Saturday, July 18, 2009

MUTD CUMA MEMANASKAN BADAN LAWAN MALAYSIA..



Melihat kepada perlawanan persahabatan di antara MUTD dengan pasukan Malaysia di stadium Bukit Jalil, saya menilainya bukan dari sudut peminat setia kelab MUTD tetapi sebagai peminat sukan bola sepak. Persembahan MUTD sebenarnya masih lagi jauh dari persembahan sebenar mereka apabila mengalahkan pasukan Malaysia 3-2. Dari segi taktikal dan teknikal permainan, MUTD menunjukkan mutu permainan yang sememangnya baik tetapi dari segi penyesuaian dan keserasian di antara pemain masih lagi perlu diperkemaskan. Satu perkara lagi, dengan pemergian Ronaldo dan Tevez ternyata sekali Ferguson perlu mengasah ketajaman penyerang barunya, Michael Owen. Bagi pasukan Malaysia pula, ternyata sekali terpancar kepuasan hati para pemainnya walaupun kalah apabila menjaringkan 2 gol. Inilah mentaliti para pemain kita. Ada peningkatan 'sedikit' sahaja mula sudah berlagak seperti seorang pemenang! Walau bagaimanapun saya tetap memuji kesungguhan para pemain Malaysia terutama sekali pemain pertahanan yang berjaya mengekang beberapa gerakan menarik MUTD. Sebagai kesimpulannya, hari Isnin ini ada lagi perlawanan kedua di antara MUTD dengan Malaysia.. Perlawanan pertama MUTD itu sebenarnya cuma pemanas badan sahaja...

0 comments:

Post a Comment