Tuesday, April 26, 2011

Manutd Pasti BOLEH...

Manutd berkunjung ke Schalke untuk separuh akhir pertama dengan harapan mara ke final di Wembley, 43 tahun selepas menewaskan Benfica di gelanggang sama untuk menjadi pasukan Inggeris pertama muncul juara di Eropah. Walaupun Schalke mengejutkan juara bertahan, Inter Milan dengan keputusan agregat 7-3 di suku akhir, tiada apa yang merugikan mereka menjelang kunjungan Manutd ke Veltins Arena itu. Ia adalah penampilan pertama kelab Gelsenkirchen itu sebagai empat kelab terakhir pada kejohanan utama Eropah namun mereka boleh mengambil kesempatan sejarah Manutd yang berhempas pulas apabila bertemu lawan dari Jerman. Selain kemenangan menewaskan Bayern Munich pada final 1999 untuk muncul juara, anak-anak buah Sir Alex Ferguson gagal memenangi empat daripada dua pertarungan timbal balik menentang kelab Jerman. Bayern mengatasi United pada suku akhir 2001 dan 2010 namun perbandingan lebih jelas adalah kekalahan separuh akhir kepada Borussia Dortmund pada 1997 dan Bayer Leverkusen pada 2002. Pada kedua-dua aksi itu, United diramal bakal mara namun tewas agregat 2-0 kepada Dortmund yang muncul juara dan tersingkir dengan peraturan gol tempat lawan ketika menentang Leverkusen lima tahun kemudian. Pastinya Ferguson sedar persamaan itu dan berwaspada dengan mentaliti barisan pemain Schalke ketika menyingkirkan penyandang juara, Inter dengan keputusan 5-2 pada suku akhir pertama. BERDASARKAN REKOD DI GELANGGANG LAWAN BEBERAPA TAHUN KEBELAKANGAN INI DALAM PERTANDINGAN LIGA JUARA-JUARA INI, MANUTD PASTINYA DAPAT MENGATASI SCHALKE DI SAMPING PENGALAMAN DAN MENTALITI YANG KUAT PARA PEMAINNYA...Ramalan Manutd 2- 1 Schalke...

Sunday, April 10, 2011

Mau Up To Date Sudah la...

Lama tidak 'update' blog ni...sampai lupa2 sdh user name dan password...nasid dpt recover balik!!
Mau aktif balik la blog ni...mana tau ada sesuatu yg menarik utk dikongsikan bersama...

Thursday, December 23, 2010

Piala Suzuki: Malaysia BOLEH, Indonesia BISA

Aksi Final pusingan pertama Piala Suzuki 2010 di antara Malaysia dengan Indonesia Ahad ini pasti menarik untuk disaksikan terutama sekali selepas menonton, membaca dan menilai sendiri perang psikologi melalui media massa. Apa pun, kedua-dua pasukan mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing, yang pasti diambil kesempatan oleh kedua-dua jurulatih untuk dijana oleh pemain masing-masing. Bagi saya, kelebihan dari segi taktikal dan corak permainan yang kemas lebih kepada pasukan Indonesia walaupun mereka tidak mampu mengekalkannya ketika bertemu Filipina. Walau bagaimanapun, jika anak-anak buah Rajagopal, mampu mempamerkan permainan ketika menewaskan dan seri dengan Vietnam pada separuh akhir, tidak mustahil Malaysia dapat mengalahkan Indonesia. Malaysia BOLEH, Tapi Indonesia cakap Indonesia BISA!!!! Kalau ikut slogan ini, macam Malaysia yang kalah pula..sebab perkataan 'bisa' tu yang mahal..

Ramalan keputusan Ahad ini 2-0...

Wednesday, December 22, 2010

Menang 7 Kali: Jangan Undi Saya Lagi...

Penyerang Manchester United, Dimitar Berbatov memberitahu wartawan supaya tidak lagi mengundinya selepas dia diumum pemain Bola Sepak Terbaik Bulgaria untuk kali ketujuh. Pemain yang mendahului senarai penjaring terbanyak untuk Bulgaria dengan 48 gol itu, mengumumkan persaraannya Mei lalu dengan alasan sudah tidak berada pada prestasi terbaik selain komitmen bersama keluarga tetapi dia dilihat menyerlah bersama United. Bulan lalu, dia muncul pemain keempat yang mampu menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris iaitu ketika membantu pasukannya membenam Blackburn Rovers 7-1. Berbatov berharap dia dapat menamatkan kariernya di United.

