Sunday, October 25, 2009

EPL : Liverpool 2-0 Manutd...

Manutd kalah kali yang kedua dalam saingan EPL kepada pasukan kurang konsisten, Liverpool. Kekalahan 0-2 kepada Liverpool menyebabkan Manutd tergelincir ke tangga kedua liga..Secara keseluruhannya, permainan memang memihak kepada pasukan Liverpool apabila sejak dari awal permainan, banyak serangan menarik yang direncanakan oleh pemain tengah Liverpool. Keupayaan Fernando Torres merobek gawang Manutd memang tidak boleh dipersoalkan lagi. Beliau memang hebat apabila mendapat umpanan bola sedemikian rupa.. Bagi Manutd pula, walaupun menurunkan pemain yang dianggap terkuat tetapi mereka tidak berupaya mengancam pertahanan lawan dengan baik.. Apapun , Liverpool masih lagi kurang berupaya menyaingi 3 pasukan teratas EPL sekurang-kurangnya buat masa ini..






Saturday, October 24, 2009

EPL : Liverpool Vs Manutd...

Manchester United berdepan Liverpool sekali lagi dalam perlawanan yang disifatkan amat penting dalam menentukan peluang pasukan dari Merseyside itu untuk merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL). Liverpool ketika ini dikritik hebat selepas mengalami empat kekalahan berturut-turut dalam dua pertandingan, EPL dan Liga Juara-Juara Eropah - kali pertama mereka menerima keputusan seperti itu sejak 1987.Sejarah membuktikan empat jurulatih terdahulu Liverpool - Gerard Houllier, Roy Evans, Graeme Souness dan Kenny Dalglish - berdepan risiko dipecat setiap kali mereka berdepan United. Kelab dari Old Trafford itu kini mendahului carta EPL dengan perbezaan satu mata di depan Chelsea manakala Liverpool di tangga kelapan, tujuh mata di belakang pasukan pendahulu itu.Masa depan Benitez di Liverpool jadi persoalan jika Liverpool tumpas di tangan United - bermakna kekalahan kali kelima berturut-turut selepas kecundang di tangan Fiorentina (0-2), Chelsea (0-2), Sunderland (0-1) dan Olympique Lyon (1-2).Pengendali berbangsa Sepanyol itu bergelut dengan persembahan merudum kerana masalah kecederaan dialami dua pemain tonggaknya, ketua pasukan Steven Gerrard dan penyerang utama, Fernando Torres.Namun, beliau dikritik hebat kerana gagal mengadun pasukannya dengan berkesan tanpa perlu terlalu bergantung kepada Gerrard dan Torres.


REKOD PERTEMUAN LIVERPOOL-UNITED DALAM EPL
14 Mac 2009 : Manchester United vs Liverpool: 1-4
13 Sept 2008 : Liverpool vs Manchester United: 2-1
23 Mac 2008 : Manchester United vs Liverpool: 3-0
16 Dis 2007 : Liverpool vs Manchester United: 0-1
3 Mac 2007 : Liverpool vs Manchester United: 0-1
22 Okt 2006 : Manchester United vs Liverpool: 2-0
22 Jan 2006 : Manchester United vs Liverpool: 1-0
18 Sept 2005 : Liverpool vs Manchester United: 0-0



Wednesday, October 21, 2009

Rekreasi Minda: Modern Human Evolution Theory ...


Adakah teori ini benar? Ini cuma teori saja dan setakat ini kita masih mempercayai bahawa kita BUKAN berasal daripada keturunan monyet...Walau bagaimanapun, secara tersiratnya teori menurut gambar tersebut berlaku jika kita :

1. Tiada disiplin diri dalam PEMAKANAN.
2. Tidak kerap melakukan aktiviti fizikal.

Harap-harap kita semua tidak seperti 'wogok' itu yang secara realitinya memang kita sudah ketahui besar saiznya...Tapi ada juga sesetengah orang yang suka berbadan macam tu asalkan BAHAGIA konon.. macam mana tu?... Itu terserah kepada pilihan masing-masinglah kan..

Monday, October 19, 2009

Gol Kontroversi..


Inilah gol kontroversi Sunderland yang menyebabkan kekalahan kali ketiga Liverpool musim ini. Bola rembatan daripada Darren Bent terkena bola pantai itu, lalu terbias melepasi penjaga gol, Pepe Reina. Kalau ikut peraturan, memang gol itu tidak sah sebab bola pantai itu telah mengganggu permainan. Sepatutnya, pengadil memberhentikan permainan dan membuat jatuhan bola di mana bola itu terkena bola pantai tersebut.. Begitu juga misalnya kalau seekor anjing masuk ke padang (kampung2 ada jg ni) dan bola terkena pada anjing tersebut, maka tindakan pengadil kalau dalam peraturan mesti memberhentikan permainan dan membuat jatuhan bola di mana perkara itu berlaku... Apa pun keputusan pengadil sentiasa MUKTAMAD...Dan yang pasti MANUTD tidak memerlukan gol seperti itu untuk menewaskan Liverpool hujung minggu ini...

