Sunday, May 8, 2011

Perang Psikologi Penentuan Juara EPL 2010/2011

Alex Ferguson menggunakan helah lamanya kelmarin dengan memberi tekanan kepada pengadil, Howard Webb menjelang aksi penentu kejuaraan Liga Perdana England malam ini. Pengurus Manchester United itu menjelaskan bahawa beberapa keputusan daripada pengadil telah tidak menyebelahinya sejak beberapa pertemuan dengan Chelsea baru-baru ini. Ferguson menjelaskan bahawa beliau bimbang sekiranya keputusan pengadil itu akan menjejaskan peluang pasukannya mencatat kemenangan ke atas The Blues. Beliau telah digantung lima perlawa- nan kerana mengkritik pengadil, Martin Atkinson selepas Chelsea menewaskan United di Stamford Bridge pada Mac lalu.Tahun lepas, Didier Drogba berada dalam kedudukan ofsaid ketika menjaringkan gol kemenangan Chelsea di Old Trafford. Malah Ferguson juga mempertikaikan sepakan percuma yang menyaksikan John Terry menanduk masuk gol keme- nangan The Blues di Stamford Bridge pada 2009. Namun masih ada berita baik bagi United iaitu mereka juga telah memenangi sembilan kali ketika Webb iaitu pengadil malam ini, menjadi pengadil di Old Trafford.

Bagi coach Chelsea pula, Ancelotti sedar peranan pengadil Howard Webb pasti penting ketika pasukannya mengintai kemenangan di Old Trafford malam ini yang akan meletakkan mereka dalam situasi terbaik mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Ancelotti percaya sikap mengkritik pengadil tidak melambangkan imej yang baik dalam sukan bola sepak dan beliau tidak berganjak dengan pendiriannya bahawa pengurus tidak mendapat apa-apa sekiranya meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pegawai perlawanan. Kemenangan buat Chelsea malam ini bermakna Blues akan merampas tangga teratas, di depan United menerusi perbezaan jaringan dengan berbaki dua perlawanan, manakala kemenangan buat anak buah Ferguson menyaksikan mereka memerlukan satu mata saja untuk meraih rekod kejuaraan kali ke-19. Ancelotti percaya pasukannya memiliki kelebihan psikologi ke atas United, kelab gergasi yang terdesak untuk melepaskan tangga pertama selepas mendahului dengan perbezaan 15 mata di depan Chelsea pada satu ketika.

Ramalan: Manutd 1 - 0 Chelsea

0 comments:

Post a Comment