Monday, May 14, 2012
'ManCity Ketinggalan 100 Tahun'
Monday, April 2, 2012
MUTD Selesa di Takhta Liga EPL
Kedua-dua gol diperoleh pada masa kedua menerusi rembatan kencang Antonio Valencia pada minit ke-81 dan Asley Young lima minit selepas itu. United bagaimanapun hampir pulang dengan tangan kosong selepas beberapa percubaan merbahaya penyerang Blackburn, Ayegbeni Yakubu terutama pada separuh masa pertama. Namun kemasukan Young pada minit ke-70 menggantikan Paul Scoles jelas mengukuhlan jentera serangan membolehkan United membaea pulang tiga mata penuh. Dengan keputusan itu, United kini memperoleh 76 mata daripada 31 perlawanan berbanding City di tangga kedua liga dengan 71 mata.
Wednesday, March 28, 2012
Lelaki lebih terdedah pada diabetes jenis 2
SEORANG pengkaji dari Universiti Glasgow, Scotland, Profesor Naveed Sattar berkata lelaki lebih terdedah kepada penyakit diabetes jenis 2 berbanding wanita disebabkan faktor biologi dan pemakanan. Kenyataannya itu berdasarkan kajian terhadap 51,290 lelaki dan 43,137 wanita di Scotland dengan mengambil kira berat badan, faktor kegemukan serta indeks jisim badan (BMI) mereka. Dalam kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Diabetologia itu, kebanyakan lemak lelaki tersimpan di dalam organ seperti limpa dan buah pinggang manakala wanita di pinggul dan muka. Diabetes jenis 2 terjadi disebabkan terlalu banyak gula dalam badan hingga merosakkan buah pinggang dan organ lain.Penyakit itu dapat dicegah dengan mengurangkan berat badan berlebihan, makan makanan yang sihat dan seimbang selain selalu bersenam.
Sumber: KOSMO