Saturday, October 17, 2009

Manutd Kembali Menguasai Liga EPL..

Aston Villa 2-1 Chelsea
Arsenal 3-1 Birmingham
Portsmouth 1-2 Spurs
Manchester Utd 2-1 Bolton
Sunderland 1-0 Liverpool
Wigan 1 - 1 Mancity

Kekalahan kedua
Chelsea pendahulu liga EPL kepada Aston Villa memberi ruang kepada Manutd mendahului Carta EPL semula. Liverpool yang kehilangan tunggak utama Steven Gerrard dan Fernando Torres menyebabkan Liverpool mengalami kekalahan ketiga..Kemenangan Spurs ke atas Portsmouth pula mengukuhkan kedudukan kelab ini di tangga ketiga. Kelab yang berbelanja besar Mancity pula sekadar seri dengan Wigan.. Nampak gayanya kelab-kelab yang mempunyai pemain 'berjenama' besar sehingga kini belum berupaya membantu kelab masing-masing untuk menyaingi Manutd. Pemergian Ronaldo dan Tevez pula tidak memberi apa-apa kesan ke atas 'performance ' Manutd sehingga kini...




Wednesday, October 14, 2009

Argentina Akhirnya Layak Ke Piala Dunia 2010...

Argentina layak ke Piala Dunia 2010 apabila berjaya menundukkan Uruguay 1-0 pada perlawanan kelayakan terakhir zon Amerika Selatan di Montevideo.Gol kemenangan anak buah Maradona itu dijaringkan oleh Mario Bolatti pada minit ke-85. Selain Argentina, pasukan lain dari zon itu yang sudah melayakkan diri ke Afrika Selatan ialah Brazil, Chile dan Paraguay manakala Uruguay pula terpaksa bersaing di peringkat "play-off" menentang Costa Rica.
Nampaknya kena beli jersi Argentina dan England sudah ni untuk persiapan Piala Dunia tahun depan...

KOMERSIALISME DALAM SUKAN

Komersialisme dalam sukan boleh dikatakan sebagai sebuah perniagaan yang berasaskan barangan, kepakaran dan perkhidmatan sukan. Sekarang ini sukan dilihat sebagai satu aset komersial yang berpotensi untuk berkembang maju di negara kita. Walaupun negara-negara maju seperti USA, Britain dan sebagainya sudah lama menjadikan sukan sebagai satu perniagaan, tetapi kita di Malaysia yang masih agak ketinggalan mesti melihat sudut itu sebagai satu PELUANG BESAR kepada kita. Satu aspek komersialisme dalam sukan yang akan saya utarakan ialah perkhidmatan sukan yang sangat menguntungkan. Perkhidmatan sukan maksudnya ialah sebarang aktiviti yang membolehkan individu atau kumpulan melakukan atau menggunakan sesuatu perkhidmatan yang disediakan atau ditawarkan dengan bayaran tertentu. Sebagai contohnya pusat-pusat kecergasan (gymnasium), gelanggang FUTSAL, Pusat Bowling, Pusat Snooker/Pool, Pusat Persendirian Sukan dan Rekreasi dan sebagainya.
Oleh kerana di negara kita khususnya negeri Sabah masih agak baru dalam aktiviti perniagaan seperti ini, kita mempunyai peluang yang besar untuk menceburkan diri dalam perniagaan ini di tempat kita berada. Modal yang diperlukan walaupun agak besar tetapi jikalau ada kesungguhan dan keazaman serta sedikit pengetahuan, kita sebenarnya boleh berjaya lebih-lebih lagi apabila pihak kerajaan mula mengkaji dasar baru dalam sukan yang akan menjadikan sukan satu industri.
Satu contoh idea peluang perniagaan dalam bidang sukan yang boleh direalisasikan ialah menubuhkan Syarikat/Pusat Persendirian Sukan dan Rekreasi sendiri. Dengan kata lain syarikat atau pusat yang ditubuhkan itu berperanan sebagai penjana pembangunan sukan secara swasta atau persendirian di sesuatu tempat di mana kita berada. Pusat tersebut boleh berperanan untuk menganjurkan sebarang aktiviti sukan dan rekreasi sama ada dengan kerjasama syarikat-syarikat yang menjadi penaja. Sebagai contohnya, pusat itu menganjurkan klinik bola sepak, badminton dan sebagainya dengan syarat kita bekerjasama (kena bayar lah) dengan jurulatih-jurulatih yang berkelayakan.Melalui pusat/syarikat itu juga kita boleh menjalankan pelbagai aktiviti hiliran lain seperti menjual produk berkaitan dengan sukan dan sebagainya..Kalau lah kita ada MODAL semua ini boleh dijadikan REALITI...