Dinara Safina yang berang dengan penganjur kejohanan tenis Terbuka Amerika Syarikat mendakwa mereka tidak menunjukkan rasa hormat kepadanya selepas dia gagal mara di pusingan ke-3 kejohanan major itu kelmarin.Pemain tenis nombor satu dunia itu dan pemain Czech, Petra Kvitova dijadualkan beraksi pada waktu malam hari keenam kejohanan namun disebabkan pertandingan waktu siang telah tersasar lebih tiga jam daripada jadual asal, kedua-dua pemain itu diarahkan untuk tidak beraksi di gelanggang utama, Stadium Arthur Ashe.Sebaliknya, kedua-dua pemain itu diletakkan di gelanggang yang lebih kecil di Gelanggang Louis Armstrong bagi membolehkan pemain Amerika, James Blake dan pilihan ke-14, Tommy Robredo memulakan perlawanan mereka pada waktu sama di kawasan arena utama, Ashe.
Maria Sharapova kalah mengejut kepada pemain remaja, Melanie Oudin di pusingan ketiga Terbuka Amerika Syarikat. Melanie Oudin menewaskan Sharapova 3-6, 6-4, 7-5 dalam permainan yang menyaksikan banyak kesilapan yang dilakukan oleh Sharapova.
Sharapova memberikan Oudin kemenangan pada pertemuan tersebut setelah mencatat 21 kesalahan berganda dan membuat 63 kesalahan yang seharusnya tidak dilakukan di Stadium Arthur Ashe, kelmarin.Pemain berusia 22 tahun dari Rusia itu dilihat hilang arah untuk menjelaskan kesilapan pukulan servis yang dilakukan olehnya.Sharapova menolak untuk menggunakan alasan pembedahan ke atas kecederaan bahu kanannya pada Oktober lalu sebagai pengecualian kepada kekalahannya.Kesalahan berganda yang banyak dilakukan oleh pemain tenis Rusia itu telah membolehkan Oudin yang berusia 17 tahun berjaya mematahkan pukulan servis Sharapova sebanyak lapan kali.Ia sekali gus membuka pintu kepada Oudin yang merupakan pemain remaja Amerika Syarikat untuk melakukan kejutan menakjubkan ke atas bekas pemain terkemuka Rusia itu di hadapan penonton seramai 24,000 orang.Meskipun kedua-dua pemain tersebut mempunyai perbezaan gaya permainan yang besar, namun Oudin dilihat lebih berjaya mempamerkan permainan yang mengujakan.Oudin sebelum ini berjaya menumbangkan pemain pilihan keempat kejohanan, Elena Dementieva pada pusingan sebelumnya.Kejayaan Oudin itu mengingatkan orang ramai kepada aksi Sharapova pada zaman remajanya apabila dia memenangi kejohanan Wimbledon 2004 ketika berusia 17 tahun.Beberapa pemerhati menjangkakan Oudin yang mempunyai susuk tubuh yang kecil akan menjuarai trofi Terbuka Amerika Syarikat Sabtu ini.
Monday, September 7, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment