.
2. Pemarkahan kepada pelajar yang menyertai aktiviti sukan adalah lima peratus berbanding 10 peratus yang diperuntukkan di bawah aktiviti kokurikulum sebelum ini yang tidak memberikan sebarang penekanan terhadap sukan.
3. Dasar 1Murid 1Sukan akan dikuatkuasakan.
4. Penambahan tenaga kerja seperti guru khas untuk melaksanakan pembangunan sukan di sekolah yang akan dibuat secara berperingkat.
5. Peruntukan untuk aktiviti sukan juga akan ditambah bagi setiap pelajar iaitu RM4 bagi pelajar sekolah rendah dan RM6 untuk pelajar sekolah menengah.
6.Sukan diajar dalam jadual waktu persekolahan tanpa menjejaskan waktu pembelajaran akademik dan tidak membabitkan keperluan untuk memanjangkan waktu persekolahan.

Langkah Kementerian Pelajaran ini satu titik permulaan untuk membangunkan sukan pada peringkat akar umbi terutamanya di sekolah. Walau bagaimanapun, langkah ini perlu sokongan dan komitmen penuh daripada pihak pentadbir sekolah, di samping guru-guru yang diberi kepercayaan mengendalikan/mengajar sukan tersebut. Selain itu, kita juga perlu mengambil kira semua aspek yang pelajar perlukan supaya langkah pembangunan sukan tercapai sepenuhnya.

Sunday, February 28, 2010

ManUtd Juara Carling Cup 09/10

Manutd sudah merangkul satu kejuaraan musim 09/10 apabila berjaya mengalahkan Aston Villa 2-1 di Stadium Wembley.. Kehebatan Rooney sebagai 'key player' Manutd terserlah apabila menjaringkan gol kemenenangan melalui tandukan pada minit ke-74.. Walaupun Aston Villa mendahului selepas hanya lima minit apabila James Milner menyempurnakan sepakan penalti, tapi Michael Owen membuktikan dirinya masih lagi salah seorang penyerang prolifik England apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-13.. Tahniah Manutd..!!! Tidak sia-sia la saya bersengkang mata menonton setiap 'match' yg membabitkan pasukan ini...

Saturday, February 20, 2010

Kegemilangan Sukan Sekolah Dikembalikan...?@#$%&*

Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah kerana ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus 2009 anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM). Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan, menggariskan lima unsur penting untuk dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Antaranya, beliau telah mengarahkan Bahagian Seni, Sukan dan Ko-Kurikulum di Kementerian Pelajaran supaya dirombak dan meletakkan sukan berasingan daripada yang lain. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kurikulum berhubung sukan juga perlu dikaji semula bagi menyesuaikan waktu ia dilaksanakan supaya tidak menjejaskan pembangunan akademik pelajar. Selain itu, Muhyiddin berkata guru terlatih dalam bidang sukan juga akan diperbanyakkan serta pembangunan infrastruktur juga akan diberikan perhatian. Beliau berkata, peruntukan Kementerian Pelajaran berjumlah RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah yang diumumkan pada 4 Februari lalu masih belum mencukupi untuk merealisasikan program yang dirancang. Muhyiddin berkata, usaha yang hendak dilaksanakan itu memerlukan masa untuk direalisasikan dan hasilnya tidak dapat dituai dalam masa terdekat.

Friday, February 19, 2010

Rooney Semakin Bisa...


David Beckham menyuarakan rasa yakin betapa Wayne Rooney - 'penyerang panas' ketika ini - boleh mengapikan semangat skuad England untuk mengintai peluang memburu mahkota kejuaraan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jun ini. Rakan sepasukan The Three Lions itu adalah anggota AC Milan yang kecundang 2-3 kepada Manchester United, termasuk dua gol tandukan Rooney dalam saingan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah di San Siro, Selasa lalu.
Ia juga kemenangan pertama United di gelanggang lawan dan difahamkan penyerang itu sudah mula menambat perhatian peminat bola sepak Itali. Rooney, 24, menyumbat 25 gol dalam semua kejohanan musim ini dan Beckham beranggapan prestasi penyerang England itu akan berada pada tahap sama di Afrika Selatan musim panas ini. Becks, 34, turut percaya Rooney kini meniti laluan untuk muncul pemain terbaik dunia. Rooney dikatakan sentiasa bekerja keras dan pandai menjaga diri dan tahap dia bermain di gelanggang adalah sama seperti dalam sesi latihan. Menurut Beckham itu adalah intipati kejayaannya setakat ini.

