Sunday, April 26, 2009

Awas bila berumur 30 tahun - Berisiko dapat penyakit berbahaya jika tidak amal hidup sihat

Bagi mereka yang berumur 30 tahun ke atas berhatilah-hatilah kerana anda mungkin terdedah kepada risiko penyakit berbahaya seperti sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis. Justeru, pemeriksaan awal amat penting kepada golongan umur berkenaan bagi memastikan tahap kesihatan mereka dan seterusnya menjalani rawatan pemulihan yang disarankan.
Menurut kajian, responden yang dikaji merupakan individu yang dianggap sihat, bagaimanapun selepas pemeriksaan didapati satu per-tiga daripada mereka menunjukkan tanda-tanda menghidap penyakit sedemikian.Perkara tersebut amat mengejutkan kerana kebanyakan responden merupakan golongan yang aktif melakukan kerja-kerja di ladang, bersukan dan sebagainya.
Salah satu cara yang terbaik untuk kekal sihat selain daripada bergiat aktif dalam aktiviti fizikal ialah mengamalkan gaya hidup sihat. Sebagai contohnya menjauhi minum keras, tidak merokok dan mengamalkan pemakanan sihat.

0 comments:

Post a Comment