Apabila sasaran dalam senaman kita untuk menurunkan berat badan, aktiviti larian adalah satu cara yang paling efektif, mudah dan murah. Berlari adalah satu cara yang paling berkesan untuk membakar kalori dan meningkatkan kecergasan diri tanpa perlu menyekat pemakanan harian. Berikut adalah kesan jika kita melakukan aktiviti berlari :
1. Kesan larian akan tetap dirasai walaupun ketika mula berehat. latihan intensiti tinggi seperti berlari akan merangsang lebih banyak kesan selepas pembakaran kalori berbanding latihan intensiti rendah. Apabila kita berlari dan berjalan dalam jarak yang sama, kajian mendapati berlari lebih merangsang kesan penurunan berat badan yang lebih besar, kemungkinan daripada tenaga rehat yang digunakan selepas berlari. Dalam satu kajian, kalori yang dibakar melalui aktiviti larian membawa kepada penurunan berat badan 90 peratus berbanding kalori yang dibakar menerusi aktiviti berjalan.
2. Rasa puas. Setiap kali selepas aktiviti larian, diri pasti puas dan lebih gembira. Tubuh juga rasa lebih ringan terutama apabila berjaya menamatkan larian dan mengeluarkan peluh yang banyak. kajian mendapati sesetengah pelari seakan-akan khayal selepas menamatkan larian kerana berasa gembira dan puas hati.
3. Berlari membuatkan sel otak berkembang dengan baik. Berlari merangsang pembentukan sel saraf baru dan saluran darah dalam otak iaitu organ yang cenderung mengecut ketika meningkatnya usia.Selain itu, kajian menunjukkan bahawa aktiviti berlari boleh meningkatkan jumlah rangsangan otak tengah yang mengawal penglihatan dan pendengaran kita, serta merangsang hipokampus yang dikaitkan dengan ingatan dan pembelajaran kita.
4. Berlari membantu meningkatkan keupayaan seseorang untuk belajar dan mengingati maklumat. Satu kajian pada 2012 menunjukkan bahawa mereka yang cergas menerusi aktiviti berlari lulus ujian memori berbanding golongan yang kurang cergas dan hanya melakukan senaman ringan.
Diedit daripada sumber Harian Metro oleh JIM.
Friday, May 23, 2014
Tuesday, May 20, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)