Sunday, February 28, 2010
ManUtd Juara Carling Cup 09/10
Manutd sudah merangkul satu kejuaraan musim 09/10 apabila berjaya mengalahkan Aston Villa 2-1 di Stadium Wembley.. Kehebatan Rooney sebagai 'key player' Manutd terserlah apabila menjaringkan gol kemenenangan melalui tandukan pada minit ke-74.. Walaupun Aston Villa mendahului selepas hanya lima minit apabila James Milner menyempurnakan sepakan penalti, tapi Michael Owen membuktikan dirinya masih lagi salah seorang penyerang prolifik England apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-13.. Tahniah Manutd..!!! Tidak sia-sia la saya bersengkang mata menonton setiap 'match' yg membabitkan pasukan ini...
Saturday, February 20, 2010
Kegemilangan Sukan Sekolah Dikembalikan...?@#$%&*
Tan Sri Muhyiddin Yassin, mahu kegemilangan sukan dikembalikan ke sekolah kerana ia adalah institusi utama mengembangkan bakat sukan di peringkat akar umbi. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan Anugerah SAM-100Plus 2009 anjuran Persatuan Penulis-penulis Sukan Malaysia (SAM). Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Sukan, menggariskan lima unsur penting untuk dilaksanakan bagi merealisasikan hasrat tersebut. Antaranya, beliau telah mengarahkan Bahagian Seni, Sukan dan Ko-Kurikulum di Kementerian Pelajaran supaya dirombak dan meletakkan sukan berasingan daripada yang lain. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kurikulum berhubung sukan juga perlu dikaji semula bagi menyesuaikan waktu ia dilaksanakan supaya tidak menjejaskan pembangunan akademik pelajar. Selain itu, Muhyiddin berkata guru terlatih dalam bidang sukan juga akan diperbanyakkan serta pembangunan infrastruktur juga akan diberikan perhatian. Beliau berkata, peruntukan Kementerian Pelajaran berjumlah RM89 juta untuk aktiviti sukan dan kokurikulum di sekolah yang diumumkan pada 4 Februari lalu masih belum mencukupi untuk merealisasikan program yang dirancang. Muhyiddin berkata, usaha yang hendak dilaksanakan itu memerlukan masa untuk direalisasikan dan hasilnya tidak dapat dituai dalam masa terdekat.
Friday, February 19, 2010
Rooney Semakin Bisa...

David Beckham menyuarakan rasa yakin betapa Wayne Rooney - 'penyerang panas' ketika ini - boleh mengapikan semangat skuad England untuk mengintai peluang memburu mahkota kejuaraan Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Jun ini. Rakan sepasukan The Three Lions itu adalah anggota AC Milan yang kecundang 2-3 kepada Manchester United, termasuk dua gol tandukan Rooney dalam saingan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara Eropah di San Siro, Selasa lalu.
Ia juga kemenangan pertama United di gelanggang lawan dan difahamkan penyerang itu sudah mula menambat perhatian peminat bola sepak Itali. Rooney, 24, menyumbat 25 gol dalam semua kejohanan musim ini dan Beckham beranggapan prestasi penyerang England itu akan berada pada tahap sama di Afrika Selatan musim panas ini. Becks, 34, turut percaya Rooney kini meniti laluan untuk muncul pemain terbaik dunia. Rooney dikatakan sentiasa bekerja keras dan pandai menjaga diri dan tahap dia bermain di gelanggang adalah sama seperti dalam sesi latihan. Menurut Beckham itu adalah intipati kejayaannya setakat ini.
Sunday, February 7, 2010
Kurangkan Pengambilan Gula...
