Friday, July 9, 2010

FIFA World Cup : Final Belanda Vs Sepanyol

Agak lama tidak 'update' blog sejak kekalahan teruk Argentina kepada Jerman. Sebagai penyokong, apapun keputusan sama ada kalah teruk atau menang terpaksa juga menerima hakikat bahawa hanya pasukan kuat sahaja akan maju ke depan. Pasukan-pasukan pilihan ramai seperti Brazil, Argentina, England, Itali dan Perancis bolehlah dianggap sebagai pasukan 'favorite' tetapi 'kurang' menyengat dari segi percaturan taktikal dan psikologi. Pasukan yang paling konsisten dalam setiap kali Piala Dunia ialah Jerman, yang berjaya mara ke separuh akhir sebelum tewas kepada Sepanyol. Walaupun ramai meramal Jerman mara ke final tetapi 'kegugupan' dan 'terlampau hormat' kepada Sepanyol sebagai juara Eropah memakan diri mereka sendiri.
Penentuan juara di antara Sepanyol dengan Belanda agak sukar diramal. Ini kerana kedua-dua pasukan ini memburu kejuaraan negara mereka untuk julung kalinya. Para pemain pula akan diangkat sebagai wira dan lagenda bola sepak negara masing-masing jika mereka berjaya menjuarai Piala Dunia 2010. Bagi saya sedikit kelebihan berpihak kepada Sepanyol kerana pasukan ini mempunyai 'full of Messi'... Belanda pula tidak boleh dipandang ringan kerana pasukan ini berjaya menendang keluar Brazil... Jangkaan: Spain 2- 1 Belanda

0 comments:

Post a Comment