Sunday, June 27, 2010
FIFA World Cup : England Ooooo England...
Dengan Keputusan kalah 4-1 kepada Jerman, England ditendang keluar daripada Piala Dunia 2010 dengan satu kekalahan yang besar. Dengan terkeluarnya England. maka berakhirlah pelbagai spekulasi tentang kehebatan skuad yang dikatakan 'cemerlang' ini... Maka benarlah England hanya 'hebat di atas kertas sahaja' !!! Sebagai salah seorang yang mengharapkan kemaraan England dalam Piala Dunia ini, ternyata sekali persembahan England dari taktikal mudah dibaca dan dipatahkan oleh pemain Jerman. Walaupun kita akui jika jaringan Frank Lampard dikesan oleh pengadil, gol itu adalah 'turning point' yang sangat penting untuk England memenangi perlawanan itu. Dari satu segi, mungkin sudah sampai masanya sukan bola sepak menggunakan kecanggihan teknologi dalam sesetengah perkara penting ketika perlawanan berlangsung... Apapun, tahniah kepada Jerman!!!
Thursday, June 24, 2010
FIFA WORLD CUP: 2 Finalis 2006 Tersingkir...
Dua gergasi bola sepak Eropah yang merupakan finalis Piala Dunia 2006 tersungkur pada peringkat kumpulan. Perancis dan Itali 'dihantar' pulang oleh pasukan yang kurang ternama dalam kumpulan masing-masing. Yang paling 'memalukan' kedua-dua pasukan ini menamatkan saingan pada peringkat kumpulan di tangga yang tercorot! Ramalan awal saya bahawa Itali mampu mara ke pusingan kedua ternyata meleset... Ternyata sekali bahawa Pasukan Itali pada Piala Dunia 2010 'menyajikan' persembahan terburuk mereka sepanjang sejarah penyertaan pasukan ini dalam Piala Dunia. Walaupun pada hakikatnya, Itali berupaya menunjukkan permainan yang berkualiti, tetapi faktor penjaga gol yang masih 'mentah' dalam penampilan antarabangsa menyebabkan Itali kecundang... Perancis? Pasukan ini hanya menghantar 'aib' sahaja pada Piala Dunia kali ini. Perancis bukan sahaja kalah kepada pasukan bukan pilihan tetapi mempersembahkan beberapa 'aksi' menarik para pemain dan jurulatihnya...Sememangnya Perancis layak dihantar pulang lebih awal!
Apapun, TAHNIAH kepada pasukan ARGENTINA dan ENGLAND yang berjaya ke pusingan kedua!!!
Sunday, June 20, 2010
Sedikit Coretan Tentang FIFA World Cup ...
Selepas berakhir perlawanan pertama dan permulaan perlawanan kedua dalam kumpulan masing-masing, negara-negara yang dianggap 'kuasa' bola sepak seperti Perancis, Jerman, England, dan Itali terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir peringkat kumpulan untuk menentukan hidup atau mati mereka dalam Piala Dunia 2010 ini. Sepanyol yang dikatakan pilihan menjuarai kejohanan pada edisi kali ini juga bermula dengan aksi yang kurang memberangsangkan apabila tewas 1-0 kepada Switzerland. England pula boleh dikatakan selalunya 'menang di atas kertas' sahaja apabila aksi para pemainnya begitu hambar ketika menentang pasukan kurang ternama Algeria. Seperti yang saya yakini sebelum ini, England belum menepati ciri-ciri pasukan yang muncul sebagai juara, kecuali ada perubahan taktikal dan ada kekuatan psikologi di kalangan pemainnya. Walau bagaimanapun, saya tetap berharap pasukan England mara sejauh mungkin dalam pertandingan ini...
Bagi Perancis pula, memang saya sudah jangka dari awal pasukan ini kurang menyerlah dari segi 'performance' semenjak dari kelayakan Piala Dunia lagi apabila pasukan ini hanya layak ke Afrika Selatan gara-gara tangan 'buyuk' Thiery Henry ketika menewaskan Ireland. Perancis saya jangka tidak mampu ke pusingan kedua apatah lagi pemain dan jurulatih dalam krisis 'panas' gara-gara penyingkiran Anelka oleh jurulatih Perancis, Raymond Domenech.Jerman pula, saya jangka pasukan ini tetap mara ke pusingan kedua walaupun tewas 1-0 kepada Serbia. Masalah yang agak ketara kepada pasukan Jerman ialah peluang yang terhidang tidak dapat diterjemahkan kepada gol oleh penyerangnya. Itali yang terpaksa berkongsi mata dengan New Zealand, jikalau kualiti yang mereka tunjukkan ketika menentang New Zealand dan Paraguay, pasukan ini tidak mampu pergi jauh. Mungkin juga Juara Dunia 2006 ini tidak mampu mara ke pusingan kedua jika seri atau kalah kepada Slovakia.
2 pasukan yang konsisiten setakat ini ialah Argentina dan Belanda. Kedua-dua pasukan ini pasti mengisi slot suku akhir... Bagi Brazil pula, pasukan ini pasti mudah mengatasi ranjau dalam kumpulannya walaupun Portugal boleh dikatakan pasukan yang akan memberi sedikit halangan kepada Brazil.. Portugal? Seperti kata Christiano Ronaldo ketika seri dengan Ivory Coast, seri bukannya satu keputusan yang teruk. Tapi kalau seri saja memanjang seperti England dan Itali pasti mengundang padah kepada pasukan Portugal juga..
Sebagai penutup GOOOOOO ARGENTINA!!!!!
P/s Pagi ni mau sokong Ivory Coast Vs Brazil pula...
Thursday, June 10, 2010
'Demam' Piala Dunia Bermula..
Selama sebulan dari 11 Jun hingga 12 Julai, peminat dan bukan peminat bola sepak pastinya 'demam' dalam tempoh ini. Demam Piala Dunia di negara kita dihangatkan lagi dengan isu kelulusan pertaruhan bola sepak oleh kerajaan yang sehingga kini masih lagi tergantung keputusan sebenarnya. Apapun, FIFA World Cup adalah satu acara sukan sejagat yang mampu menyatukan seluruh umat manusia tanpa mengira status politik, taraf sosial, agama dan bangsa. Boleh dikatakan bola sepak Piala Dunia mengatasi prestij Sukan Olimpik dari segi kemeriahan dan keunggulannya.
Piala Dunia 2010 yang diadakan di Afrika Selatan melibatkan 32 pasukan kebangsaan yang bertanding. Biasanya pasukan-pasukan pilihan ramai ialah negara yang pernah atau beberapa kali memenangi piala ini seperti Brazil, Argentina , Itali, Perancis, dan Jerman. Pasukan yang sentiasa saya sokong sejak dulu ialah Argentina dan England... dan sudah pastinya Piala Dunia kali ini pun dua pasukan ini akan disokong walaupun terpaksa memilih yang mana satu pasukan kegemaran sebenar apabila bertembung sesama sendiri..Walaupun saya melihat pasukan England pada kali ini yang terbaik, dengan prestasi terbaik Wayne Rooney, tetapi jauh di sudut hati saya mengatakan pasukan ini belum berkemampuan untuk muncul sebagai juara, walaupun ada potensi ke arah menjadi juara. FIFA World Cup 2010 kali ini, saya menjangkakan ada 4 calon juara iaitu Sepanyol, Brazil, Itali dan Argentina... GO ARGENTINA...GO ENGLAND!!
P/s Saya sokong setiap pasukan yang menjadi lawan Brazil!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)