Thursday, April 2, 2009

Kalah & Menang Perkara Biasa....

Skuad kendalian Capello mengutip tiga mata berharga selepas menewaskan Ukraine 2-1 menerusi jaringan kemenangan kapten pasukan, John Terry. Kemenangan itu membolehkan England mengumpul 15 mata daripada lima perlawanan dan selesa mengungguli Kumpulan 6 dengan berada lima mata di hadapan Croatia.
Walau bagaimanapun, reputasi hebat Argentina sebagai sebuah kuasa utama bola sepak dunia tercalar gara-gara kekalahan memalukan 1-6 kepada Bolivia pada aksi kelayakan Piala Dunia 2010.Kali terakhir Argentina mengalami kekalahan besar ialah ketika dibelasah Colombia 0-5 pada 1993. Kekalahan yang dialami di kawasan altitud tinggi itu turut menamatkan rekod cemerlang Diego Maradona sebagai jurulatih selepas unggul dengan tiga kemenangan berturut-turut tanpa dibolosi sebelum ini.

PASUKAN ENGLAND DAN ARGENTINA PASTI AKAN MARA KE PUSINGAN AKHIR PIALA DUNIA DI AFRIKA SELATAN NANTI...

0 comments:

Post a Comment