KENAIKAN harga gula sebanyak 20 sen pada 1 Januari lalu, sememangnya mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak kerana mereka bimbang berlaku peningkatan harga barang utama dan lazimnya disusuli kenaikan harga makanan lain pula. Ia ada kebenarannya dari sudut harga serta kepenggunaan. Hakikatnya ramai lebih peka dan prihatin soal kenaikan harga berbanding ‘barah’ dari sudut kesihatan akibat pengambilan gula berlebihan. Pasti ramai tidak menyedari peningkatan bilangan penyakit diabetes atau kencing manis dan obesiti yang berkait rapat dengan kesan pengambilan gula. Pengambilan gula pada kadar berpatutan yang diperlukan tubuh tidak akan menjejaskan kesihatan. Ia hanya mengundang padah apabila pengambilan secara berlebihan yang menjadi punca masalah diabetes atau kencing manis, kerosakan ginjal, kardiovaskular, obesiti, kemurungan serta kerosakan gigi. Sama seperti karbohidrat, gula ialah punca utama tenaga untuk tubuh. Gula bukan sekadar partikel kecil berkilat tetapi juga boleh diperoleh daripada sumber lain seperti seperti susu (laktosa) dan buah-buahan (fruktosa). Malah semua perkataan yang berakhir dengan ‘ose’ (dalam bahasa Inggeris) adalah gula, misalnya glukose, sucrose (bahan pemanis) dan dextrose (rasa manis dalam madu).
Obesiti dan kegemukan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 bilion penduduk dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 bilion pada 2015. Sekurang-kurangnya 20 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun mengalami kegemukan pada 2005. Punca asas obesiti dan kegemukan ialah ketidakseimbangan antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori. Peningkatan global kegemukan dan obesiti ini disebabkan oleh perubahan diet dengan pengambilan lebih banyak makanan yang bergula dan berlemak tetapi rendah vitamin, mineral dan mikronutrisi lain. Selain itu, ia juga disebabkan kurangnya melakukan aktiviti fizikal disebabkan kemajuan sistem pengangkutan awam yang menyebabkan ramai tidak lagi gemar berjalan kaki atau berbasikal yang dapat membakar kalori. Tidak lama dulu, WHO juga melaporkan mengenai kajian di Afrika Selatan pada 2003 yang mendapati pengambilan gula yang tinggi menjadi penyebab utama obesiti dan karies gigi. Kira-kira 20 peratus kalangan dewasa mengalami masalah obesiti, manakala sembilan peratus kanak-kanak turut mengalami masalah sama. Mengikut garis panduan WHO, kegemukan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih 25 dan mereka yang melebihi bacaan 30 dikategorikan sebagai obesiti.
Diabetes
Selain obesiti, pengambilan gula berlebihan ditambah dengan tabiat malas bersenam juga mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab Diabetes Jenis Dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta turut dikaitkan dengan tumor barah. Sekadar perbandingan, pada 1996 seramai 6.5 peratus rakyat Malaysia berusia lebih 30 tahun disahkan menghidap diabetes. Sedekad kemudian, jumlah itu meningkat kepada 9.5 peratus. Lebih menakutkan, pada tahun sama dianggarkan kira-kira 1.5 juta orang yang berusia melebihi 18 tahun disahkan sebagai penghidap diabetes. Malah, dalam tempoh 10 tahun akan datang, kira-kira 25 peratus warga Malaysia bakal menghidap diabetes jika tiada sebarang usaha pencegahan dibuat. Walaupun diabetes dikaitkan dengan faktor genetik tetapi mengubah cara hidup mampu mencegah diabetes. Dari sudut perubatan, diabetes adalah kegagalan tubuh memproses gula dan kegagalan untuk menyingkirkannya dari salur darah. Justeru, kadar gula yang banyak dalam darah meningkatkan risiko sakit jantung dan strok atau angin ahmar, selain menyebabkan ginjal terjejas. Kadar gula yang tinggi juga menjejaskan sistem tubuh hingga menyebabkan buta.
