Sunday, April 26, 2009

Trofi EPL akan kekal di Old Trafford

Nampak gayanya MUtd tidak akan melepaskan trofi Liga Perdana England (EPL) begitu sahaja. Semakin penghujung musim, pasukan ini menunjukkan ciri-ciri Sang Juara apabila mereka bangkit mengalahkan Tottenham Hotspur 5-2.Walaupun ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama, juara bertahan itu mempamer kebangkitan luar biasa dengan meledakkan lima gol pada babak kedua, sekali gus merampas semula takhta liga daripada Liverpool yang menang 3-1 ke atas Hull City sebelum itu.

Dengan kelebihan tiga mata ke atas pencabar mereka itu, serta memiliki kelebihan baki satu perlawanan, Red Devils akan sekali lagi menjulang gelaran itu musim ini. Melihat kepada persembahan Mutd yang telah mengubah tempo permainan pada separuh masa kedua, sudah semestinya mereka mampu memenangi permainan itu walaupun tanpa dihadiahkan sepakan penalti yang dipertikaikan pemain Spurs.

0 comments:

Post a Comment