Sunday, February 7, 2010

Kurangkan Pengambilan Gula...

KENAIKAN harga gula sebanyak 20 sen pada 1 Januari lalu, sememangnya mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak kerana mereka bimbang berlaku peningkatan harga barang utama dan lazimnya disusuli kenaikan harga makanan lain pula. Ia ada kebenarannya dari sudut harga serta kepenggunaan. Hakikatnya ramai lebih peka dan prihatin soal kenaikan harga berbanding ‘barah’ dari sudut kesihatan akibat pengambilan gula berlebihan. Pasti ramai tidak menyedari peningkatan bilangan penyakit diabetes atau kencing manis dan obesiti yang berkait rapat dengan kesan pengambilan gula. Pengambilan gula pada kadar berpatutan yang diperlukan tubuh tidak akan menjejaskan kesihatan. Ia hanya mengundang padah apabila pengambilan secara berlebihan yang menjadi punca masalah diabetes atau kencing manis, kerosakan ginjal, kardiovaskular, obesiti, kemurungan serta kerosakan gigi. Sama seperti karbohidrat, gula ialah punca utama tenaga untuk tubuh. Gula bukan sekadar partikel kecil berkilat tetapi juga boleh diperoleh daripada sumber lain seperti seperti susu (laktosa) dan buah-buahan (fruktosa). Malah semua perkataan yang berakhir dengan ‘ose’ (dalam bahasa Inggeris) adalah gula, misalnya glukose, sucrose (bahan pemanis) dan dextrose (rasa manis dalam madu).


  • Obesiti dan kegemukan

    Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 bilion penduduk dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 bilion pada 2015. Sekurang-kurangnya 20 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun mengalami kegemukan pada 2005. Punca asas obesiti dan kegemukan ialah ketidakseimbangan antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori. Peningkatan global kegemukan dan obesiti ini disebabkan oleh perubahan diet dengan pengambilan lebih banyak makanan yang bergula dan berlemak tetapi rendah vitamin, mineral dan mikronutrisi lain. Selain itu, ia juga disebabkan kurangnya melakukan aktiviti fizikal disebabkan kemajuan sistem pengangkutan awam yang menyebabkan ramai tidak lagi gemar berjalan kaki atau berbasikal yang dapat membakar kalori. Tidak lama dulu, WHO juga melaporkan mengenai kajian di Afrika Selatan pada 2003 yang mendapati pengambilan gula yang tinggi menjadi penyebab utama obesiti dan karies gigi. Kira-kira 20 peratus kalangan dewasa mengalami masalah obesiti, manakala sembilan peratus kanak-kanak turut mengalami masalah sama. Mengikut garis panduan WHO, kegemukan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih 25 dan mereka yang melebihi bacaan 30 dikategorikan sebagai obesiti.

  • Diabetes

    Selain obesiti, pengambilan gula berlebihan ditambah dengan tabiat malas bersenam juga mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab Diabetes Jenis Dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta turut dikaitkan dengan tumor barah. Sekadar perbandingan, pada 1996 seramai 6.5 peratus rakyat Malaysia berusia lebih 30 tahun disahkan menghidap diabetes. Sedekad kemudian, jumlah itu meningkat kepada 9.5 peratus. Lebih menakutkan, pada tahun sama dianggarkan kira-kira 1.5 juta orang yang berusia melebihi 18 tahun disahkan sebagai penghidap diabetes. Malah, dalam tempoh 10 tahun akan datang, kira-kira 25 peratus warga Malaysia bakal menghidap diabetes jika tiada sebarang usaha pencegahan dibuat. Walaupun diabetes dikaitkan dengan faktor genetik tetapi mengubah cara hidup mampu mencegah diabetes. Dari sudut perubatan, diabetes adalah kegagalan tubuh memproses gula dan kegagalan untuk menyingkirkannya dari salur darah. Justeru, kadar gula yang banyak dalam darah meningkatkan risiko sakit jantung dan strok atau angin ahmar, selain menyebabkan ginjal terjejas. Kadar gula yang tinggi juga menjejaskan sistem tubuh hingga menyebabkan buta.

