Dengan Keputusan kalah 4-1 kepada Jerman, England ditendang keluar daripada Piala Dunia 2010 dengan satu kekalahan yang besar. Dengan terkeluarnya England. maka berakhirlah pelbagai spekulasi tentang kehebatan skuad yang dikatakan 'cemerlang' ini... Maka benarlah England hanya 'hebat di atas kertas sahaja' !!! Sebagai salah seorang yang mengharapkan kemaraan England dalam Piala Dunia ini, ternyata sekali persembahan England dari taktikal mudah dibaca dan dipatahkan oleh pemain Jerman. Walaupun kita akui jika jaringan Frank Lampard dikesan oleh pengadil, gol itu adalah 'turning point' yang sangat penting untuk England memenangi perlawanan itu. Dari satu segi, mungkin sudah sampai masanya sukan bola sepak menggunakan kecanggihan teknologi dalam sesetengah perkara penting ketika perlawanan berlangsung... Apapun, tahniah kepada Jerman!!!
Dua gergasi bola sepak Eropah yang merupakan finalis Piala Dunia 2006 tersungkur pada peringkat kumpulan. Perancis dan Itali 'dihantar' pulang oleh pasukan yang kurang ternama dalam kumpulan masing-masing. Yang paling 'memalukan' kedua-dua pasukan ini menamatkan saingan pada peringkat kumpulan di tangga yang tercorot! Ramalan awal saya bahawa Itali mampu mara ke pusingan kedua ternyata meleset... Ternyata sekali bahawa Pasukan Itali pada Piala Dunia 2010 'menyajikan' persembahan terburuk mereka sepanjang sejarah penyertaan pasukan ini dalam Piala Dunia. Walaupun pada hakikatnya, Itali berupaya menunjukkan permainan yang berkualiti, tetapi faktor penjaga gol yang masih 'mentah' dalam penampilan antarabangsa menyebabkan Itali kecundang... Perancis? Pasukan ini hanya menghantar 'aib' sahaja pada Piala Dunia kali ini. Perancis bukan sahaja kalah kepada pasukan bukan pilihan tetapi mempersembahkan beberapa 'aksi' menarik para pemain dan jurulatihnya...Sememangnya Perancis layak dihantar pulang lebih awal! Apapun, TAHNIAH kepada pasukan ARGENTINA dan ENGLAND yang berjaya ke pusingan kedua!!!
Selepas berakhir perlawanan pertama dan permulaan perlawanan kedua dalam kumpulan masing-masing, negara-negara yang dianggap 'kuasa' bola sepak seperti Perancis, Jerman, England, dan Itali terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk menentukan hidup atau mati mereka dalam Piala Dunia 2010 ini. Sepanyol yang dikatakan pilihan menjuarai kejohanan pada edisi kali ini juga bermula dengan aksi yang kurang memberangsangkan apabila tewas 1-0 kepada Switzerland. England pula boleh dikatakan selalunya 'menang di atas kertas' sahaja apabila aksi para pemainnya begitu hambar ketika menentang pasukan kurang ternama Algeria. Seperti yang saya yakini sebelum ini, England belum menepati ciri-ciri pasukan yang muncul sebagai juara, kecuali ada perubahan taktikal dan ada kekuatan psikologi di kalangan pemainnya. Walau bagaimanapun, saya tetap berharap pasukan England mara sejauh mungkin dalam pertandingan ini...
