Thursday, June 10, 2010

'Demam' Piala Dunia Bermula..


Selama sebulan dari 11 Jun hingga 12 Julai, peminat dan bukan peminat bola sepak pastinya 'demam' dalam tempoh ini. Demam Piala Dunia di negara kita dihangatkan lagi dengan isu kelulusan pertaruhan bola sepak oleh kerajaan yang sehingga kini masih lagi tergantung keputusan sebenarnya. Apapun, FIFA World Cup adalah satu acara sukan sejagat yang mampu menyatukan seluruh umat manusia tanpa mengira status politik, taraf sosial, agama dan bangsa. Boleh dikatakan bola sepak Piala Dunia mengatasi prestij Sukan Olimpik dari segi kemeriahan dan keunggulannya.
Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding. Biasanya pasukan-pasukan pilihan ramai ialah negara yang pernah atau beberapa kali memenangi piala ini seperti Brazil, Argentina , Itali, Perancis, dan Jerman. Pasukan yang sentiasa saya sokong sejak dulu ialah Argentina dan England... dan sudah pastinya Piala Dunia kali ini pun dua pasukan ini akan disokong walaupun terpaksa memilih yang mana satu pasukan kegemaran sebenar apabila bertembung sesama sendiri..Walaupun saya melihat pasukan England pada kali ini yang terbaik, dengan prestasi terbaik Wayne Rooney, tetapi jauh di sudut hati saya mengatakan pasukan ini belum berkemampuan untuk muncul sebagai juara, walaupun ada potensi ke arah menjadi juara. FIFA World Cup 2010 kali ini, saya menjangkakan ada 4 calon juara iaitu Sepanyol, Brazil, Itali dan Argentina... GO ARGENTINA...GO ENGLAND!!

P/s Saya sokong setiap pasukan yang menjadi lawan Brazil!!!

0 comments:

Post a Comment