Sunday, September 19, 2010
BPL: Kemenangan Tipis MU
Dimitar Berbatov meraikan gol hatrik pertama dalam tempoh 64 tahun untuk Manchester United terhadap musuh tradisi Liverpool...MU menang 3-2 dalam aksi yg sangat mendebarkan.
Monday, September 13, 2010
Penjaga Gol Yang SANGAT Lalai...
Tendangan penalti untuk penentuan ke suku akhir di antara Maghreb Fez dan FAR Rabat dalam Morocco's Coupe du Trone. Semasa tendangan ini diambil kedudukan terikat 6-6, dan jikalau keeper yang cuai ini tidak lalai, pasukan FAR Rabat akan masuk ke suku akhir...
Friday, September 3, 2010
Kebenaran Khas Kepada Guru-Guru Dan Murid-Murid Yang Melaksanakan Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani & Kesihatan (PJK) Memakai Pakaian Rasmi Sukan ...
Dalam usaha kerajaan memperkasakan sukan dan mata pelajaran Pendidikan Jasmani (PJK) di sekolah, Jawatankuasa Induk Pembangunan Sukan Sekolah yang dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran telah memutuskan bahawa satu Surat Siaran tentang pakaian sukan dikeluarkan. Sehubungan dengan itu, semua guru dan pelajar di sekolah rendah dan menengah yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang sesuai seperti berikut:
Guru : Memakai T-Shirt berkolar, seluar sukan (Track-Bottom) serta memakai kasut sukan
dan stokin putih.
Pelajar : Memakai T-Shirt berkolar atau tidak berkolar, seluar sukan (Track-Bottom) serta
memakai kasut sukan dan stokin putih.
Lanjutan daripada perkara tersebut, KPM juga telah bersetuju memberi kelonggaran kepada guru-guru termasuk juga pelajar yang melaksanakan mata pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) untuk memakai pakaian sukan sepanjang hari berkenaan.
S&RH : Berita baik kerana:
1. Pelajar tidak perlu susah2 menyalin baju terutama pelajar perempuan.
2. Menjimatkan masa guru dan pelajar sebelum dan selepas P&P.
Kontrasnya pula: 1. Tidak semua pelajar suka memakai baju sukan.
2. Bagi sekolah yang belum ada baju T-Shirt untuk PJK,
pemandangan di kelas akan berwarna-warni.
3. Pihak pentadbiran sekolah, kadang-kadang 'kurang'
bersetuju dengan pelaksanaannya.
Kesimpulannya, Surat Siaran ini patut dan wajib dilaksanakan...

Subscribe to:
Posts (Atom)