Bagi Perancis pula, memang saya sudah jangka dari awal pasukan ini kurang menyerlah dari segi 'performance' semenjak dari kelayakan Piala Dunia lagi apabila pasukan ini hanya layak ke Afrika Selatan gara-gara tangan 'buyuk' Thiery Henry ketika menewaskan Ireland. Perancis saya jangka tidak mampu ke pusingan kedua apatah lagi pemain dan jurulatih dalam krisis 'panas' gara-gara penyingkiran Anelka oleh jurulatih Perancis, Raymond Domenech. Jerman pula, saya jangka pasukan ini tetap mara ke pusingan kedua walaupun tewas 1-0 kepada Serbia. Masalah yang agak ketara kepada pasukan Jerman ialah peluang yang terhidang tidak dapat diterjemahkan kepada gol oleh penyerangnya. Itali yang terpaksa berkongsi mata dengan New Zealand, jikalau kualiti yang mereka tunjukkan ketika menentang New Zealand dan Paraguay, pasukan ini tidak mampu pergi jauh. Mungkin juga Juara Dunia 2006 ini tidak mampu mara ke pusingan kedua jika seri atau kalah kepada Slovakia. 2 pasukan yang konsisiten setakat ini ialah Argentina dan Belanda. Kedua-dua pasukan ini pasti mengisi slot suku akhir... Bagi Brazil pula, pasukan ini pasti mudah mengatasi ranjau dalam kumpulannya walaupun Portugal boleh dikatakan pasukan yang akan memberi sedikit halangan kepada Brazil.. Portugal? Seperti kata Christiano Ronaldo ketika seri dengan Ivory Coast, seri bukannya satu keputusan yang teruk. Tapi kalau seri saja memanjang seperti England dan Itali pasti mengundang padah kepada pasukan Portugal juga.. Sebagai penutup GOOOOOO ARGENTINA!!!!!
P/s Pagi ni mau sokong Ivory Coast Vs Brazil pula...
Selama sebulan dari 11 Jun hingga 12 Julai, peminat dan bukan peminat bola sepak pastinya 'demam' dalam tempoh ini. Demam Piala Dunia di negara kita dihangatkan lagi dengan isu kelulusan pertaruhan bola sepak oleh kerajaan yang sehingga kini masih lagi tergantung keputusan sebenarnya. Apapun, FIFA World Cup adalah satu acara sukan sejagat yang mampu menyatukan seluruh umat manusia tanpa mengira status politik, taraf sosial, agama dan bangsa. Boleh dikatakan bola sepak Piala Dunia mengatasi prestij Sukan Olimpik dari segi kemeriahan dan keunggulannya. Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding. Biasanya pasukan-pasukan pilihan ramai ialah negara yang pernah atau beberapa kali memenangi piala ini seperti Brazil, Argentina , Itali, Perancis, dan Jerman. Pasukan yang sentiasa saya sokong sejak dulu ialah Argentina dan England... dan sudah pastinya Piala Dunia kali ini pun dua pasukan ini akan disokong walaupun terpaksa memilih yang mana satu pasukan kegemaran sebenar apabila bertembung sesama sendiri..Walaupun saya melihat pasukan England pada kali ini yang terbaik, dengan prestasi terbaik Wayne Rooney, tetapi jauh di sudut hati saya mengatakan pasukan ini belum berkemampuan untuk muncul sebagai juara, walaupun ada potensi ke arah menjadi juara. FIFA World Cup 2010 kali ini, saya menjangkakan ada 4 calon juara iaitu Sepanyol, Brazil, Itali dan Argentina... GO ARGENTINA...GO ENGLAND!!
P/s Saya sokong setiap pasukan yang menjadi lawan Brazil!!!
Chelsea meraih juara Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila melengkapkan perlawanan terakhir musim ini dengan kemenangan bergaya mengalahkan Wigan Athletic 8-0 di Stamford Bridge. Didier Drogba pula menjaringkan hatrik, sekail gus menjadi penjaring terbanyak liga dengan 29 gol. Dengan kemenangan itu, Chelsea berjaya menyekat Manutd untuk mencatat rekod kemenangan kejuaraan liga untuk kali ke-19. Apa pun tahniah kepada pasukan Chelsea dan para penyokongnya!!! Apapun Manutd pasti menggegar pada musim depan.!!! Alex Ferguson patut membeli 1-2 pemain bintang terutama sekali di bahagian serangan supaya tidak terlalu bergantung kepada Wayne Rooney... Jumpa lagi pada musim hadapan...!!!
Sebut sahaja ADIDAS, semua orang tahu perkataan ini. Perkataan ini adalah satu jenama sukan yang sudah terkenal di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, tidak semua orang tahu asal-usul atau sejarah jenama ini. Sejarah jenama ADIDAS bermula di pekan Herzogenaurach, dekat Nuremberg, Jerman. Pekan tersebut telah memberi kesan yang besar kepada sejarah kasut latihan sukan. Pada tahun 1948, pekan Herzogenaurach telah melancarkan secara rasmi kasut latihan sukan jenama adidas.