*** Kalau adalah pemain bola sepak atau atlet negara kita yang merayu seperti ini, alangkah bagusnya. Tapi kenyataan Berbatov itu juga menunjukkan dia adalah pemain yang paling menonjol daripada pemain/atlet yang lebih handal yang lain di negara itu.

Thursday, October 21, 2010

Selamat Tinggal Rooney ?...

Masa depan Rooney di Old Trafford hampir pasti berakhir pada Januari depan setelah pengurus United, Alex Ferguson mengesahkan bahawa penyerang England itu mahu meninggalkan kelab tersebut. Manchester City dikatakan bersedia menawarkan Rooney gaji sekitar £250,000 (RM1.2 juta) seminggu tetapi United lebih cenderung melihat pemain England itu berhijrah ke luar negara atau menyertai Chelsea. Jurulatih Barcelona, Pep Guardiola turut mengesahkan bahawa dia cukup mengidamkan pemain seperti Rooney. Pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti turut mengalu-alukan kehadiran Rooney ke kelab London itu andai ayam tambatan United itu berminat menyertai mereka. Nilai Rooney kini telah pun merudum kerana dia hanya memiliki baki kontrak sehingga Jun 2012 bersama United. Barcelona dijangka akan meletakkan tawaran sekitar £25 juta (RM122.5 juta) untuk mendapatkan Rooney tatkala City pastinya mampu meletakkan tawaran yang lebih tinggi.

Keputusan pemain 'degil' seperti Rooney untuk meninggalkan MU bukanlah satu berita yang menggembirakan kepada para peminat MU. Walau bagaimanapun, apabila seseorang pemain tidak mempunyai nilai kesetiaan kepada kelab dan membiarkan dirinya dibuai kemewahan dan merasakan dirinya begitu hebat, kita terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepadanya. Sejarah kehebatan MU bukan berdasarkan kepada kehebatan individu semata-mata tetapi lebih kepada semangat berpasukan dan kehebatan pengurusnya. Dengan itu, saya sangat bersetuju dengan kata-kata Ferguson ini., "MU pasti akan melahirkan lebih ramai bintang berdisiplin selepas ini berbanding seorang pemain yang mempunyai ego yang tinggi" ...



Tuesday, October 5, 2010

Tentang Rokok Lagi...

Kerajaan telah menaikkan kadar duti eksais bagi rokok sebanyak tiga sen sebatang, berkuat kuasa 1 Oktober lalu. Dengan kenaikan kadar duti eksais itu, amaun kenaikan cukai bagi sekotak rokok 20 batang ialah kira-kira 63 sen, iaitu 60 sen daripada duti eksais dan tiga sen daripada cukai jualan, demikian menurut satu kenyataan daripada Kementerian Kewangan di sini semalam. Kenyataan itu mengesahkan laporan sebelum ini tentang kenaikan cukai itu. Sebelum ini, kadar duti eksais bagi rokok ialah 19 sen dan 20 peratus sebatang. Kenaikan itu adalah selaras dengan komitmen kerajaan di bawah Konvensyen Rangka Kerja Mengenai Kawalan Tembakau Pertubuhan Kesihatan Dunia. Melalui komitmen itu, kaedah percukaian dan kawalan harga merupakan langkah penting dan berkesan dalam mengawal penularan gejala merokok, terutama di kalangan remaja.

Friday, October 1, 2010

SOS PUNCA PENYAKIT KRONIK


Memasak tanpa menggunakan sos perasa untuk menyedapkan masakan seolah-olah tidak lengkap bagi manusia zaman ini. Sos tiram, kicap manis atau masin, sos tomato dan sos cili, misalnya, bukan sahaja menambah perasa tetapi juga membangkitkan selera penggemarnya. Namun begitu, percaya atau tidak penggunaan penambah rasa seperti sos ke dalam masakan harian didakwa menjadi punca kepada 146 penyakit kronik. Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa, kandungan gula yang terlalu tinggi di dalam kandungan setiap botol sos itu bertindak sebagai 'pembunuh senyap'. Kajian CAP pada tahun lalu mendapati sebotol sos cili dan tomato daripada pelbagai jenama mengandungi sebanyak 25.9 sudu teh hingga 37.1 sudu teh gula. Pegawai Pendidikan Pengguna CAP, N.V. Subbarow berkata, penggunaan tanpa kawalan bahan-bahan itu dengan mudah boleh menyebabkan penyakit diabetes, obesiti dan mempercepatkan proses penuaan.

(Sumber: Kosmo)