Tuesday, September 19, 2017

5 Kesilapan dalam Melakukan SENAMAN

1. Bersenam dgn perut kosong
2. Tidak Memanaskan Badan
3. Tidak Konsisten
4.  Tidak menjaga pemakanan
5. Tidak dilakukan secara berperingkat
1. Bersenam dgn perut kosong
2. Tidak Memanaskan Badan
3. Tidak Konsisten
4.  Tidak menjaga pemakanan
5. Tidak dilakukan secara berperingkat

5 Kesilapan Dalam Melakukan SENAMAN...

Wednesday, September 6, 2017

Friday, May 23, 2014

Berlari :Bakar Lemak dan Turunkan Berat Badan Kita...

Apabila sasaran dalam senaman kita untuk menurunkan berat badan, aktiviti larian adalah satu cara yang paling efektif, mudah dan murah. Berlari adalah satu cara yang paling berkesan untuk membakar kalori dan meningkatkan kecergasan diri tanpa perlu menyekat pemakanan harian. Berikut adalah kesan jika kita melakukan aktiviti berlari  :
1. Kesan larian akan tetap dirasai walaupun ketika mula berehat. latihan intensiti tinggi seperti berlari akan merangsang lebih banyak kesan selepas pembakaran kalori berbanding latihan intensiti rendah. Apabila kita berlari dan berjalan dalam jarak yang sama, kajian mendapati berlari lebih merangsang kesan penurunan berat badan yang lebih besar, kemungkinan daripada tenaga rehat yang digunakan selepas berlari. Dalam satu kajian, kalori yang dibakar melalui aktiviti larian membawa kepada penurunan berat badan 90 peratus berbanding kalori yang dibakar menerusi aktiviti berjalan.
2. Rasa puas. Setiap kali selepas aktiviti larian, diri pasti puas dan lebih gembira. Tubuh juga rasa lebih ringan terutama apabila berjaya menamatkan larian dan mengeluarkan peluh yang banyak. kajian mendapati sesetengah pelari seakan-akan khayal selepas menamatkan larian kerana berasa gembira dan puas hati.
3. Berlari membuatkan sel otak berkembang dengan baik. Berlari merangsang pembentukan sel saraf baru dan saluran darah dalam otak iaitu organ yang cenderung mengecut ketika meningkatnya usia.Selain itu, kajian menunjukkan bahawa aktiviti berlari boleh meningkatkan jumlah rangsangan otak tengah yang mengawal penglihatan dan pendengaran kita, serta merangsang hipokampus yang dikaitkan dengan ingatan dan pembelajaran kita.
4. Berlari membantu meningkatkan keupayaan seseorang untuk belajar dan mengingati maklumat. Satu kajian pada 2012 menunjukkan bahawa mereka yang cergas menerusi aktiviti berlari lulus ujian memori berbanding golongan yang kurang cergas dan hanya melakukan senaman ringan.

Diedit daripada sumber Harian Metro oleh JIM.   

Tuesday, May 20, 2014

Wednesday, August 28, 2013

Mari Makan Pisang...


Khasiat Pisang...

-Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.

- Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.

- Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.

- Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.

- Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.

- Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.

Wednesday, May 22, 2013

Manchester JUARA BPL 2012/2013


Manchester United secara rasmi melabuhkan tirai musim BPL 2012/2013 sebagai   juara kali ke-20. Mengikut penilaian, berikut adalah faktor penyumbang kepada kejuaraan  MUTD muim ini:



1. Impak Robin Van Persie
 Ketajaman penyudah penyerang prolifik Robin Van Persie dengan 24 gol  jelas menunjukkan bahawa Robin memberi impak yang sangat besar kepada MUTD musim ini.  Hampir setiap gol yang dicipta oleh RVP selalu membawa kemenangan. Bahkan uniknya lagi, setiap kali Robin menjaringkan gol, United tidak pernah mengalami kekalahan! Dengan itu, memang layak dia memenangi Kasut Emas musim ini!


2. Kecekapan Alex Ferguson

Selama seperempat abad Alex Ferguson bergelar pengurus MUTD, sudah puluhan kejuaraan  diberikan oleh lagenda ini kepada  Old Trafford. Kejuaraan musim 2012/2013 ini merupakan gelaran Liga Inggris ke-13 bagi Alex Ferguson. Prestasi tersebut tentu tidak didapatkan dengan mudah. Puluhan hingga ratusan jenis taktik telah diterapkan oleh Sir Alex Ferguson. Musim ini, ia sangat bijak dalam memilih pemain-pemain yang mengisi starting line-up sesuai dengan keperluan pasukan dan lawan yang dihadapi. Persaraannya pada hujung musim ini sudah tentu sangat dirindui oleh para penyokong MUTD di seluruh dunia.

3. Kestabilan De Gea
.

Pada musim ini, penjaga gol yang dibeli dari Atletico Madrid bermain lebihkonsisten. Walaupun jika dilihat dari segi jumlah bolos lebih banyak, sebenarnya itu bukanlah akibat kesalahan De Gea. Dia banyak  melakukan aksi menakjubkan yang dapat menyelamatkan MUTD daripada kekalahan