  • Jangkitan kulat

    Setiap satu sudu gula berupaya menekan sistem imun tubuh hingga enam jam lamanya. Gula juga menggalakkan pertumbuhan kulat di luar kawalan dalam sistem pencernaan. Kulat dikenali ‘candida albicans’ boleh merebak ke organ dalaman dan sistem pernafasan. Simptom paling biasa jangkitan kulat ini ialah jangkitan yis, masalah pencernaan atau lelah. Bagi sesetengah orang, gula lebih menggemukkan berbanding lemak. Malah di kalangan kanak-kanak dan remaja, punca kalori yang utama ialah minuman berkarbonat dan jus yang mengandungi kandungan gula tinggi. Gula dalam bentuk cecair lebih banyak menimbulkan masalah kerana kita cenderung untuk mengambilnya dalam jumlah berlebihan. Diet yang dipenuhi dengan pengambilan makanan tinggi kalori akan menyebabkan obesiti dan diabetes. Data 2006 menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti. Secara bersama, obesiti dan diabetes adalah faktor risiko utama masalah jantung.
  • Sumber: BH

    Tuesday, January 26, 2010

    Murray Masuk Semi Final...

    Andy Murray menjadi pemain British pertama mara ke separuh akhir tenis Terbuka Australia dalam tempoh 33 tahun selepas juara bertahan Rafael Nadal menarik diri akibat kecederaan pada perlawanan suku akhir. Murray, pemain pilihan kelima kejohanan, mendahului 6-3, 7-6 (7/2), 3-0 apabila Nadal, pemain nombor dua dunia dari Sepanyol, menarik diri. Murray akan bertemu pemain Croatia, Marin Cilic yang menewaskan Andy Roddick dalam lima set. Terbuka Australia pada tahun ini menyaksikan beberapa perlawanan yang sukar diramal keputusannya... Perseorangan lelaki pada hemat saya, Federer Vs Murray akan beraksi di final !!!

    Sunday, January 24, 2010

    Manutd Kembali Menguasai Liga EPL..

    Manchester United memintas Arsenal untuk mendahului takhta Liga Perdana England selepas kemenangan 4-0 ke atas Hull City. Dengan kemenangan itu, United kini mengumpul 50 mata, dua mata mengatasi Arsenal dan Chelsea yang menghuni tangga kedua dan ketiga liga. Arsenal dan Chelsea tidak beraksi semalam kerana terlibat dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA. Kejayaan United itu dihasilkan oleh Wayne Rooney yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan tersebut dengan menjaringkan empat gol. Malam bergaya Rooney itu bermula pada minit kelapan diikuti tiga lagi jaringan pada minit ke-82, 86 dan 90. Ia hadir tepat pada masanya ketika United sedang mempertimbangkan tawaran kontrak baru kepada Rooney yang turut mendapat perhatian kelab Sepanyol, Real Madrid. Selain kehebatan penyerang skuad kebangsaan England itu, rentak bergaya United turut dibantu dengan kehadiran semula pertahanan kental, Rio Ferdinand dalam kesebelasan utama. Boleh dikatakan, United menguasai perlawanan tersebut tanpa memberi sebarang ruang kepada lawan untuk melancarkan gerakan.

    Thursday, January 21, 2010

    Rekod Baru Lontaran Bola..


    Seorang guru pendidikan jasmani di England, Danny Brooks mencipta rekod dunia apabila berjaya membuat hantaran bola paling jauh dengan balingan sejauh 49.78 meter, lapor sebuah akhbar semalam. Dia yang mengajar di sini membuat teknik balingan terbaru iaitu berlari sambil membuat lompatan ala gimnastik itu di padang rekreasi Midgley, West Yorkshire. Brooks, 28, yang merupakan bekas atlet gimnastik kemudian menghantar rakaman filem dan beberapa keping gambar kepada pihak Guinness World Records. Seorang jurucakap Guinness mengesahkan hantaran yang dilakukan Brooks sekali gus mengatasi rekod terdahulu oleh Michael Lochner dari Amerika Syarikat pada 1998 dengan jarak 48.17 meter. Agensi

    .