Jangkitan kulat
Setiap satu sudu gula berupaya menekan sistem imun tubuh hingga enam jam lamanya. Gula juga menggalakkan pertumbuhan kulat di luar kawalan dalam sistem pencernaan. Kulat dikenali ‘candida albicans’ boleh merebak ke organ dalaman dan sistem pernafasan. Simptom paling biasa jangkitan kulat ini ialah jangkitan yis, masalah pencernaan atau lelah. Bagi sesetengah orang, gula lebih menggemukkan berbanding lemak. Malah di kalangan kanak-kanak dan remaja, punca kalori yang utama ialah minuman berkarbonat dan jus yang mengandungi kandungan gula tinggi. Gula dalam bentuk cecair lebih banyak menimbulkan masalah kerana kita cenderung untuk mengambilnya dalam jumlah berlebihan. Diet yang dipenuhi dengan pengambilan makanan tinggi kalori akan menyebabkan obesiti dan diabetes. Data 2006 menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti. Secara bersama, obesiti dan diabetes adalah faktor risiko utama masalah jantung. Sumber: BH
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan lebih 1 bilion penduduk dunia mengalami kegemukan ketika ini dan jumlah itu bakal mencecah 1.5 bilion pada 2015. Sekurang-kurangnya 20 juta kanak-kanak di bawah usia lima tahun mengalami kegemukan pada 2005. Punca asas obesiti dan kegemukan ialah ketidakseimbangan antara pengambilan kalori dan penggunaan kalori. Peningkatan global kegemukan dan obesiti ini disebabkan oleh perubahan diet dengan pengambilan lebih banyak makanan yang bergula dan berlemak tetapi rendah vitamin, mineral dan mikronutrisi lain. Selain itu, ia juga disebabkan kurangnya melakukan aktiviti fizikal disebabkan kemajuan sistem pengangkutan awam yang menyebabkan ramai tidak lagi gemar berjalan kaki atau berbasikal yang dapat membakar kalori. Tidak lama dulu, WHO juga melaporkan mengenai kajian di Afrika Selatan pada 2003 yang mendapati pengambilan gula yang tinggi menjadi penyebab utama obesiti dan karies gigi. Kira-kira 20 peratus kalangan dewasa mengalami masalah obesiti, manakala sembilan peratus kanak-kanak turut mengalami masalah sama. Mengikut garis panduan WHO, kegemukan berlaku apabila Indeks Jisim Tubuh (BMI) lebih 25 dan mereka yang melebihi bacaan 30 dikategorikan sebagai obesiti.
Selain obesiti, pengambilan gula berlebihan ditambah dengan tabiat malas bersenam juga mendedahkan seseorang itu kepada pelbagai risiko kesihatan. Misalnya, gula boleh menjejaskan platelet darah yang mungkin menjadi punca masalah jantung. Malah, gula turut menjadi antara penyebab Diabetes Jenis Dua, tulang rapuh, masalah ginjal, hati, kemurungan serta turut dikaitkan dengan tumor barah. Sekadar perbandingan, pada 1996 seramai 6.5 peratus rakyat Malaysia berusia lebih 30 tahun disahkan menghidap diabetes. Sedekad kemudian, jumlah itu meningkat kepada 9.5 peratus. Lebih menakutkan, pada tahun sama dianggarkan kira-kira 1.5 juta orang yang berusia melebihi 18 tahun disahkan sebagai penghidap diabetes. Malah, dalam tempoh 10 tahun akan datang, kira-kira 25 peratus warga Malaysia bakal menghidap diabetes jika tiada sebarang usaha pencegahan dibuat. Walaupun diabetes dikaitkan dengan faktor genetik tetapi mengubah cara hidup mampu mencegah diabetes. Dari sudut perubatan, diabetes adalah kegagalan tubuh memproses gula dan kegagalan untuk menyingkirkannya dari salur darah. Justeru, kadar gula yang banyak dalam darah meningkatkan risiko sakit jantung dan strok atau angin ahmar, selain menyebabkan ginjal terjejas. Kadar gula yang tinggi juga menjejaskan sistem tubuh hingga menyebabkan buta.