Bagaimana pula nama ADIDAS itu timbul? Seorang tukang kasut yang bekerja di Herzogenaurach, Adolph Dassler, mengambil keputusan untuk menamakan syarikat barunya. Dengan menggabungkan nama panggilannya ‘Adi’ dengan 3 huruf pertamanya iaitu Dassler, maka lahirlah nama ‘adidas’. Sebelum Adolph Dassler meninggal dunia pada tahun 1978, pada umur 78 tahun, Adi Dassler telah berjaya menghasilkan lebih daripada 700 reka bentuk kasut sukan dan peralatan sukan lain. Di samping itu juga, dia juga telah mendapat anugerah atau pengiktirafan (American Sporting Goods Industry Hall of Fame) bukan rakyat Amerika pertama yang terlibat secara langsung dengan kemajuan sukan di Amerika. Adidas juga telah menjadi syarikat yang terlibat dengan aktiviti lain selain daripada aktiviti sukan dengan cara memberi tajaan. Dengan kata lain, adidas merupakan jenama sukan pertama yang menaja aktiviti bukan berkaitan dengan sukan.
Walau bagaimanapun, sejarah sebenar kewujudan jenama adidas bermula pada 1920. Oleh sebab itulah, apabila bercakap tentang ADIDAS, kita juga perlu melihat sejarah permulaan jenama PUMA. Sejarah bagi kedua-dua syarikat Adidas dan Puma bermula di Herzogenaurach, di mana bapa Adi yang juga seourang tukang kasut, dan adiknya, Rudolph (‘Rudi’) tinggal. Adi dan Rudi amat meminati bidang sukan, tetapi sejarah bermula apabila Adi tidak pernah berpuas hati dengan kasut sukannya. Oleh itu, sebagai anak tukang kasut, dia mula membuat kasut untuk dirinya sendiri. Kasut yang dibuatnya mula mendapat perhatian dan reputasi. Apabila permintaan untuk kasut tersebut bertambah, perniagaan mereka semakin meningkat. Akhirnya, kedua adik beradik tersebut mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat yang didaftarkan sebagai Gebruder Dassler OHG (Dassler Brothers Ltd) pada1 Julai 1924. Kejayaan syarikat mereka berterusan apabila syarikat Dassler bersaudara ini menjadi pembekal kepada kasut sukan kepada pasukan Olimpik Jerman pada tahun 1928 dan 1932. Satu sejarah dilakar pada sukan Olimpik 1936 apabila atlet berkulit hitam Amerika, Jesse Owens memenangi 4 pingat emas dengan memakai kasut sukan Dassler di hadapan Adolph Hitler.
Satu perubahan besar bagi kedua-dua bersaudara itu berlaku pada tahun 1948 apabila kedua mereka mula bertelingkah. Khabar angin mengatakan bahawa punca pertelingkahan mereka berpunca daripada perempuan dan wang. Apa alasan sekalipun, pertelingkahan mereka sukar untuk dipulihkan, menyebabkan mereka membawa haluan masing-masing. Akhirnya, Adolph menubuhkan syarikatnya sendiri iaitu Adidas dan Rudi pula menubuhkan syarikat Puma. Selepas beberapa tahun perbalahan mereka melalui proses undang-undang, syarikat masing-masing menjadi maju dan menembusi pasaran dunia dengan hak ciptanya sendiri... [Bersambung]
Paul Scholes menanduk masuk gol kemenangan dramatik MUTD Ke atas Manchester City untuk meneruskan pemburuan kejuaraan liga. Gol penting ini terjelma pada minit ke-93 hasil hantaran silang daripada Patrice Evra. Gol ini juga menyamai gol dramatik oleh Michael Owen ketika MUTD menewaskan ManCity 3- 2 di Old Trafford... Congrat !!! Para penyokong MUTD pasti mengharapkan Chelsea tercicir mata apabila melawan Spurs...