    Friday, January 15, 2010

    Liverpool = Manutd=Chelsea

    Musim Liverpool mengalami satu lagi kegagalan apabila disingkir daripada saingan Piala FA oleh pasukan liga Kejuaraan, Reading. Liverpool tewas 2-1 selepas masa tambahan pada perlawanan ulangan pusingan ketiga di Anfield walaupun mendahului 1-0 sehingga minit terakhir apabila Gylfi Sigurdsson menyempurnakan sepakan penalti untuk memaksa perlawanan masa tambahan. Shane Long kemudian menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-100 untuk mengangkat Reading yang kini pada kedudukan keempat di bawah dalam liga Kejuaraan ke pusingan keempat di mana ia akan menemui satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Burnley.
    Kekalahan Liverpool ini menjadikan 3 gergasi utama EPL terkeluar daripada saingan Piala FA iaitu terdahulu Chelsea dan Manutd terkandas lebih awal pada pusingan kedua dan ketiga... Inilah kelebihan utama bola sepak di England kerana kelab-kelab kerdil boleh menunjukkan keupayaan mereka menunjukkan kualiti permainan apabila bersaing dalam Piala FA... Sebenarnya ini juga menunjukkan bahawa wang dan pemain bintang bukanlah segala-galanya dalam bola sepak!!!

    Liverpool = Manutd=Chelsea

    Musim Liverpool mengalami satu lagi kegagalan apabila disingkir daripada saingan Piala FA oleh pasukan liga Kejuaraan, Reading. Liverpool tewas 2-1 selepas masa tambahan pada perlawanan ulangan pusingan ketiga di Anfield walaupun mendahului 1-0 sehingga minit terakhir apabila Gylfi Sigurdsson menyempurnakan sepakan penalti untuk memaksa perlawanan masa tambahan. Shane Long kemudian menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-100 untuk mengangkat Reading yang kini pada kedudukan keempat di bawah dalam liga Kejuaraan ke pusingan keempat di mana ia akan menemui satu lagi pasukan Liga Perdana Inggeris, Burnley.
    Kekalahan Liverpool ini menjadikan 3 gergasi utama EPL terkeluar daripada saingan Piala FA iaitu terdahulu Chelsea dan Manutd terkandas lebih awal pada pusingan kedua dan ketiga... Inilah kelebihan utama bola sepak di England kerana kelab-kelab kerdil boleh menunjukkan keupayaan mereka menunjukkan kualiti permainan apabila bersaing dalam Piala FA... Sebenarnya ini juga menunjukkan bahawa wang dan pemain bintang bukanlah segala-galanya dalam bola sepak!!!

    Monday, January 11, 2010

    Nadal Kalah Lagi...

    Sudah lama tidak mendominasi sebarang kejuaraan terbuka lelaki, rentak Rafael Nadal kian suram apabila dia yang tidak pernah mendapat gelaran juara sejak lapan bulan lalu, kalah mengejut dalam perlawanan akhir Terbuka Qatar. Nadal yang gagal memberikan aksi cemerlang dalam dua set kedua mata perlawanan, kalah kepada Nikolay Davydenko, 0-6, 7-6 (10/8), 6-4 yang lebih dikenali sebagai Mr. Invisible di kalangan peminat tenis. Itu menjadikan satu pertanyaan besar kepada Nadal sama ada dia cukup berkeyakinan untuk kembali cemerlang sehingga ke puncak. Tidak kurang seminggu lagi sebelum dia beraksi dalam Terbuka Australia, Nadal turut tergelincir dalam satu set pendahuluan akhir, 3-1 dan kemudian mengubah corak permainan secara lebih bertahan, namun memberi kelebihan kepada Davydenko untuk tampak berani.