"Tidak bersenam, bersenam dengan cara salah, stres, minuman keras dan merokok antara faktor utama dikenal pasti sebagai punca penyakit tidak berjangkit (NCD) terutamanya penyakit jantung yang banyak dihidapi oleh rakyat Malaysia. Hampir 12,000 kematian akibat penyakit jantung dicatatkan di seluruh negara tahun 2010. Kajian kementerian Kesihatan menunjukkan satu daripada setiap dua penduduk dewasa di Malaysia menghidapi hipertensi manakala setiap satu daripada lapan dewasa menghidapi diabetes. Semakin ramai rakyat Malaysia mati lebih awal (pramatang) akibat penyakit NCD. Berdasarkan rekod, trend masyarakat kini meninggal sebelum umur 60 tahun akibat gaya hidup tidak sihat serta mengabaikan kesihatan. Secara purata hanya kira-kira 15 peratus rakyat Malaysia yang melakukan senaman. Selebihnya tidak bersenam atau bersenam dengan cara salah..."
3 TINDAKAN utama kita selepas membaca artikel ini:
1. Bersenam dengan cara yang betul sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dengan setiap sesi sekurang-
kurangnya 30 minit.
2. Makan makanan seimbang mengikut Piramid Makanan yang disyorkan.
3. Mengamalkan Gaya Hidup Sihat dengan cara tidak merokok, tidak meminum minuman beralkohol dan
sebagainya...