Apabila sasaran dalam senaman kita untuk menurunkan berat badan, aktiviti larian adalah satu cara yang paling efektif, mudah dan murah. Berlari adalah satu cara yang paling berkesan untuk membakar kalori dan meningkatkan kecergasan diri tanpa perlu menyekat pemakanan harian. Berikut adalah kesan jika kita melakukan aktiviti berlari :
1. Kesan larian akan tetap dirasai walaupun ketika mula berehat. latihan intensiti tinggi seperti berlari akan merangsang lebih banyak kesan selepas pembakaran kalori berbanding latihan intensiti rendah. Apabila kita berlari dan berjalan dalam jarak yang sama, kajian mendapati berlari lebih merangsang kesan penurunan berat badan yang lebih besar, kemungkinan daripada tenaga rehat yang digunakan selepas berlari. Dalam satu kajian, kalori yang dibakar melalui aktiviti larian membawa kepada penurunan berat badan 90 peratus berbanding kalori yang dibakar menerusi aktiviti berjalan.
2. Rasa puas. Setiap kali selepas aktiviti larian, diri pasti puas dan lebih gembira. Tubuh juga rasa lebih ringan terutama apabila berjaya menamatkan larian dan mengeluarkan peluh yang banyak. kajian mendapati sesetengah pelari seakan-akan khayal selepas menamatkan larian kerana berasa gembira dan puas hati.
3. Berlari membuatkan sel otak berkembang dengan baik. Berlari merangsang pembentukan sel saraf baru dan saluran darah dalam otak iaitu organ yang cenderung mengecut ketika meningkatnya usia.Selain itu, kajian menunjukkan bahawa aktiviti berlari boleh meningkatkan jumlah rangsangan otak tengah yang mengawal penglihatan dan pendengaran kita, serta merangsang hipokampus yang dikaitkan dengan ingatan dan pembelajaran kita.
4. Berlari membantu meningkatkan keupayaan seseorang untuk belajar dan mengingati maklumat. Satu kajian pada 2012 menunjukkan bahawa mereka yang cergas menerusi aktiviti berlari lulus ujian memori berbanding golongan yang kurang cergas dan hanya melakukan senaman ringan.
Diedit daripada sumber Harian Metro oleh JIM.
Friday, May 23, 2014
Tuesday, May 20, 2014
Wednesday, August 28, 2013
Mari Makan Pisang...
Khasiat Pisang...
-Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
- Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.
- Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
- Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
- Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
- Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.
Wednesday, May 22, 2013
Manchester JUARA BPL 2012/2013
Manchester United secara
rasmi melabuhkan tirai musim BPL 2012/2013 sebagai juara
kali ke-20. Mengikut penilaian, berikut adalah faktor penyumbang kepada
kejuaraan MUTD muim ini:
1. Impak Robin Van Persie
Ketajaman penyudah penyerang prolifik Robin Van
Persie dengan 24 gol jelas menunjukkan
bahawa Robin memberi impak yang sangat besar kepada MUTD musim ini. Hampir setiap gol yang dicipta oleh RVP
selalu membawa kemenangan. Bahkan uniknya lagi, setiap kali Robin menjaringkan
gol, United tidak pernah mengalami kekalahan! Dengan itu, memang layak dia
memenangi Kasut Emas musim ini!
2.
Kecekapan Alex Ferguson
Selama seperempat abad
Alex Ferguson bergelar pengurus MUTD, sudah puluhan kejuaraan diberikan oleh lagenda ini kepada Old Trafford. Kejuaraan musim 2012/2013 ini
merupakan gelaran Liga Inggris ke-13 bagi Alex Ferguson. Prestasi tersebut
tentu tidak didapatkan dengan mudah. Puluhan hingga ratusan jenis taktik telah
diterapkan oleh Sir Alex Ferguson. Musim ini, ia sangat bijak dalam memilih
pemain-pemain yang mengisi starting line-up sesuai dengan keperluan pasukan dan
lawan yang dihadapi. Persaraannya pada hujung musim ini sudah tentu sangat
dirindui oleh para penyokong MUTD di seluruh dunia.
3.
Kestabilan De Gea
Pada musim ini, penjaga gol yang dibeli dari Atletico Madrid bermain lebihkonsisten. Walaupun jika dilihat dari segi jumlah bolos lebih banyak, sebenarnya itu bukanlah akibat kesalahan De Gea. Dia banyak melakukan aksi menakjubkan yang dapat menyelamatkan MUTD daripada kekalahan
Sunday, March 17, 2013
PROGRAM SENAMAN BERDASARKAN FITT
Program
latihan yang berkesan bergantung pada pelaksanaan aktiviti fizikal
dalam program tersebut. Pelaksanaan aktiviti harus mempertimbangkan
aspek kekerapan, intensiti, masa dan jenis aktiviti yang optimum
untuk memperoleh tahap kecergasan maksimum. Keempat-empat aspek ini
boleh dikenali sebagai FITT.
