Friday, February 19, 2010

Rooney Semakin Bisa...


David Beckham menyuarakan rasa yakin betapa Wayne Rooney - 'penyerang panas' ketika ini - boleh mengapikan semangat skuad England untuk mengintai peluang memburu mahkota kejuaraan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jun ini. Rakan sepasukan The Three Lions itu adalah anggota AC Milan yang kecundang 2-3 kepada Manchester United, termasuk dua gol tandukan Rooney dalam saingan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah di San Siro, Selasa lalu.
Ia juga kemenangan pertama United di gelanggang lawan dan difahamkan penyerang itu sudah mula menambat perhatian peminat bola sepak Itali. Rooney, 24, menyumbat 25 gol dalam semua kejohanan musim ini dan Beckham beranggapan prestasi penyerang England itu akan berada pada tahap sama di Afrika Selatan musim panas ini. Becks, 34, turut percaya Rooney kini meniti laluan untuk muncul pemain terbaik dunia. Rooney dikatakan sentiasa bekerja keras dan pandai menjaga diri dan tahap dia bermain di gelanggang adalah sama seperti dalam sesi latihan. Menurut Beckham itu adalah intipati kejayaannya setakat ini.

0 comments:

Post a Comment