Sunday, January 24, 2010

Manutd Kembali Menguasai Liga EPL..

Manchester United memintas Arsenal untuk mendahului takhta Liga Perdana England selepas kemenangan 4-0 ke atas Hull City. Dengan kemenangan itu, United kini mengumpul 50 mata, dua mata mengatasi Arsenal dan Chelsea yang menghuni tangga kedua dan ketiga liga. Arsenal dan Chelsea tidak beraksi semalam kerana terlibat dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA. Kejayaan United itu dihasilkan oleh Wayne Rooney yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan tersebut dengan menjaringkan empat gol. Malam bergaya Rooney itu bermula pada minit kelapan diikuti tiga lagi jaringan pada minit ke-82, 86 dan 90. Ia hadir tepat pada masanya ketika United sedang mempertimbangkan tawaran kontrak baru kepada Rooney yang turut mendapat perhatian kelab Sepanyol, Real Madrid. Selain kehebatan penyerang skuad kebangsaan England itu, rentak bergaya United turut dibantu dengan kehadiran semula pertahanan kental, Rio Ferdinand dalam kesebelasan utama. Boleh dikatakan, United menguasai perlawanan tersebut tanpa memberi sebarang ruang kepada lawan untuk melancarkan gerakan.

0 comments:

Post a Comment