F
(Frequency) - Kekerapan
I
(Intensity) - Intensiti
T
(Time) - Jangka Masa
T
(Type) - Jenis Aktiviti
Frequency
(Kekerapan)
Aktiviti
fizikal perlu dilakukan dengan kerap. Kekerapan pelaksanaannya
bergantung pada komponen kecergasan yang hendak dibina. Kekerapan
ditentukan mengikut jumlah hari latihan dalam seminggu.
Intensity
(Intensiti)
Aktiviti
fizikal perlu dilakukan melebihi keupayaan normal. Sebagai contoh,
kecergasan kardiovaskular memerlukan seseorang itu bersenam dalam zon
melebihi paras Kadar Nadi Rehat (KNL).
Time
(Jangka Masa)
Aktiviti
perlu dilakukan dalam jangka masa 30 hingga 60 minit dalam sesuatu
sesi latihan. Tempoh aktiviti bergantung pada intensiti. Sebagai
contoh, jika intensiti senaman itu rendah, jangka masa aktiviti lebih
lama.
Type
( Jenis)
Aktiviti
yang dilakukan dalam sesuatu program terdiri daripada pelbagai jenis.
Kepelbagaian ini membantu proses membina keseluruhan komponen
kecergasan fizikal.
Friday, March 15, 2013
Penyakit Darah Tinggi : Rakyat Malaysia dalam Risiko...
Kira-kira
32.7 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kini
menghidap penyakit darah tinggi. Ini dikesan melalui kajian rintis
mengenai pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia yang
menggunakan kaedah analisis air kencing selama 24 jam pada tahun
lepas. Kandungan purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia ialah
8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram sehari. Dalam kajian
yang sama, didapati sos kicap soya merupakan makanan utama yang
menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi dan kaum lelaki
merupakan golongan yang mengambil lebih banyak garam berbanding
wanita.
Justeru itu, kita digesa supaya melaksanakan langkah pengurangan
garam dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan
menyasarkan tekanan darah (BP) pada paras optimal iaitu 120/80 mmHg
atau kurang. Selain itu, hadkan pengambilan garam kepada kurang
daripada satu paras sudu teh sehari semasa penyediaan makanan,
memasak dan di meja makan. Gunakan perisa asli seperti rempah ratus,
daun sup atau limau untuk menambah perisa berbanding penggunaan
garam, sos atau penambah perisa yang lain. Kita juga disaran supaya
mengambil dua sajian buah-buahan dan tiga sajian sayur-sayuran
sehari, amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan dan pupuk
minda sihat melalui penanganan stres, tidak merokok dan sihat tanpa
alkohol.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
Thursday, January 3, 2013
Amalkan gaya hidup sihat jika mahu umur panjang
Dua pakar pemakanan Malaysia mengakui bahawa individu yang memiliki berat badan lebih sedikit daripada Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal tidak akan membawa kemudaratan.Ketua Bahagian Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa, Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada gaya hidup seseorang dan caranya mengurus berat badan. Sebagai contoh, jelas beliau, mempunyai BMI antara 26 dan 27 tidak akan mendatangkan masalah selagi individu berkenaan mempunyai julat lemak dalam tubuh yang normal serta menjalani aktiviti fizikal seperti bersenam.
“Sekiranya seseorang itu mempunyai BMI yang ideal tetapi tidak bersenam sekurang-kurangnya 30 minit selama lima hari berturut-turut, maka dia akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis dan gout.
“Malah dia berkemungkinan mengalami sindrom mati mengejut disebabkan oleh kuantiti lemak yang terlalu tinggi dalam tubuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau diminta mengulas satu kajian yang dilaporkan dalam Journal of the American Medical Association menunjukkan golongan yang mempunyai berat balebih sedikit daripada BMI ideal, memiliki kurang enam peratus risiko untuk meninggal dunia berbanding orang normal.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong berkata, kajian itu ada benarnya tetapi ia tidak bermakna kualiti hidup orang yang mempunyai berat badan berlebihan lebih baik berbanding golongan normal.
“Walaupun berkemungkinan dapat hidup lebih lama, mereka akan menderita pelbagai penyakit untuk satu tempoh yang panjang disebabkan penyakit-penyakit tersebut,” katanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)

