Wednesday, August 28, 2013

Mari Makan Pisang...


Khasiat Pisang...

-Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

- Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

- Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

- Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

- Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

- Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

Wednesday, May 22, 2013

Manchester JUARA BPL 2012/2013


Manchester United secara rasmi melabuhkan tirai musim BPL 2012/2013 sebagai   juara kali ke-20. Mengikut penilaian, berikut adalah faktor penyumbang kepada kejuaraan  MUTD muim ini:



1. Impak Robin Van Persie
 Ketajaman penyudah penyerang prolifik Robin Van Persie dengan 24 gol  jelas menunjukkan bahawa Robin memberi impak yang sangat besar kepada MUTD musim ini.  Hampir setiap gol yang dicipta oleh RVP selalu membawa kemenangan. Bahkan uniknya lagi, setiap kali Robin menjaringkan gol, United tidak pernah mengalami kekalahan! Dengan itu, memang layak dia memenangi Kasut Emas musim ini!


2. Kecekapan Alex Ferguson

Selama seperempat abad Alex Ferguson bergelar pengurus MUTD, sudah puluhan kejuaraan  diberikan oleh lagenda ini kepada  Old Trafford. Kejuaraan musim 2012/2013 ini merupakan gelaran Liga Inggris ke-13 bagi Alex Ferguson. Prestasi tersebut tentu tidak didapatkan dengan mudah. Puluhan hingga ratusan jenis taktik telah diterapkan oleh Sir Alex Ferguson. Musim ini, ia sangat bijak dalam memilih pemain-pemain yang mengisi starting line-up sesuai dengan keperluan pasukan dan lawan yang dihadapi. Persaraannya pada hujung musim ini sudah tentu sangat dirindui oleh para penyokong MUTD di seluruh dunia.

3. Kestabilan De Gea
.

Pada musim ini, penjaga gol yang dibeli dari Atletico Madrid bermain lebihkonsisten. Walaupun jika dilihat dari segi jumlah bolos lebih banyak, sebenarnya itu bukanlah akibat kesalahan De Gea. Dia banyak  melakukan aksi menakjubkan yang dapat menyelamatkan MUTD daripada kekalahan

Sunday, March 17, 2013

PROGRAM SENAMAN BERDASARKAN FITT


Program latihan yang berkesan bergantung pada pelaksanaan aktiviti fizikal dalam program tersebut. Pelaksanaan aktiviti harus mempertimbangkan aspek kekerapan, intensiti, masa dan jenis aktiviti yang optimum untuk memperoleh tahap kecergasan maksimum. Keempat-empat aspek ini boleh dikenali sebagai FITT.

F (Frequency) - Kekerapan
I (Intensity) - Intensiti
T (Time) - Jangka Masa
T (Type) - Jenis Aktiviti


Frequency (Kekerapan)
Aktiviti fizikal perlu dilakukan dengan kerap. Kekerapan pelaksanaannya bergantung pada komponen kecergasan yang hendak dibina. Kekerapan ditentukan mengikut jumlah hari latihan dalam seminggu.

Intensity (Intensiti)
Aktiviti fizikal perlu dilakukan melebihi keupayaan normal. Sebagai contoh, kecergasan kardiovaskular memerlukan seseorang itu bersenam dalam zon melebihi paras Kadar Nadi Rehat (KNL).

Time (Jangka Masa)
Aktiviti perlu dilakukan dalam jangka masa 30 hingga 60 minit dalam sesuatu sesi latihan. Tempoh aktiviti bergantung pada intensiti. Sebagai contoh, jika intensiti senaman itu rendah, jangka masa aktiviti lebih lama.

Type ( Jenis)
Aktiviti yang dilakukan dalam sesuatu program terdiri daripada pelbagai jenis. Kepelbagaian ini membantu proses membina keseluruhan komponen kecergasan fizikal.

Friday, March 15, 2013

Penyakit Darah Tinggi : Rakyat Malaysia dalam Risiko...


           Kira-kira 32.7 peratus rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas kini menghidap penyakit darah tinggi. Ini dikesan melalui kajian rintis mengenai pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggunakan kaedah analisis air kencing selama 24 jam pada tahun lepas. Kandungan purata pengambilan garam oleh rakyat Malaysia ialah 8.7 gram sehari, iaitu 1.7 kali lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram sehari. Dalam kajian yang sama, didapati sos kicap soya merupakan makanan utama yang menyumbang kepada kandungan garam yang tinggi dan kaum lelaki merupakan golongan yang mengambil lebih banyak garam berbanding wanita. 
        Justeru itu, kita digesa supaya melaksanakan langkah pengurangan garam dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan menyasarkan tekanan darah (BP) pada paras optimal iaitu 120/80 mmHg atau kurang. Selain itu, hadkan pengambilan garam kepada kurang daripada satu paras sudu teh sehari semasa penyediaan makanan, memasak dan di meja makan. Gunakan perisa asli seperti rempah ratus, daun sup atau limau untuk menambah perisa berbanding penggunaan garam, sos atau penambah perisa yang lain. Kita juga disaran supaya mengambil dua sajian buah-buahan dan tiga sajian sayur-sayuran sehari, amalkan aktiviti fizikal atau senaman yang berkesan dan pupuk minda sihat melalui penanganan stres, tidak merokok dan sihat tanpa alkohol.
   
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Thursday, January 3, 2013

Amalkan gaya hidup sihat jika mahu umur panjang


Dua pakar pemakanan Malaysia mengakui bahawa individu yang memiliki berat badan lebih sedikit daripada Indeks Jisim Badan (BMI) yang ideal tidak akan membawa kemudaratan.Ketua Bahagian Pemakanan dan Dietetik Universiti Perubatan Antarabangsa, Prof. Dr. Fatimah Arshad berkata, ia bagaimanapun tertakluk kepada gaya hidup seseorang dan caranya mengurus berat badan. Sebagai contoh, jelas beliau, mempunyai BMI antara 26 dan 27 tidak akan mendatangkan masalah selagi individu berkenaan mempunyai julat lemak dalam tubuh yang normal serta menjalani aktiviti fizikal seperti bersenam.
“Sekiranya seseorang itu mempunyai BMI yang ideal tetapi tidak bersenam sekurang-kurangnya 30 minit selama lima hari berturut-turut, maka dia akan mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, kencing manis dan gout.
“Malah dia berkemungkinan mengalami sindrom mati mengejut disebabkan oleh kuantiti lemak yang terlalu tinggi dalam tubuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Beliau diminta mengulas satu kajian yang dilaporkan dalam Journal of the American Medical Association menunjukkan golongan yang mempunyai berat balebih sedikit daripada BMI ideal, memiliki kurang enam peratus risiko untuk meninggal dunia berbanding orang normal.
Sementara itu, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, Dr. Tee E. Siong berkata, kajian itu ada benarnya tetapi ia tidak bermakna kualiti hidup orang yang mempunyai berat badan berlebihan lebih baik berbanding golongan normal.
“Walaupun berkemungkinan dapat hidup lebih lama, mereka akan menderita pelbagai penyakit untuk satu tempoh yang panjang disebabkan penyakit-penyakit tersebut,” katanya.