Setiap satu sudu gula berupaya menekan sistem imun tubuh hingga enam jam lamanya. Gula juga menggalakkan pertumbuhan kulat di luar kawalan dalam sistem pencernaan. Kulat dikenali ‘candida albicans’ boleh merebak ke organ dalaman dan sistem pernafasan. Simptom paling biasa jangkitan kulat ini ialah jangkitan yis, masalah pencernaan atau lelah. Bagi sesetengah orang, gula lebih menggemukkan berbanding lemak. Malah di kalangan kanak-kanak dan remaja, punca kalori yang utama ialah minuman berkarbonat dan jus yang mengandungi kandungan gula tinggi. Gula dalam bentuk cecair lebih banyak menimbulkan masalah kerana kita cenderung untuk mengambilnya dalam jumlah berlebihan. Diet yang dipenuhi dengan pengambilan makanan tinggi kalori akan menyebabkan obesiti dan diabetes. Data 2006 menunjukkan 21 peratus rakyat mengalami kegemukan dan 6.2 peratus lagi obesiti. Secara bersama, obesiti dan diabetes adalah faktor risiko utama masalah jantung.
Tuesday, January 26, 2010
Murray Masuk Semi Final...
Andy Murray menjadi pemain British pertama mara ke separuh akhir tenis Terbuka Australia dalam tempoh 33 tahun selepas juara bertahan Rafael Nadal menarik diri akibat kecederaan pada perlawanan suku akhir. Murray, pemain pilihan kelima kejohanan, mendahului 6-3, 7-6 (7/2), 3-0 apabila Nadal, pemain nombor dua dunia dari Sepanyol, menarik diri. Murray akan bertemu pemain Croatia, Marin Cilic yang menewaskan Andy Roddick dalam lima set. Terbuka Australia pada tahun ini menyaksikan beberapa perlawanan yang sukar diramal keputusannya... Perseorangan lelaki pada hemat saya, Federer Vs Murray akan beraksi di final !!!
Sunday, January 24, 2010
Manutd Kembali Menguasai Liga EPL..
Manchester United memintas Arsenal untuk mendahului takhta Liga Perdana England selepas kemenangan 4-0 ke atas Hull City. Dengan kemenangan itu, United kini mengumpul 50 mata, dua mata mengatasi Arsenal dan Chelsea yang menghuni tangga kedua dan ketiga liga. Arsenal dan Chelsea tidak beraksi semalam kerana terlibat dalam perlawanan pusingan keempat Piala FA. Kejayaan United itu dihasilkan oleh Wayne Rooney yang bertindak cemerlang sepanjang perlawanan tersebut dengan menjaringkan empat gol. Malam bergaya Rooney itu bermula pada minit kelapan diikuti tiga lagi jaringan pada minit ke-82, 86 dan 90. Ia hadir tepat pada masanya ketika United sedang mempertimbangkan tawaran kontrak baru kepada Rooney yang turut mendapat perhatian kelab Sepanyol, Real Madrid. Selain kehebatan penyerang skuad kebangsaan England itu, rentak bergaya United turut dibantu dengan kehadiran semula pertahanan kental, Rio Ferdinand dalam kesebelasan utama. Boleh dikatakan, United menguasai perlawanan tersebut tanpa memberi sebarang ruang kepada lawan untuk melancarkan gerakan.
Thursday, January 21, 2010
Rekod Baru Lontaran Bola..

Seorang guru pendidikan jasmani di England, Danny Brooks mencipta rekod dunia apabila berjaya membuat hantaran bola paling jauh dengan balingan sejauh 49.78 meter, lapor sebuah akhbar semalam. Dia yang mengajar di sini membuat teknik balingan terbaru iaitu berlari sambil membuat lompatan ala gimnastik itu di padang rekreasi Midgley, West Yorkshire. Brooks, 28, yang merupakan bekas atlet gimnastik kemudian menghantar rakaman filem dan beberapa keping gambar kepada pihak Guinness World Records. Seorang jurucakap Guinness mengesahkan hantaran yang dilakukan Brooks sekali gus mengatasi rekod terdahulu oleh Michael Lochner dari Amerika Syarikat pada 1998 dengan jarak 48.17 meter. Agensi
.
Subscribe to:
Posts (Atom)

