Friday, October 14, 2011
Tidak bersenam, stres, rokok, arak punca penyakit tidak berjangkit...
Thursday, July 28, 2011
Singa Singapura Membaham Harimau Malaya...
Harimau Malaya gagal mengekang kemaraan Singapura untuk melangkah ke pusingan ketiga Piala Dunia 2014 buat kali pertama selepas diikat 1-1 dalam perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil. Pasukan Malaysia tersingkir menerusi agregat 6-4 di depan hampir 90,000 penonton, malah menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayangkan kad merah pada minit ke-93.
Sebenarnya tujuan saya mem'bold' frasa Harimau Malaya tersebut kerana kurang bersetuju dengan gelaran tersebut kepada pasukan kebangsaan...kenapa? sebabnya penggunaan gelaran tersebut tidak menggambarkan aspirasi peminat bola sepak rakyat Malaysia di Sabah dan Sarawak...Dengan kata lain, gelaran tersebut menyinggung perasaan peminat setia pasukan Malaysia dari kedua-dua negeri ini. Cuba bayangkan kalau pasukan bola sepak kebangsaan digelar Harimau Borneo atau Harimau Sarawak... Sepatutnya gelaran yang paling sesuai gunakanlah Harimau Malaysia yang menggambarkan semangat semua rakyat Malaysia walaupun tiada seorang pun pemain daripada sabah dan Sarawak...
Tuesday, May 31, 2011
Baru dapat MASUK...
Sunday, May 8, 2011
Perang Psikologi Penentuan Juara EPL 2010/2011
Alex Ferguson menggunakan helah lamanya kelmarin dengan memberi tekanan kepada pengadil, Howard Webb menjelang aksi penentu kejuaraan Liga Perdana England malam ini. Pengurus Manchester United itu menjelaskan bahawa beberapa keputusan daripada pengadil telah tidak menyebelahinya sejak beberapa pertemuan dengan Chelsea baru-baru ini. Ferguson menjelaskan bahawa beliau bimbang sekiranya keputusan pengadil itu akan menjejaskan peluang pasukannya mencatat kemenangan ke atas The Blues. Beliau telah digantung lima perlawa- nan kerana mengkritik pengadil, Martin Atkinson selepas Chelsea menewaskan United di Stamford Bridge pada Mac lalu.Tahun lepas, Didier Drogba berada dalam kedudukan ofsaid ketika menjaringkan gol kemenangan Chelsea di Old Trafford. Malah Ferguson juga mempertikaikan sepakan percuma yang menyaksikan John Terry menanduk masuk gol keme- nangan The Blues di Stamford Bridge pada 2009. Namun masih ada berita baik bagi United iaitu mereka juga telah memenangi sembilan kali ketika Webb iaitu pengadil malam ini, menjadi pengadil di Old Trafford.
Bagi coach Chelsea pula, Ancelotti sedar peranan pengadil Howard Webb pasti penting ketika pasukannya mengintai kemenangan di Old Trafford malam ini yang akan meletakkan mereka dalam situasi terbaik mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris. Ancelotti percaya sikap mengkritik pengadil tidak melambangkan imej yang baik dalam sukan bola sepak dan beliau tidak berganjak dengan pendiriannya bahawa pengurus tidak mendapat apa-apa sekiranya meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pegawai perlawanan. Kemenangan buat Chelsea malam ini bermakna Blues akan merampas tangga teratas, di depan United menerusi perbezaan jaringan dengan berbaki dua perlawanan, manakala kemenangan buat anak buah Ferguson menyaksikan mereka memerlukan satu mata saja untuk meraih rekod kejuaraan kali ke-19. Ancelotti percaya pasukannya memiliki kelebihan psikologi ke atas United, kelab gergasi yang terdesak untuk melepaskan tangga pertama selepas mendahului dengan perbezaan 15 mata di depan Chelsea pada satu ketika.
Ramalan: Manutd 1 - 0 Chelsea
Wednesday, May 4, 2011
'The Special One Tersungkur' ...
Rekod pengurus Real Madrid, Jose Mourinho tercalar selepas mencipta nama sebagai pengurus paling unik membawa tiga pasukan berbeza mara ke final.Rekod cemerlangnya itu bermula pada tahun 2004 apabila membawa Porto muncul juara diikuti kejayaan kedua ketika membimbing Inter Milan pada 2010. Dia turut menjadi nadi di sebalik kejayaan Chelsea melangkah ke final Liga Juara-Juara pada musim 2007/2008. Semalam, Real ditunjuk jalan keluar oleh Barca yang menang dengan agregat 3-1 hasil kemenangan 2-0 pada separuh akhir pertama minggu lalu dan seri 1-1 pada aksi kedua. Barca kini mungkin berdepan Manchester United, pertemuan yang dilihat sebagai ulangan final 2009 yang dimenangi kelab Catalan itu. Nampaknya, coach yang menggelarkan dirinya 'The Special One' menunggu sehingga musim depan untuk mara ke final Champion League...
Tuesday, April 26, 2011
Manutd Pasti BOLEH...
Manutd berkunjung ke Schalke untuk separuh akhir pertama dengan harapan mara ke final di Wembley, 43 tahun selepas menewaskan Benfica di gelanggang sama untuk menjadi pasukan Inggeris pertama muncul juara di Eropah. Walaupun Schalke mengejutkan juara bertahan, Inter Milan dengan keputusan agregat 7-3 di suku akhir, tiada apa yang merugikan mereka menjelang kunjungan Manutd ke Veltins Arena itu. Ia adalah penampilan pertama kelab Gelsenkirchen itu sebagai empat kelab terakhir pada kejohanan utama Eropah namun mereka boleh mengambil kesempatan sejarah Manutd yang berhempas pulas apabila bertemu lawan dari Jerman. Selain kemenangan menewaskan Bayern Munich pada final 1999 untuk muncul juara, anak-anak buah Sir Alex Ferguson gagal memenangi empat daripada dua pertarungan timbal balik menentang kelab Jerman. Bayern mengatasi United pada suku akhir 2001 dan 2010 namun perbandingan lebih jelas adalah kekalahan separuh akhir kepada Borussia Dortmund pada 1997 dan Bayer Leverkusen pada 2002. Pada kedua-dua aksi itu, United diramal bakal mara namun tewas agregat 2-0 kepada Dortmund yang muncul juara dan tersingkir dengan peraturan gol tempat lawan ketika menentang Leverkusen lima tahun kemudian. Pastinya Ferguson sedar persamaan itu dan berwaspada dengan mentaliti barisan pemain Schalke ketika menyingkirkan penyandang juara, Inter dengan keputusan 5-2 pada suku akhir pertama. BERDASARKAN REKOD DI GELANGGANG LAWAN BEBERAPA TAHUN KEBELAKANGAN INI DALAM PERTANDINGAN LIGA JUARA-JUARA INI, MANUTD PASTINYA DAPAT MENGATASI SCHALKE DI SAMPING PENGALAMAN DAN MENTALITI YANG KUAT PARA PEMAINNYA...Ramalan Manutd 2- 1 Schalke...